omniture

Nucleus Software Umumkan FinnOne(TM) Mula Digunakan di Bank of Queensland

Nucleus Software Exports Ltd.
2016-02-01 18:09 583

SYDNEY, 1 Februari 2016 /PRNewswire/ --

FinnOne bakal sokong program transformasi digital peminjaman jual beli BOQ 

Nucleus Software, penyedia terkemuka untuk penyelesaian perbankan peminjaman dan urus niaga bagi industri perkhidmatan kewangan global, mengukuhkan lagi kehadiran globalnya dengan mengumumkan kejayaan pelancaran serta penggunaan perisian peminjamannya di Bank of Queensland (BOQ), di Australia. BOQ, Bank pencabar kecil Australia yang terkemuka, melaksanakan produk peminjaman utama Nucleus Software yang memenangi anugerah, FinnOneTM, bagi operasi pengenalan khidmat peminjaman jual belinya.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160131/327710LOGO )

Ditubuhkan pada tahun 1874, hari ini Bank of Queensland mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh Australia, termasuk kebanyakan cawangan yang diurus oleh pemilik, bagi memastikan komitmen dalam menyediakan perkhidmatan peribadi yang luar biasa kepada para pelanggan mereka. Bagi memperkasakan program transformasi berterusannya, BOQ memilih FinnOne keluaran Nucleus Software untuk pasaran peminjaman rumah dan peribadinya. Dengan FinnOne, Nucleus Software membantu BOQ meningkatkan ketangkasan perniagaannya, tanpa memerlukan kertas. FinnOne kini merevolusikan pemprosesan peminjaman jual beli pelbagai saluran di Bank bagi pejabat hadapan dan tengah. Penyelesaian canggih itu turut mengurangkan kerumitan proses dalam pelbagai cara, termasuk menggantikan peraturan salinan cetak yang tidak fleksibel dengan senarai semak polisi dan proses yang canggih serta automatik. FinnOne akan membolehkan BOQ menjadi lebih rapat dengan para pelanggan mereka dan membantu mempercepatkan masa bagi "Tempoh Mendapat Kelulusan" mereka.

"Nucleus Software merupakan rakan kongsi penting dan kini membantu kami mendigitalkan operasi peminjaman rumah dan peribadi kami. Kepakaran global mereka membantu kami mencapai wawasan kami untuk memiliki sebuah Bank yang lebih rapat dengan para pelanggan kami, dan menyokong kami membangunkan kemampuan digital yang tidak lama lagi akan membolehkan pelanggan kami melakukan urus niaga di mana-mana sahaja, pada bila-bila masa. FinnOne akan melancarkan operasi peminjaman jual beli Bank serta menjadikan kami lebih fleksibel, memberikan kami kebolehan untuk memperkenalkan produk inovatif, tersuai khusus selain perkhidmatan bertumpukan pelanggan bagi memenuhi permintaan pelanggan kami yang semakin meningkat. Nucleus Software adalah tumpuan bagi misi kami dalam mewujudkan Bank yang paling disayangi di Australia," kata En. Jon Sutton, Ketua Pegawai Eksekutif BOQ.

Mengulas tentang kejayaan pelancaran tersebut, En. Vishnu R. Dusad, Ketua Pegawai Eksekutif Nucleus Software berkata, "Kolaborasi dengan BOQ ini adalah penting dalam dua cara - ia adalah pelanggan FinnOne yang pertama di Australia dan ia dapat terus memperlihatkan kepakaran global kami dalam peminjaman. Dengan lebih 150 pelanggan seluruh dunia, kami gembira dapat mengalu-alukan BOQ ke dalam kumpulan kami yang semakin berkembang. BOQ kini menjalankan usaha pendigitalan secara besar-besaran bagi menyediakan pengalaman dan kepuasan pelanggan yang cemerlang. Saya gembira melihat keyakinan yang mereka amanahkan kepada penyelesaian kami yang canggih dan beraneka fungsi. Saya yakin kepakaran kami selama tiga dekad akan membantu BOQ memenuhi matlamat perniagaannya, menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada para pelanggannya dan memacu nilai perniagaan yang lebih tinggi. Saya yakin perkongsian bersama salah sebuah bank pencabar kecil Australia yang terkemuka ini akan meningkatkan kepuasan pelanggan dan saya percaya usaha ini akan membantu membuktikan yang sebuah bank memang boleh disayangi."

