omniture

Messi Kini Memiliki Permainan Space Scooter

Space Scooter
2016-02-02 20:58 132

BARCELONA, Sepanyol dan AMSTERDAM, 2 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Pemain berpeluang untuk bertemu & beramah mesra (meet & greet) dengan pemenang anugerah Bola Emas (Ballon d'Or) itu menerusi telefon pintar

Pengguna di seluruh dunia boleh bermain permainan baharu melalui telefon pintar atau tablet yang menampilkan pemenang lima kali Anugerah Pemain Terbaik Dunia FIFA, Lionel Messi, untuk menyelesaikan pelbagai misi. Permainan Messi Space Scooter akan memberi peluang kepada pemain untuk memenangi hadiah seperti kemeja-T bola sepak yang bertandatangan atau bertemu & beramah mesra dengan pemain bola sepak terbaik dunia.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160126/326078 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160126/326079 )

Sempena kejayaan beliau di padang bola, baru-baru ini, Messi menerima anugerah Bola Emas (Ballon d'Or) yang kelima. Dalam Permainan Messi Space Scooter beliau akan mengembara bersama makhluk asing di dalam sebuah UFO dari sebuah stadium ke dunia luar bagi menguji kemahiran menunggang skuternya dalam pelbagai misi.

Messi akan melompat di atas batu, jambatan dan halangan yang lain, lompatan balik kuang, menunduk untuk melepasi terowong serta mengelakkan dirinya daripada roket dan raksasa. Beliau juga pastinya akan menembak peluru bola untuk mengosongkan laluan. Di sepanjang jalan, token serta barang lain yang memberikan mata akan dikutip untuk memberi peluang kepada pemain bagi memenangi hadiah.

Hadiah yang ditawarkan melalui Messi Space Scooter adalah seperti kemeja-T bola sepak yang ditandatanganinya dan peralatan sukan yang lain selain hadiah utama: hadiah percutian yang inklusif ke Barcelona untuk berjumpa & beramah mesra dengan Messi sendiri. Permainan percuma itu boleh dimuat turun daripada App Store atau Google Play Store.

Pada tahun 2014, Messi menandatangani kontrak tiga tahun dengan Space Scooter Belanda. Bukanlah untuk bermain bola sepak, tetapi untuk membantu mencipta dan mempromosikan skuter rekaannya dalam edisi khas yang menggunakan jenama Messi. Ketika mereka mencari seorang selebriti yang boleh mengaitkan tema tersebut dengan kanak-kanak, permainan luar dan senaman yang dilakukan bersama, Space Scooter memilih Messi. Messi menyukai cara baharu dalam pergerakannya. Skuter itu digerakkan dengan menekan platform pemijak ke atas dan ke bawah yang menyebabkan rantai menggerakkan roda belakang. Pergerakan skuter ini adalah seperti berjalan di angkasa, lalu dinamakan Space Scooter.

Selepas edisi khas Messi Space Scooter, jenama Messi kini melancarkan permainannya sendiri yang pertama, hasil usaha jurutera Space Scooter. "Dari satu segi, kami ingin menggembirakan kanak-kanak semasa musim sejuk ini kerana mereka tidak boleh bermain di luar seperti kebiasaannya," kata pengarah Space Scooter, Joost Blom. "Selain itu, melalui permainan ini, kami ingin memperkenalkan Space Scooter di negara-negara yang masih kurang mengetahui akan kuwujudan kami."

Sumber: Space Scooter

Source: Space Scooter
Keywords: Electronics Gaming Entertainment Mobile Entertainment Sports Telecommunications New products/services