omniture

360 Mobile Security, Ltd. Umumkan Lebih 100 juta Pengguna Aktif Setiap Hari

360 Mobile Security Limited
2016-02-03 23:42 338

BEIJING, 3 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- 360 Mobile Security, Ltd. ("360 Mobile") yang beribu pejabat di Beijing dan mempunyai 15 cawangan di seluruh dunia, hari ini mengumumkan aplikasi keselamatan mudah alih untuk seluruh dunia, 360 Security, kini digunakan lebih 100 juta pengguna aktif setiap hari.

360 Mobile ditubuhkan pada tahun 2013 dan menerima lebih $80 juta pelaburan daripada Qihoo 360 dan Wang Liwei, Naib Presiden Kunlun pada tahun 2015. Pada tahun 2015, syarikat itu melancarkan aplikasi 360 Security versi baharu dan mula meluaskan liputan ke dalam pasaran antarabangsa dan mencapai kejayaan cemerlang dalam masa setahun.

Agar dapat disesuaikan dengan gaya penggunaan pengguna yang berbeza serta budaya tempatan dan persekitaran teknologi, 360 Security hadir dengan Antara Muka Pengguna (UI) baharu untuk pengguna antarabangsa dan menyediakan terjemahan dalam 34 bahasa yang berbeza. Bilangan pengguna harian yang aktif meningkat lebih sepuluh kali ganda selepas setahun berusaha.

Ketua Pegawai Eksekutif 360 Mobile, Wang Liwei, menjelaskan kejayaan hebat yang diraih ini adalah hasil pemahaman yang mendalam terhadap pasaran antarabangsa selain strategi pemasaran yang tepat. Di AS dan Korea, contohnya, telefon pintar bukan sekadar alat untuk berkomunikasi, malah ia juga digunakan untuk berhibur, bersosial, dan membuat pembayaran secara dalam talian. 360 Security dapat meningkatkan prestasi telefon pengguna serta menambah baik tahap keselamatan maklumat peribadi mereka. Bagi memenuhi keperluan ini, aplikasi versi Korea menampilkan fungsi Kunci Aplikasi (App Lock) dan Penggalak Permainan (Game Boost), yang terus menjadi amat popular sejurus dilancarkan.

Di India, kaedah pertama untuk mendapatkan sambungan internet adalah melalui terminal mudah alih, yang biasanya hanya 1 Gb RAM. Bagi memenuhi keperluan pengguna di India, 360 Mobile hadir dalam versi Lite iaitu hanya 1/4 daripada saiz produk yang serupa dan dapat meningkatkan prestasi platform agar berfungsi lebih baik di samping 1,000 aplikasi terkenal. 360 Security Lite menjadi amat terkenal selepas dilancarkan serta dimuat turun lebih 10 juta kali dalam masa 3 minggu.

360 Security memiliki lebih 300 juta pengguna, kebanyakannya di AS, Eropah, Jepun, Korea dan India, iaitu pasaran utama aplikasi Android. App Annie menunjukkan 360 Security berada pada kedudukan 5 teratas di 79 buah negara dalam Google Play, malah ia adalah aplikasi peralatan terbaik di 90 buah negara. Seramai 67 juta pengguna memberikan penilaian purata 4.6/5 untuk 360 Security. 360 Security akan terus menghadapi cabarannya dan bakal mencapai kecemerlangan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Jean-Baptiste Carpentier 
Tel: +86-158-1157-3307 
E-mel: jeanbaptiste@mobimagic.com

Source: 360 Mobile Security Limited
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Internet Technology Sales reports