HONG KONG, 27 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Pameran industri audio dan pencahayaan profesional pertama di China, Prolight + Sound Guangzhou, akan berlangsung mulai 29 Februari hingga 3 Mac 2016 di Kawasan A, Kompleks Pameran Import & Eksport China, di Guangzhou.
Sebagai perintis dalam industri itu, Prolight + Sound Guangzhou berusaha mempertingkat pembangunan industri audio dan pencahayaan profesional di China sejak 14 tahun yang lalu melalui integrasi sumber secara strategik. Pada hari ini, pameran itu telah berubah menjadi platform perdagangan antarabangsa yang menyediakan peluang perniagaan yang lebih baik dan pelbagai untuk industri itu.
Prolight + Sound Guangzhou tahun ini adalah acara terbesar yang diadakan setakat ini, melibatkan 1,230 pempamer dari 25 buah negara dan wilayah, dengan kawasan pameran seluas lebih 130,000 meter persegi. Jenama-jenama yang mengambil bahagian termasuk Adam Hall, ACE, ACME, AD System, ADJ, Alcon, ALESIS, APG, ArphoniA, beyerdynamic, Beta Three, BMB, BOSE, C-MARK, Celestion, clearvoice systems, D.A.S, d&b audiotechnik, dbTechnologies, DiGiCo, EM Acoustic, EWI, FBT, Fidek, GTD, Harman International, HK Audio, Hi-LTTE, HiVi, Inspired Audio, K-array, Kling & Freitag, KVANT, L-Acoustics, Laser world, LTS, Maquinas Iberica, NEXO, partyhouse, Pioneer, QSC, SAE, SE audiotechnik, Sennheiser, Soundking, SHURE, TASSO, Taiden, T.D Taichee, TJ Media, Turbosound, TW AuDio, Verity, YAMAHA dan juga ZSOUND.
Bagi menjadikan pameran itu lebih dinamik, zon produk khas disediakan untuk sistem persidangan, sistem siar raya, fon kepala, mikrofon dan aksesori, manakala Dewan Jenama Audio yang terkenal pula akan menyediakan sebuah platform perniagaan yang efektif kepada pempamer dan juga pengunjung.
Dalam usaha mereka untuk menyediakan sebuah platform industri yang holistik kepada peserta, satu siri program sampingan yang interaktif dan berunsur pendidikan yang menggabungkan kemajuan teknologi serta pembangunan industri akan diadakan semasa pameran itu. Pelawat boleh menyertai aktiviti demonstrasi langsung daripada pihak Vision X Network dan Outdoor Line Array untuk merasai produk dan teknologi yang inovatif. Pameran itu didukung oleh persatuan-persatuan dari dalam dan luar negara termasuk Persatuan Teknologi Hiburan Jerman (VPLT), Persatuan Pameran Elektronik Jepun dan Persatuan Teknologi Teater Taiwan.
Prolight + Sound Guangzhou dianjurkan oleh Messe Frankfurt dan Guangdong International Science and Technology Exhibition Company (STE). Ia adalah platform perniagaan penting yang terletak di Guangzhou, iaitu lokasi pengeluaran produk audio dan pencahayaan profesional terbesar di China. Kerjasama strategik antara Messe Frankfurt dan STE menyediakan satu platform dipertingkat untuk industri tersebut, dengan lebih banyak peluang perniagaan antarabangsa. Untuk maklumat lanjut tentang pameran itu, sila lawati www.prolightsound-guangzhou.com atau e-melkan kepada plsgz@hongkong.messefrankfurt.com.
Telly Cheuk
+852-2238-9956
telly.cheuk@hongkong.messefrankfurt.com