omniture

TCL Home Appliances Raih Anugerah Rekaan iF 2016

TCL Corporation
2016-02-02 23:14 351

SHENZHEN, China, 2 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Anugerah Rekaan iF 2016 yang amat berdaya saing dianugerahkan kepada tiga produk daripada TCL Home Appliance Industry Group, iaitu peti sejuk TCL Air Healthy 460, mesin basuh TCL Big-Eye Crystal 2.0 dan mesin basuh TCL Arc Blue, kerana rekaannya yang tinggi nilai estetik dan mengutamakan pengguna, digabungkan dengan fungsi pintar yang terkini. Anugerah Rekaan iF diiktiraf di dunia sebagai label kecemerlangan rekaan, ibarat "Anugerah Oscar untuk Rekaan", selama lebih 60 tahun. Tiga produk TCL dipilih daripada 5,000 calon pada tahun ini, oleh iF Industrie Forum Design, sebuah organisasi rekaan perindustrian yang paling lama bertapak di Jerman.

TCL Home Appliances Raih Anugerah Rekaan iF 2016
TCL Home Appliances Raih Anugerah Rekaan iF 2016

 

Peti sejuk TCL Air Healthy 460 yang merangkul anugerah iF
Peti sejuk TCL Air Healthy 460 yang merangkul anugerah iF

 

Mesin basuh TCL Big Eye Crystal 2.0 yang merangkul anugerah iF
Mesin basuh TCL Big Eye Crystal 2.0 yang merangkul anugerah iF

 

Mesin basuh TCL Arc Blue yang merangkul anugerah iF
Mesin basuh TCL Arc Blue yang merangkul anugerah iF

"Selama bertahun-tahun, perniagaan peti sejuk dan mesin basuh TCL telah mematuhi falsafah produk bagi tujuan memberikan pengguna persekitaran yang sihat," kata Chen Weidong, Ketua Pegawai Eksekutif TCL Home Appliance Industry Group, dalam satu sesi temu ramah. "Kami terus beriltizam untuk menghasilkan produk yang padat dan unik menerusi proses pembuatan yang inovatif, menyepadukan rekaan bernilai estetik dengan fungsi praktikal yang mengutamakan pengguna."

TCL membentuk satu perkongsian penting bersama pasukan rekaan bertaraf dunia, designaffairs yang berpangkalan di Jerman, bagi mencipta peti sejuk dan mesin basuhnya. Pasukan rekaan dari Jerman itu bekerjasama di samping TCL di pusat penyelidikan dan rekaan mereka yang ditubuhkan bersama, bagi memastikan rekaan peti sejuk dan mesin basuh TCL mematuhi piawaian tertinggi Jerman. Kolaborasi itu, digandingkan dengan peletakan produk yang tepat serta kawalan kualiti yang ketat, menyediakan asas penting untuk peti sejuk dan mesin basuh TCL yang berjaya meraih anugerah iF.

Beribu pejabat di China, TCL Home Appliance Industry Group, merupakan jenama peti sejuk dan mesin basuh China pertama yang merangkul tiga anugerah untuk satu pertandingan dalam setahun, mencatatkan rekod baharu dalam industri China. Sebagai sebahagian daripada pengeluar barangan elektronik pengguna terkemuka dunia TCL Corporation, TCL Home Appliance Industry Group berkembang menjadi pengeluar perkakas kediaman utama yang paling berpotensi di China dan kini berhasrat untuk memperluas perniagaannya ke luar negara menerusi produk-produknya yang meraih anugerah peringkat antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut, hubungi:

Marta Chen
+86-755-3331-3868
chenxuejun@tcl.com

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160202/0861601020-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160202/0861601020-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160202/0861601020-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160202/0861601020-d

Source: TCL Corporation
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components Household Products Household/Consumer/Cosmetics Awards