omniture

Promosi Tambahan Hari Perjalanan Daripada Eurail! Dapatkan sehingga Lima Hari Perjalanan Percuma di Eropah

Eurail Group G.I.E.
2016-02-01 10:00 410

UTRECHT, Belanda, 1 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Tempahlah sekarang, mula mengembara sehingga 11 bulan kemudian sambil menikmati promosi tambahan hari perjalanan daripada Eurail

Eurail kini memberi ganjaran kepada mereka yang merancang perjalanan mereka lebih awal dengan menghadiahkan mereka beberapa hari perjalanan tambahan. Semua Pas Eurail yang dibeli antara 1 Februari hingga 30 April 2016 akan menerima tambahan hari perjalanan antara satu hingga lima hari untuk membolehkan pelanggan mengembara ke Eropah lebih lama tanpa perlu membayar lebih.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150803/254117LOGO )

Dengan pelanjutan kekal baharu bagi tempoh tempahan awal Pas Eurail daripada enam hingga 11 bulan, pelanggan berpeluang memanfaatkan tawaran lumayan ini sekarang, namun begitu, perjalanan ke Eropah menggunakan keretapi boleh dilakukan pada waktu yang sesuai dengan jadual mereka.

"Pelanjutan tempoh tempahan kepada 11 bulan membolehkan pelanggan turut menerima manfaat daripada tambang tempahan awal ke Eropah, serta dapat menjimatkan kos penginapan yang dapat dilakukan dengan membuat tempahan lebih awal," kata Silvia Görlach, Pengurus Jualan dan Pemasaran Eurail Group. Jika ditambah lagi dengan peluang penjimatan Eurail yang lain seperti program kembara kanak-kanak secara percuma, tawaran hari tambahan itu menjadikan percutian di Eropah menggunakan Eurail lebih menjimatkan.

"Kami sangat menggalakkan pelanggan kami untuk menikmati seluruh benua Eropah. Bandar-bandar terkenal seperti Berlin dan Madrid terbukti terkenal dalam kalangan pelanggan kami, namun begitu, salah satu faedah daripada tawaran hari tambahan ini ialah ia memberi peluang kepada pelanggan untuk meluangkan sedikit masa untuk mengembara ke bandar yang lebih kecil dan kurang dikenali dalam jadual perjalanan mereka serta mencari rahsia tersembunyi di Eropah yang tidak berada di bandar-bandar terkenal," tambah Cik Görlach.

Pengembara yang membeli Pas Global Eurail, Pilihan, atau Satu Negara dalam tempoh tawaran tambahan hari ini sebelum 30 April 2016 boleh memulakan pengembaraan mereka di Eropah sehingga 11 bulan selepas tarikh pembelian pas. Melalui tawaran ini, Pas Global Eurail akan menyediakan tambahan hari perjalanan sehingga lima hari, bergantung kepada tempoh sah asal Pas tersebut. Semua Pas Pilihan Eurail dan Satu Negara (tidak termasuk Pas Satu Negara Pulau Greek) akan menerima satu hari tambahan masa perjalanan.

Pas Global Eurail boleh digunakan untuk mengembara ke 28 buah negara Eropah serta memberikan pengembara antarabangsa dengan pelbagai kemudahan untuk disesuaikan dengan jadual perjalanan mereka. Pas Pilihan Eurail dan Satu Negara yang lengkap mempunyai pelbagai pilihan yang boleh dimanfaatkan oleh pelanggan yang berminat untuk menerokai budaya dan nilai kepelbagaian di sebuah negara hingga empat buah negara yang menyertai Eurail.

Pas Eurail boleh dibeli daripada rangkaian Ejen Jualan Umum Bertaulian. Untuk maklumat lanjut sila lawati: http://www.eurailgroup.org/eurail-vendors.

Laman web korporat Eurail Group dan pustaka gambar: http://www.eurailgroup.org

Versi bahasa Inggeris disediakan oleh Eurail dan diterjemah oleh pihak ketiga.

 

Source: Eurail Group G.I.E.
Keywords: Leisure/Travel/Hotels Railroads and Intermodal Transportation Transportation Travel New products/services