RZESZOW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 1 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Para pemain bermain selama berjam-jam lamanya, menaikkan pangkat watak mereka dan menyuaikhususkan penampilan mereka. Bayangkan jika anda boleh mengambil semua watak ini terus daripada permainan itu dan menjadikan kesemua watak ini berdiri di atas meja anda secara 3D, adakah ini kedengaran seperti sains fiksyen? Inilah apa yang ditawarkan oleh G2A 3D+ kepada para pemain seluruh dunia. Dengan G2A 3D+, para pemain boleh berinteraksi secara fizikal dengan permainan mereka menggunakan imej ikonik.
G2A.COM, sebuah syarikat besar yang semakin membina nama dalam industri permainan video, kini menjadi penerajunya. Pengasas Bersama/Ketua Pegawai Eksekutif G2A.COM, Bartosz Skwarczek, berucap selepas merasmikannya dalam majlis memotong reben Pameran Permainan Taipei berkata: "G2A 3D+ menunjukkan yang kami sangat serius tentang tahun 2016 serta masa depan permainan video. Ini merupakan pelaburan pertama daripada banyak lagi pelaburan G2A lain dalam teknologi baharu agar kami dapat mengukuhkan kedudukan kami dalam pasaran Asia serta mendapat lebih ramai pelanggan dari seluruh dunia."
Hal ini disahkan oleh Pengasas Bersama/Ketua Pegawai Pemasaran G2A, Dawid Rozek, ketika berucap di Eropah pada hari ini, beliau berkata: "G2A 3D+ kini menawarkan penyelesaian pencetakan 3D semua dalam satu untuk industri permainan video. Ini adalah suatu permulaan bagi revolusi yang hebat untuk pengalaman permainan."
"Pencetakan 3D memberi kita kemungkinan yang tiada had untuk menyuai khusus apa-apa jenis figura, model dan gajet. Pemain boleh berinteraksi dengan permainan tersebut secara fizikal dan membawakan apa yang mereka lihat di skrin komputer menjadi nyata." kata Patryk Kadlec, ketua Pembangunan Perniagaan G2A dan pengasas 3DGence. G2A.COM berkolaborasi bersama 3DGence, pengeluar pencetak 3D yang terkemuka di Eropah.
G2A 3D+ dicipta untuk membawa keseronokan kepada pemain permainan video, dan membolehkan para pembangun memperkayakan lagi permainan mereka dalam cara baharu. Yao Song, Pengurus Rantau China G2A menambah: "Anda boleh mengharapkan figura pertama berada di rumah anda beberapa bulan akan datang. Selepas minat tinggi yang ditunjukkan oleh syarikat-syarikat Asia, G2A membuka peluang kepada rakan kongsi baharu pada Sidang Kemuncak Permainan Asia Pasifik di Taipei."
Penerokaan ke dunia G2A 3D+ memerlukan kerjasama rapat antara G2A dengan penyedia bahan. Pihak yang berminat tetapi memiliki sumber yang terhad berkemungkinan akan menyerahkan usaha pelaksanaannya kepada G2A. Dari perspektif pelanggan, dua perkara adalah amat penting: mereka mesti menerima produk berkualiti terbaik dan mereka menerimanya sebaik sahaja pembangun baharu memasuki platform.
G2A mengutamakan keselamatan bahan yang diamanahkan kepada platform sebagai maklum balas terhadap kebimbangan komuniti pembangunan permainan video yang berkaitan dengan potensi pelanggaran hak intelek dan pengedaran bahan tidak sah, sementara G2A 3D+ menyediakan tiga pendekatan DRM kepada semua penggunanya: DRM secara percuma, perisian DRM dan perkakasan DRM.
Untuk maklumat lanjut, lawati: http://3dplus.g2a.com/
Nota untuk Editor:
Ciri-ciri penting G2A 3D+: