RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 30 Januari 2016 /PRNewswire/ --
- Kemungkinan Baharu dan Produk Terkini untuk Perdagangan Rentas Rantau 'Barat-Timur' bersama G2A
G2A.com mengumumkan yang selain membuat pelaburan penting yang bernilai berjuta-juta dolar untuk industri permainan video sehingga mencecah 28 juta dolar, G2A memperluaskan pengaruhnya ke bahagian Timur Jauh dan memainkan peranan signifikan dalam Pameran Permainan Taipei 2016, bagi menggalakkan perdagangan rentas rantau.
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160128/327050)
Ketua Pegawai Eksekutif G2A Bartosz Skwarczek berkata: "G2A berbesar hati kerana dijemput untuk merasmikan Pameran Permainan Taipei hari ini semasa upacara memotong reben." Tambahan lagi, pihak penganjur Pameran Permainan Taipei meminta Bartosz mewakili Industri Permainan Video Poland semasa majlis pembukaan rasmi pameran itu, menjadikannya suatu penghormatan berganda. Kata Bartosz: "Semua di G2A sangat teruja dengan kemungkinan dan produk baharu untuk perdagangan rentas rantau 'Barat-Timur' ini. Beliau menambah: "Setiap pihak dialu-alukan. G2A menggalakkan semua perbincangan selain meneroka hubungan perniagaan."
G2A menjemput wakil media permainan video tempatan yang terkenal ke Sidang Akhbar dan Bartosz mengumumkan projek G2A baharu: G2A 3D+ (pencetakan 3D), serta tarikan serba baharu dalam projek Realiti Maya G2A, G2A Land http://land.g2a.com G2A LAND Muat Turun Percuma daripada G2A.COM. Dirancang untuk Suku Pertama Tahun 2016 Kedua-dua projek, termasuk dunia bawah air realiti maya, boleh dialami sendiri buat kali pertama oleh para pengunjung dan pempamer di Pameran Permainan Taipei.
Bartosz menjelaskan peluang hubungan perniagaan baharu kini sedang diusahakan bersama MSI dan produk G2A baharu untuk perdagangan merentasi rantau. G2A dengan kerjasama rakan-rakan kongsi tempatan dijemput untuk membuat dua pembentangan semasa Persidangan Sidang Kemuncak Permainan Asia Pasifik yang berjalan pada masa yang sama berkaitan G2A 3D+ dan untuk menyampaikan ucapan dasar berkenaan G2A Land yang meliputi: Mengapa syarikat Permainan perlu melabur dalam teknologi baharu? Kajian Kes Daripada Perspektif Pembangun Realiti Maya (VR).
Ketua Pegawai Pemasaran Dawid Rozek menyatakan G2A bersama Warsaw Trade Office yang berpangkalan di Taipei serta Persatuan Komputer Taipei menjemput wakil-wakil daripada studio bebas dari 5 buah negara berbeza untuk menghadiri zon Indie G2A. Wakil-wakil tersebut ialah: Mandragora Team dari Rusia, Aterdux Entertainment dari Rusia, Devespresso Games dari Korea Selatan, Hiker Games dari Vietnam, Extend Interactive dari Thailand dan wakil Poland: Fuero Games, Space Boat Studios, Telehorse, Superhot, The Farm 51 serta Anshar Studios. Syarikat Poland yang merangkul anugerah 3DGence turut diwakilkan.
Dawid menyimpulkan: "G2A 3D+ akan menunjukkan caranya. Para pelawat dan mereka yang ingin bekerjasama dengan G2A akan mendapat peluang hebat untuk melihat bagaimana wajah pasaran 3D pada masa depan." Lawati: http://3dplus.g2a.com/
SUMBER G2A.com