omniture

Apabila Dua Ikon Bertembung...

Pantene
2016-01-28 08:05 335

MADRID, 28 Januari 2016 /PRNewswire/ --

Pantene Lantik Pelopor Muda Berjaya dalam Gaya Digital, Chiara Ferragni, sebagai Duta Jenama Terbaharunya

Pantene melantik ikon fesyen digital dan pelopor gaya antarabangsa yang terkenal Chiara Ferragni sebagai duta jenama globalnya yang baharu.

     (Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160126/326081 )

Sebagai fenomena terbesar bagi dunia gaya dalam talian dengan lebih lima juta pengikut Instagram, kerjasama Chiara dengan Pantene menandakan usaha beliau yang mengujakan ke dalam dunia kecantikan. Chiara, yang mewujudkan destinasi fesyen kegilaan ramai TheBlondeSalad.com pada tahun 2009, merupakan wajah - dan rambut - baharu untuk Pantene, rahsia kecantikannya yang terunggul.

Kata Chiara tentang perkongsian itu: "Saya sangat obses dengan rambut saya! Saya rasa kalau saya memiliki rambut yang cantik, saya akan kelihatan dan rasa lebih cantik – dan kuat. Semasa saya remaja dahulu, saya terpesona dengan iklan Pantene yang menawan dan ketika saya mula ke luar negara dengan kerap, saya mempercayai iklan tersebut untuk menjaga rambut saya. Jadi saya sangat teruja untuk menjadi duta terbaharu Pantene kerana rambut yang sihat membantu saya kelihatan dan rasa lebih kuat serta lebih cantik."

Walaupun beliau menempa nama dalam dunia fesyen, pakar gaya kelahiran Itali ini percaya yang rambut boleh menyerlahkan lagi rupa keseluruhannya, dan berkata: "Ia lebih daripada sekadar aksesori semata-mata – rambut akan mengilhamkan gaya saya dan melengkapkannya. Ia begitu mudah diubah dan itu memberi saya keyakinan – dan sekarang saya boleh mengubah kesihatan rambut saya untuk memastikannya ia kekal cantik."

Diminta mengulas tentang pelantikan ikon fesyen digital bagi menjadi wajah jenama mega global itu, Layal Ammar, Pengarah Jenama Pantene berkata: "Kami teruja dapat mengumumkan kolaborasi ini iaitu antara ikon fesyen digital terkenal dunia dengan jenama penjagaan rambut #1 dunia. Chiara adalah lambang wanita moden yang hebat dengan keperluan penjagaan rambut yang tinggi - beliau sentiasa menggayakan rambutnya untuk memuat naik gambar ke laman Instagram setiap hari, namun rambutnya sentiasa kelihatan rapi. Mengapa? Chiara memilih Pantene - ia adalah tanda cintanya - beliau telah menggunakan Pantene sejak remaja lagi."

Ikuti Chiara menerusi Instagram di http://www.instagram.com/chiaraferragni dan blognya http://www.theblondesalad.com

Sumber: Pantene

Source: Pantene
Keywords: Cosmetics & Personal Care Entertainment Fashion Household Products Household/Consumer/Cosmetics Internet Technology Social Media Licensing/marketing agreements