GUANGZHOU, China, 29 Jan. 2016 /PRNewswire/ -- Sidang Kemuncak Industri Pan Entertainment anjuran GAME TEAHOUSE, outlet media permainan mudah alih terkemuka di China, melabuhkan tirainya di Chengdu pada 21 Januari lalu. Pada acara itu, Adxmi berjaya merangkul anugerah "Pengedar Permainan Mudah Alih Inovatif".
Adxmi (www.adxmi.com) adalah platform pengiklanan mudah alih senaraian global pertama China. Syarikat induknya, Youmi Technology, memiliki platform pengiklanan mudah alih pertama di China. Terkini, syarikat-syarikat Internet utama China, Baidu dan UC, serta nama-nama besar Internet global – Facebook, Google, Twitter, dan Yahoo, antaranya – menjalin kerjasama secara menyeluruh dengan pihak Adxmi dalam aktiviti yang melibatkan pemasaran mudah alih global. Adxmi dikenal pasti oleh beberapa peneraju industri sebagai syarikat yang paling berpotensi dalam sektor pengiklanan mudah alih, hasil daripada perkhidmatannya yang profesional serta produk yang inovatif.
Bagi permainan mudah alih yang berhasrat untuk berkembang melangkaui pasaran domestik China, Adxmi menyediakan program lingkaran tertutup "daripada promosi kepada pengewangan" secara menyeluruh, yang meliputi komponen utama dalam mana-mana kempen: penjenamaan, pembelian media, pemerolehan pengguna dan pengewangan trafik. Model unik ini mendapat perhatian ramai kerana menampakkan hasil positif seperti yang dilaporkan oleh pengiklan mudah alih. Pada tahun lalu contohnya, pasukan MediaBuy milik Adxmi menggunakan platform sosial Line untuk melancarkan kempen "The War Epic of One Kingdom, Two Kingdoms and Three Kingdoms" di Taiwan dan berjaya mencatatkan 150,000 muat turun dalam masa seminggu.
Pengarah Adxmi, Rex Chan: "Ketika pasaran modal China dilihat semakin perlahan, masanya sudah tiba untuk pembangun produk mudah alih beralih daripada pasaran utama."
Rex Chan, pengarah Adxmi, berkongsi pendapat beliau tentang perkembangan luar negara bagi industri mudah alih semasa mengulas berkaitan syarikat yang memenangi anugerah: "Musim sejuk bakal tiba." Dialog terkenal yang dituturkan oleh Jon Snow dalam Game of Thrones yang kini digunakan untuk merujuk keadaan pasaran modal China pada tahun 2015. Statistik rasmi kerajaan menunjukkan KDNK negara bertumbuh 6.9% pada tahun 2015, peratus terendah dalam tempoh 25 tahun, untuk ekonomi kedua terbesar dunia seperti yang dilaporkan oleh Wall Street Journal pada 19 Januari. Oleh sebab pasaran domestik China kini berhadapan dengan keadaan yang amat tidak menentu, semakin banyak pembangun aplikasi dari China mula melihat pasaran luar daripada mukim mereka.
Beberapa pembangun aplikasi China mula mengembangkan aktiviti ke luar negara dan meraih kemajuan dengan jayanya. Istilah dalam bahasa Cina bagi menunjukkan langkah yang diambil ialah "merantau", bagi memberi penghormatan kepada Zheng He, seorang peneroka semasa dinasti Ming. Data terkini menunjukkan aplikasi keluaran sebuah firma keselamatan internet, 360security adalah antara lima aplikasi dengan jualan terhangat di Google Play di 83 buah negara, manakala pembangun perisian mudah alih Cheetah Mobile mengumumkan di acara Connect 2016, produk mereka digunakan oleh 1.34 bilion pengguna seluruh dunia.
Pasaran pengiklanan mudah alih turut menerima manfaat daripada aplikasi mudah alih "merantau" ini. Menurut data yang dikeluarkan oleh Marketer, China dan AS adalah dua pasaran pengiklanan mudah alih terbesar dunia pada tahun 2015, menyumbang sebanyak 62% daripada jumlah global. Tahun ini, perbelanjaan global untuk industri ini dijangka mencapai AS$10.13 juta, satu peningkatan sebanyak 47.6% berbanding tahun sebelumnya. "Selain pasaran China dan AS, kami juga merancang untuk berkembang ke Eropah Barat, Asia Tenggara, Jepun dan Korea Selatan, bagi menubuhkan pejabat serta merekrut individu berbakat daripada rantau tersebut," kata Rex.
Sebelum tahun 2015, aplikasi mudah alih adalah produk utama yang dipromosikan ke luar negara, namun begitu, bermula pada tahun 2015, permainan, alatan, dan platform e-dagang dari China mula muncul dalam pasaran lain, menurut Rex. "Bagi memenuhi jenis pengiklanan yang pelbagai dan keperluan promosi, kami melancarkan satu pakej promosi yang mengandungi RankBoost, Performance, Branding dan MediaBuy. Buat pembangun aplikasi yang berada di luar China, kami melancarkan program pengiklanan tersuai yang eksklusif, selain program pengiklanan sedia ada, pengiklanan ruang-antara dan offerwall, bagi menangani masalah yang dihadapi oleh kebanyakan pembangun dalam menjana keuntungan tanpa menjejaskan pengalaman pengguna."
Adxmi facebook: www.facebook.com/adxmi
linkedin: www.linkedin.com/company/adxmi