GUANGZHOU, China, 27 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Dianjurkan oleh Citiexpo, acara penyumberan pertama untuk produk jendela, pintu, dan muka hadapan bangunan di China, Ekspo Windoor dikhususkan untuk membawakan perniagaan baharu serta menjalin kerjasama baharu dalam industri ini sejak lebih 22 tahun. Acara tahun 2016 ini akan berlangsung pada 8-10 Mac di Pusat Perdagangan Dunia Poly di Guangzhou, China.
Ekspo Windoor 2016 bakal mempamerkan teknologi dan penyelesaian terbaharu dalam perkakasan serta peralatan jendela dan pintu, sarung bangunan, profil aluminium, dan pengapan struktur daripada syarikat-syarikat yang mewakili Jerman, Switzerland, AS, Australia, Belgium, Hong Kong, Liechtenstein, Malaysia, Poland, Korea Selatan, Taiwan, dan juga tanah besar China.
Ikutan penting kini dilihat di China, bagi merealisasikan bangunan mesra alam dan swamampu melalui teknologi inovatif, ciri-ciri baharu, atau sistem bersepadu dengan keselesaan kehidupan yang dipertingkat. Sebanyak 550 pempamer dan jenama akan melancarkan produk serta teknologi baharu dalam Ekspo Windoor, bagi memperkenalkan penyelesaian mereka yang inovatif dan menjimatkan tenaga.
Antara produk inovatif yang dipamerkan termasuk:
Senarai pempamer dan butiran produk yang lengkap boleh didapati di www.windoorexpo.com.
Latihan dan Persidangan
Oleh kerana minat yang semakin tinggi dalam kecekapan tenaga dan pembangunan mampan untuk bangunan di China, Citiexpo bekerjasama dengan DGNB System untuk mengadakan latihan untuk DGNB Consultants pada 26-28 November 2015 di Guangzhou. En. Helmut Meyer, pakar dalam bidang sistem bangunan bersepadu dan kecekapan tenaga di Jerman akan terus berkongsi amalan terbaik serta ikutan terbaharu tentang bangunan mampan menerusi Persidangan Perkongsian Akademik yang diadakan di tempat yang sama dengan Ekspo Windoor pada 9 Mac 2016.
Wasitah Perniagaan
Penyertaan ke ekspo dan aktiviti yang disediakan di kawasan pameran adalah percuma tetapi perlu membuat prapendaftaran dalam talian. Pembeli yang melengkapkan prapendaftaran dalam talian sebelum 29 Februari 2016 boleh menyertai Program Wasitah Perniagaan, yang akan memudahkan pencarian produk dan penyelesaian yang diingini, mendapatkan maklumat yang mencukupi tentang bakal pembekal sebelum ekspo, serta menjalin kerjasama dengan pembekal terpilih dalam mesyuarat secara langsung yang dijadualkan lebih awal.
Klik di sini www.windoorexpo.com untuk mengetahui lebih lanjut.