omniture

Infinitus Jalin Kerjasama dengan Cambridge untuk Teknologi Teras Peptida Aktif

LKK Health Products Group
2016-01-28 16:19 426

GUANGZHOU, China, 28 Januari 2016 /PRNewswire/ -- Pada 9 Januari 2016, semasa Perhimpunan Tahunan Pemimpin Perniagaan Infinitus (China) 2016 yang dianjurkan oleh Infinitus (China) Company Ltd., ahli LKK Health Products Group (LKKHPG), Encik Clemens Kaminski, Profesor daripada Universiti Cambridge dan Ketua Saintis di Pusat Penyelidikan Cambridge Infinitus (CIRCE), menyertai Dr. William Ma, Pengarah Pusat Penyelidikan & Pembangunan (R&D) LKKHPG dan Pengerusi Bersama CIRCE, serta Encik Huang Zebo, Profesor daripada Universiti Farmaseutikal Guangdong dan Perunding CIRCE dalam satu perbincangan panel. Dialog itu menyediakan maklumat terkini daripada Cambridge dan Infinitus (China) berkenaan kerjasama mereka sejak penubuhan CIRCE yang mereka bangunkan bersama.

Infinitus Jalin Kerjasama dengan Cambridge untuk Teknologi Teras Peptida Aktif
Infinitus Jalin Kerjasama dengan Cambridge untuk Teknologi Teras Peptida Aktif

Membawakan pengetahuan dari luar negara bagi mengukuhkan pertumbuhan industri kesihatan herba Cina

Sebagai salah satu daripada institut pengajian tinggi yang paling terkemuka di dunia, Universiti Cambridge merupakan rakan kerjasama yang sangat diidam-idamkan oleh kebanyakan institut penyelidikan & pembangunan (R&D). CIRCE ditubuhkan pada 2 Disember 2015, sekaligus menjadikannya sebagai platform kerjasama R&D multinasional pertama oleh Infinitus.

Dalam kata-kata beliau sewaktu perbincangan itu, Prof. Kaminski berkata, "Hadiah Nobel Perubatan tahun lalu dianugerahkan untuk penyelidikan ke atas Artemisinin, Ubat Herba Cina purba, yang merupakan ubat yang paling mujarab bagi mengubati malaria pada hari ini. Dengan ini, penubuhan dan misi CIRCE sememangnya tepat pada masanya. Infinitus mempunyai pustaka besar yang menempatkan sebatian yang diperoleh daripada produk semula jadi, dan alam semula jadi memang merupakan panduan terbaik dalam menghasilkan sebatian baharu. Di CIRCE kami menggabungkan penyelidikan biologi molekul terkini dengan kepakaran Infinitus dalam produk herba yang mungkin boleh menghasilkan kaedah serta produk baharu."

Perkongsian Mantap untuk Teknologi Teras Peptida Aktif

Sudah lama Infinitus menikmati kemajuan hebat dalam industri herba Cina. Produk utamanya, Infinitus Health Tonic, yang mana bahan utamanya adalah Sebatian Polisakarida, menjadi sangat terkenal dalam pasaran. Dengan memanfaatkan kelebihan sumber daripada institut R&D antarabangsa yang terunggul, Infinitus berhasrat untuk membangunkan teknologi teras baharu yang berasaskan Peptida Aktif.

Sewaktu perbincangan itu, Dr. William Ma menyatakan CIRCE akan menjalankan kajian tentang keberkesanan peptida aktif dalam melambatkan proses penuaan dan meningkatkan daya ingatan. Dengan menggunakan mikroskopi canggih, ia ingin membentangkan dan merealisasikan kejayaan penyelidikannya bagi memberi manfaat kepada pelanggan.

Prof. Kaminski juga memperkenalkan penggunaan mikroskopi beresolusi amat tinggi. "Teknik ini membolehkan kita melihat sesuatu dengan resolusi yang jauh lebih tinggi, yang sebelum ini mustahil untuk dicapai, seperti daripada molekul terkecil hinggalah keseluruhan organisma. Kajian penting yang kami rintiskan ini adalah untuk menggunakan teknik resolusi amat tinggi bagi melihat mekanisme molekul protein yang tidak berjalan seperti sepatutnya."

Menurut pengenalan daripada hos, Prof.Kaminski serta pasukan beliau di Pusat Mikroskopi Resolusi Tinggi Cambridge "memperkenalkan perspektif serba baharu dalam menunjukkan punca penyakit pada peringkat molekul, yang membantu kita melihat terus bahan aktifnya yang berada di dalam sel dan bagaimana penyakit dapat disembuhkan dengan mengubah molekul."

Semasa acara itu, kedua-dua pihak menyatakan wawasan perkongsian mereka terhadap masa hadapan. Dr. William Ma berkata, "Melalui kerjasama yang mantap bersama Institut R&D bertaraf dunia yang begitu berprestij, kami akan mengukuhkan kelebihan Infinitus sebagai peneraju dalam produk kesihatan herba Cina dan dalam seluruh industri produk kesihatan. Perkongsian sebegini akan mempertingkat kewibawaan produk kesihatan herba daripada Infinitus dan menyediakan jaminan untuk syarikat bagi menawarkan produk berkualiti tinggi yang lebih andal dan berkesan kepada pelanggan."

Infinitus (China) Company Ltd., ditubuhkan pada tahun 1992, merupakan ahli LKKHPG. Ia memfokuskan pembangunan, pengeluaran, dan pengedaran produk kesihatan herba Cina dengan "Infinitus" sebagai jenama utamanya. Syarikat itu membangunkan 121 produk kesihatan herba Cina berkualiti tinggi dalam 5 siri yang dipasarkan menerusi 6 jenama. Infinitus Overseas Markets melancarkan 4 produk siri daripada 4 jenama.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160127/0861600858

Source: LKK Health Products Group
Keywords: Education Health Care/Hospital Medical/Pharmaceuticals Joint ventures New products/services