omniture

DERMALOG Bekalkan Pasport Biometrik Baharu ke Maldives

Dermalog Identification Systems GmbH
2016-01-29 22:10 435

MALÉ, Maldives, 29 Januari 2016 /PRNewswire/ -- DERMALOG, peneraju inovasi biometrik dari Jerman, membekalkan pasport biometrik baharu dan sistem IT untuk tujuan pendaftaran dan penyuaikhususan pasport elektronik kepada Republik Maldives. Tambahan lagi, DERMALOG menyediakan sistem kawalan sempadan baharu, termasuk pagar automatik dan AFIS (Sistem Pengenalpastian Cap Jari Automatik) berkelajuan tinggi untuk pihak Imigresen Maldives. Maldives merupakan negara pertama daripada Persatuan Kerjasama Serantau Asia Selatan (SAARC) yang memperkenalkan pasport biometrik dan sistem kawalan sempadan yang begitu canggih.

Presiden Maldives Abdullah Yameen Abdul Gayoom melancarkan pasport biometrik Maldives yang baharu itu. Ia mengandungi halaman data polikarbonat yang sangat selamat dengan foto dan data yang berturis laser. Setiap halaman visa bagi pasport itu mempunyai rekaan yang berbeza, dengan banyak ilustrasi yang dihasilkan oleh pelukis tempatan dari Maldives, Hussain Ali Manik. Pengawal Imigresen Maldives, En. Mohamed Anwar, menekankan dalam ucapan pembukaan beliau, pasport Maldives yang baharu itu kini adalah salah satu daripada pasport biometrik yang paling selamat di dunia yang memiliki 34 ciri keselamatan yang boleh dilihat dan tidak boleh dilihat serta pematuhan penuh kepada piawaian pasport keselamatan tertinggi.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160128/326894)

Pada hari yang sama, dalam satu majlis istimewa, eGates DERMALOG yang baharu di Lapangan Terbang Antarabangsa Ibrahim Nasir di Maldives dilancarkan. Ini membolehkan penumpang melepasi kawalan sempadan menggunakan pasport baharu mereka bagi pelepasan imigresen automatik. Para penumpang diminta mengimbas pasport baharu, pas masuk dan juga cap jari mereka. Kemudian, pintu pagar automatik akan terbuka secara automatik dan akan membenarkan penumpang melaluinya.

Pasport biometrik dan pagar automatik dilengkapi sistem kawalan sempadan baharu selain Sistem Pengenalpastian Cap Jari Automatik (AFIS) berkelajuan tinggi, kedua-duanya daripada DERMALOG. Sekali lagi DERMALOG menerajui penyelesaian biometrik inovatif bagi dokumen selamat dan kawalan sempadan automatik.

Latar Belakang DERMALOG: 

DERMALOG Identification Systems GmbH, berpusat di Hamburg, merupakan pengeluar biometrik Jerman terbesar dan terkenal sebagai peneraju inovasi biometrik.

Sepasukan saintis sedang berusaha membangunkan "Sistem Pengenalpastian Biometrik Automatik" (ABIS dan AFIS) termasuk pengimbas langsung cap jari terbaharu serta sistem kawalan sempadan biometrik dan juga kad pengenalan (ID) biometrik serta dokumen lain. "FingerLogin", "FingerPayment" dan "FingerBanking" juga merupakan produk daripada DERMALOG, serta pengenalpastian muka dan pengenalpastian iris mata automatik.

Selain Jerman dan Eropah, pasaran utama DERMALOG terdiri daripada Asia, Afrika, Amerika Latin, dan Timur Tengah. Syarikat tersebut kini menyediakan teknologi dan penyelesaiannya kepada lebih 140 buah agensi kerajaan dari 75 buah negara.

DERMALOG turut menyediakan penyelesaian biometrik untuk bank dan pengeluar ATM. Projek bank biometrik terbesar dunia (50 juta USD) dilaksanakan oleh DERMALOG: ABIS untuk 23 buah bank dan untuk Central Bank of Nigeria memastikan identiti tunggal setiap pelanggan bank dan menjamin KYC yang sebaik mungkin. Banyak ATM seluruh dunia dilengkapi teknologi cap jari DERMALOG yang menggantikan PIN yang tidak selamat.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang produk dan penyelesaian biometrik DERMALOG yang inovatif, sila lawati: http://www.dermalog.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi: 
DERMALOG Identification Systems GmbH
Hubungan Media
Jon Augestad
Mittelweg 120
20148 Hamburg
Jerman

Tel.: +49-(40)-413227-0
Faks: +49-(40)-413227-89
E-mel: Jon.Augestad@dermalog.com

SUMBER  Dermalog Identification Systems GmbH

Source: Dermalog Identification Systems GmbH
Keywords: Biometrics Computer Hardware Computer/Electronics Computer Accessories