Beliau menambah lagi, "Australia merupakan pasaran yang penting untuk kami dan sejajar dengan komitmen berterusan ini, kami turut mewujudkan ibu pejabat serantau kami yang melibatkan urusan jualan, perkhidmatan dan sokongan profesional di Sydney."

Produk peminjaman utama Nucleus Software, FinnOneTM diiktiraf sebagai 'Sistem Peminjaman Terlaris No. 1' oleh International Banking Systems (IBS) buat kali ke-7 berturut-turut. FinnOne™ diwujudkan bagi menyokong penggunaan bersepadu yang lancar, menyediakan sokongan operasi, pengurusan risiko, dan kemampuan membuat keputusan kepada bank-bank dan syarikat-syarikat perkhidmatan kewangan. FinnOne™ memfokuskan pinjaman jual beli dan korporat, sekaligus muncul sebagai penyelesaian yang menyeluruh bagi menyokong mana-mana saluran perniagaan peminjaman.

Latar Belakang Bank of Queensland: 

BOQ merupakan salah sebuah bank serantau yang terkemuka di Australia yang menyediakan pilihan alternatif yang benar-benar bebas untuk pelanggan perkhidmatan kewangan Australia. Strategi BOQ adalah berdasarkan kecemerlangan operasi dan menyediakan perkhidmatan pelanggan yang luar biasa. Ia menawarkan produk dan perkhidmatan merentasi perbankan jual beli dan perniagaan, kewangan, insurans am dan hayat serta potongan wang persaraan.

Ditubuhkan pada tahun 1874, Bank of Queensland mempunyai lebih 200 cawangan di seluruh negara berserta wakil dalam setiap Negeri dan Wilayah Australia. BOQ adalah salah satu daripada 100 syarikat terbaik yang tersenarai dalam Bursa Sekuriti Australia dan memiliki aset berjumlah kira-kira $43.027 bilion. http://www.boq.com.au/

Latar Belakang Nucleus Software 

Nucleus Software merupakan penyedia terkemuka untuk produk perbankan peminjaman dan urus niaga bagi industri perkhidmatan kewangan global. Perisiannya memperkasakan perkhidmatan lebih 150 buah syarikat yang berada di 50 buah negara, menyokong perbankan jual beli, perbankan korporat, pengurusan tunai, perbankan internet, kewangan automotif, dan bidang perniagaan lain.

Nucleus Software dikenali kerana kepakaran dan inovasi bertaraf dunianya dalam teknologi perbankan peminjaman dan urus niaga. Ia mempunyai dua produk utama yang dibangunkan oleh teknologi terkini:

- FinnOneTM, diiktiraf sebagai Sistem Peminjaman Terlaris Dunia selama 7 tahun berturut-turut (IBS Publishing)

- FinnAxiaTM, penyelesaian perbankan urus niaga global bersepadu yang digunakan oleh bank-bank seluruh dunia bagi menawarkan pembayaran dan kebolehterimaan global, pengurusan pencairan, dan perkhidmatan perbankan perniagaan internet yang cekap serta inovatif.

Nucleus Software tersenarai dalam Bursa Saham Kebangsaan dan Bursa Saham Bombay di India. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nucleussoftware.com.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Jamin Smith, Ketua Komunikasi Media dan Korporat BOQ
E-mel: mediarelations@boq.com.au
Telefon: +61(0)7-3212-3018

Thomas Jones, Naib Presiden Bersekutu & Pengarah Jualan Rantau - ANZ, Nucleus Software
E-mel: Thomas.jones@nucleussoftware.com
Telefon: +61-2-9004-7202

Rashmi Joshi, Nucleus Software
E-mel: rashmi.joshi@nucleussoftware.com
Telefon Bimbit: +91-9560694654

Sumber: Nucleus Software Exports Ltd.

Source: Nucleus Software Exports Ltd.
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Contracts