omniture

Modul PV keluaran JA Solar 100% Patuhi Piawaian Anti-PID IEC62804

JA Solar Holdings Co., Ltd.
2016-02-01 07:00 410

BEIJING, 1 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- JA Solar Holdings Co., Ltd. (Nasdaq: JASO) ("JA Solar" atau "JA"), salah satu pengeluar produk kuasa suria berprestasi tinggi terbesar dunia, hari ini mengumumkan seluruh portfolio modul PV mereka telah lulus ujian ketahanan Potensi Kemerosotan Aruhan ("PID") selama 96 jam di bawah persekitaran 85 darjah Celsius dan 85% kelembapan relatif (dwi-85) pada -1,000V voltan bias sistem seperti yang diperlukan untuk memenuhi piawaian IEC62804. JA Solar adalah syarikat pengeluaran modul PV pertama yang memberi jaminan dwi-85 anti-PID untuk semua modul PV keluarannya.

Selain itu, seperti yang dilaporkan sebelum ini, modul berprestasi tinggi multihablur Si RIECIUM daripada JA Solar lulus ujian PID 500 jam tambahan yang dijalankan oleh TUV SUD dengan tahap kemorosotan dicatatkan hanya 2%. Hasil ujian itu menunjukkan kemampuan anti-PID yang cemerlang dalam modul berprestasi tinggi itu yang kini dijamin mampu bertahan dalam persekitaran ujian PID piawaian IEC62804 dua kali ganda (192 jam), malah produk itu menerima pensijilan daripada PI-BERLIN dan PVEL. Prestasi anti-PID yang cemerlang pada modul PV keluaran JA Solar memberikan lebih kualiti dan jaminan keandalan kepada pengguna dari segi operasi pemasangan produk PV yang stabil, khususnya produk yang beroperasi dalam persekitaran yang panas serta lembab dalam bagi jangka hayat selama 25 tahun.

"Kelebihan produk JA Solar digambarkan bukan sahaja dalam teknologi asasnya yang memberikan prestasi yang tinggi pada kos yang rendah, tetapi juga pada keandalannya," kata Dr. Wei Shan, Ketua Pegawai Teknologi JA Solar. "Kemampuan semua modul PV kami dalam menerima pensijilan anti-PID 'dwi-85' menerusi pengeluaran secara besar-besaran adalah satu kejayaan yang besar dari segi kebolehan JA Solar untuk mengeluarkan model PV yang berprestasi tinggi dan amat andal untuk memenuhi permintaan yang kian meningkat bagi menyediakan produk suria yang lebih baik kepada pelanggan serta rakan projek kami."

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20150522/0861504483LOGO

Source: JA Solar Holdings Co., Ltd.
Related Stocks:
NASDAQ:JASO
Keywords: Alternative Energies Computer/Electronics Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Awards