omniture

Ahli Gabungan Taisys, Shanghai F-road, Raih Hadiah Pertama Cabaran Rangkuman Kewangan Anjuran The Wall Street Journal

Taisys Technology
2016-02-04 08:00 226

TAIPEI, Taiwan, Feb. 4, 2016 /PRNewswire/ -- Penerbitan berita kewangan terkemuka dunia, The Wall Street Journal, menjemput perusahaan dari seluruh dunia untuk menyertai Cabaran Rangkuman Kewangan (Cabaran) bagi memperkenalkan penyelesaian mereka bagi menangani masalah akses kewangan dalam kalangan golongan miskin. Ahli gabungan Taisys Technology (Taisys), Shanghai F-road Commercial Services (F-road), telah diangkat oleh The Wall Street Journal kerana membawa impak positif dalam rangkuman kewangan Asia Pasifik. F-Road menggunakan teknologi berasaskan kad SIM tindihan yang disediakan menerusi teknologi Taisys untuk meluaskan liputan perbankan mudah alih ke kawasan luar bandar yang paling jauh di China. Penyelesaian itu telah dinobatkan sebagai pemenang dalam kategori teknologi bagi Cabaran itu.

Hakim Cabaran tersebut, Michael Schlein, mengulas, "F-road memfokuskan kawasan pedalaman bagi menangani isu yang sering tidak mendapat perhatian dalam rangkuman kewangan dengan membawakan perkhidmatan kewangan ke kawasan yang sedikit penduduknya, yang berada jauh dari kawasan bandar."

Seorang petani dari Szechwan, Wu Yulong, pengguna perkhidmatan F-road yang dikeluarkan oleh bank tempatan berkata, "Saya boleh memindahkan wang, membayar bil, dan paling utama, saya boleh melanjutkan pinjaman saya dengan mudah untuk membeli baja. Saya juga boleh membuat transaksi bagi pihak orang kampung yang lain."

Di negara sebesar China, jarak untuk ke bank terdekat mungkin jauh. Oleh sebab itu, isu penting dalam rangkuman kewangan adalah untuk memendekkan jarak antara pelanggan dengan perkhidmatan bank. Penyelesaian F-road yang mudah dipelajari dan sangat mudah diakses, berasaskan teknologi SIMoME Taisys yang dipatenkan, kini digunakan oleh lebih 15 juta pengguna daripada 1,300 buah bank di 27 daripada 31 wilayah di China, bagi mengurus lebih RMB 5 bilion urus niaga setiap hari.

Teknologi SIMoME yang dipatenkan milik Taisys menggunakan saluran SMS pada telefon pengguna yang dapat mengatasi masalah isyarat telekomunikasi yang lemah di kebanyakan kawasan pedalaman. Teknologi tersebut adalah peranti yang sangat selamat kerana ia mengandungi kekunci kriptografik, algoritma, dan data proses. Oleh sebab itu, institusi kewangan boleh menyediakan penyelesaian perbankan mudah alih yang selamat kepada pelanggan.

Pengurus negara bagi International Finance Corporation, Simon Andrew, berkata, "Kami berpendapat penyelesaian ini bukan sahaja memiliki potensi di China, tetapi boleh digunakan di negara-negara lain yang memiliki populasi pedalaman yang tinggi." F-road dan Taisys bercita-cita untuk mencapai akses kewangan di peringkat antarabangsa. Kemenangan dalam Cabaran Rangkuman Kewangan membuktikan usaha mereka mula menunjukkan hasilnya dan dapat membantu mereka yang memerlukan.

http://www.wsj.com/public/resources/documents/financialinclusion.html

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang Taisys: http://www.taisys.com/index

Hubungi

Lotus Lin
+886-2-2627-0927
lotus.lin@taisys.com

 

Source: Taisys Technology
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Electronic Commerce Telecommunications Awards