DUBAI, UAE, 2 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Flytxt, penyedia penyelesaian penganalisaan pengguna perkhidmatan mudah alih terkemuka untuk syarikat telekomunikasi dan perusahaan mudah alih, hari ini mengumumkan ia dipilih oleh Tune Talk, Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) paling pesat berkembang di Malaysia, bagi menyediakan penyelesaian Pengurusan Nilai Pelanggan (CVM) kepada syarikat telekomunikasi itu untuk menambah baik nilai kitar hidup pelanggan melalui penglibatan masa nyata yang tersuai dan berkonteks.
Jason Lo, Ketua Pegawai Eksekutif Tune Talk, menyatakan, "Kami sentiasa menumpukan pada misi untuk mewujudkan satu pengalaman yang unik dan diperibadikan kepada segenap pelanggan kami. Pada tahun keenam operasi kami, sudah tiba masanya kami mara ke hadapan untuk merealisasikan misi ini sambil memenuhi permintaan terkini daripada para pelanggan kami serta kekal menjadi peneraju secara proaktif dalam kalangan pesaing kami. Kerjasama antara Tune Talk dengan Flytxt akan membolehkan kami lebih memahami pelanggan kami serta dapat menyesuaikan produk dan tawaran kami dalam masa nyata agar bertepatan dengan tabiat penggunaan dan keperluan berkonteks mereka."
Flytxt bekerjasama dengan pelbagai perusahaan dalam usaha transformasi digital mereka sambil membantu menwujudkan satu pengalaman gaya hidup yang tersuai kepada pengguna dalam dunia digital. Penyelesaian CVM daripada Flytxt memanfaatkan model penganalisaan berpakej untuk mendapatkan pandangan pelanggan yang lebih mendalam daripada pelbagai sumber data. Maklumat tersebut dapat membantu mengambil tindakan bersegmen yang amat kecil, untuk memastikan tawaran yang tepat disampaikan kepada pelanggan berdasarkan profil demografi dan pola penggunaan. Selain itu, fungsi membuat keputusan masa nyata berlandaskan peristiwa membolehkan mereka memastikan komunikasi serta tawaran sentiasa relevan dengan keadaan semasa.
En. Hetarth Patel, Naib Presiden Kanan - Jualan Global, Flytxt, mengulas, "Kerjasama ini menandakan penembusan kami ke dalam pasaran Asia Tenggara. Kami berbangga kerana dapat menjalin kerjasama dengan Tune Talk dalam usaha mereka untuk menyediakan perkhidmatan berteraskan nilai kepada pelanggan. Flytxt menjangkakan untuk menjana lebih 5% impak ekonomi berbanding bulan lalu untuk pihak Tune Talk hasil penggunaan penyelesaian CVM mereka."
Latar Belakang Tune Talk
Tune Talk adalah Pengendali Rangkaian Mudah Alih Maya (MVNO) yang paling pesat berkembang di negara, dengan 1.5 juta pelanggan. Dilancarkan secara rasmi pada 19 Ogos 2009, misi mereka adalah untuk menyediakan kadar panggilan terendah dan insentif menarik kepada segmen pasaran yang kurang mendapat perhatian. Sebagai sebuah MVNO, model perniagaan syarikat itu memfokuskan penambahbaikan produk, pemasaran dan khidmat pelanggan tanpa perlu membina serta menyelenggara rangkaian mudah alih penuh. Hal ini membolehkan Tune Talk beroperasi pada modal yang rendah bagi memfokuskan penawaran kadar panggilan terendah dan memberikan khidmat pelanggan terbaik kepada pelanggan kami.
Latar Belakang Flytxt
Flytxt bekerjasama dengan pelbagai perusahaan dalam usaha transformasi digital mereka, membolehkan mereka menjana nilai ekonomi yang boleh ditentukan daripada data melalui penganalisaan pengguna mudah alih. Penyelesaian pengewangan data komprehensif daripada Flytxt membantu perusahaan untuk menyesuaikan pengalaman pelanggan merentasi titik sentuh digital serta meningkatkan pendapatan, mengoptimumkan margin, serta meningkatkan kesetiaan. Platform syarikat itu digunakan di lebih 50 lokasi pelanggan di 30 buah negara untuk menganalisis lebih 500 juta pengguna mudah alih. Flytxt berjaya memberi impak ekonomi antara 2 hingga 7% kepada pelanggan mereka hasil penggunaan penyelesaian mereka yang menggabungkan teknologi, penganalisaan berpakej, aplikasi perniagaan, dan perkhidmatan penggerak. Syarikat itu memiliki ibu pejabat di Belanda, pejabat korporat di Dubai dan pejabat cawangan di Paris, London, Trivandrum, Mumbai, Singapura, Johannesburg, Nairobi, dan Mexico City.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.flytxt.com.