LONDON, 3 Februari 2016 /PRNewswire/ --
Acara unik #18TOWIN memerlukan peminat meramal keputusan sepakan penalti terbesar dunia apabila pemain terbaik Eropah bersemuka di belakang tabir bermula pada 22 Januari hingga 5 Februari
FOX Sports hari ini mengumumkan #18TOWIN, permainan media sosial pertama global yang diadakan bagi mempromosikan permulaan Bundesliga pada hari Jumaat, 22 Januari, 8.30 malam (Waktu Eropah Tengah - CET).
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/324285 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/324286 )
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160120/324287 )
#18TOWIN adalah kempen dalam talian yang berlangsung selama dua minggu yang melibatkan semua 18 kelab latihan Bundesliga, apabila beberapa pemain terbaik dunia akan mendepani rakan sepasukan mereka dalam perlawanan sepakan penalti. Peminat akan mengundi dalam platform sosial media menggunakan bahasa sejagat, Emoji untuk meramal siapakah yang akan menjaringkan gol, dan siapakah yang akan gagal disebabkan tekanan. Selepas ramalan dihimpunkan, keputusan akan disiarkan pada semua platform FOX Sports bermula pada hari Jumaat, 5 Februari, pada jam 5.30 petang (CET)
Pemain terkenal seperti Marco Reus, Fabian Johnson, Marco Fabian dan Pierre-Emerick Aubameyang mengambil bahagian dalam cabaran #18TOWIN dan hashtag itu telah mencapai lebih 30 juta peminat di alam maya.
Kandungan eksklusif dan menarik akan disiarkan melalui Twitter dan Facebook untuk pengguna yang menghantar serta berkongsi ramalan mereka secara dalam talian. Permainan ini membolehkan FOX Sports berinteraksi dengan peminat baharu dan sedia ada dari seluruh dunia yang menonton acara liga dengan cara yang lebih menarik, berdaya saing serta unik.
Peminat Bundesliga dari AS, Itali, Belanda, Amerika Latin dan Asia akan terus dapat menikmati antara permainan bola sepak paling menarik di Eropah bermula pada 22 Januari melalui saluran FOX Sports.
#18TOWIN
LATAR BELAKANG FOX SPORTS
FOX Sports adalah produk saluran sukan utama FOX Networks Group. Saluran itu adalah jenama televisyen sukan terulung di dunia, yang melibatkan hak pengedaran dan program. FOX Sports dikenali di seluruh dunia sebagai penginovasi dalam menyiarkan acara, berita dan persembahan sukan secara langsung yang dengan pantas menjadi piawaian kecemerlangan baharu dalam pasaran antarabangsa melalui nilai pengeluaran, ulasan yang menarik serta penyampai mereka yang berani. FOX Sports menyiarkan beberapa francais sukan yang paling banyak ditonton dan paling dicari di dunia termasuk Barclays Premier League, Serie A, Bundesliga, FA Cup, League Cup, Coppa Italia, UEFA League, Copa Sudamericana, NFL, MLB selain acara tenis, golf, dan perlumbaan utama. FOX Sports mengandungi pelbagai saluran yang kini melibatkan FOX Sports 2, FOX Sports 3, FOX Sports International dan FOX Sports Eredivisie, yang berjaya menembusi 73 juta kediaman di 88 buah negara serta 8 bahasa di luar A.S dan boleh diakses secara suapan linear SD dan juga HD selain aplikasi khas FOX Sports Play.
Untuk maklumat lanjut / pertanyaan media:
Antoine Chapuy
+44(0)203-426-7126
antoine.chapuy@fox.com
Belen Frias
+34(0)91-702-26-90
belen.frias@fox.com
Sumber: FOX Sports