omniture

Sepuluh Tips Membeli-belah Dalam Talian Bantu Berikan Anda Penjimatan Terbaik

Rakuten
2016-02-04 09:00 597

50 "online influencers" teratas di Asia Tenggara dedahkan tips penjimatan terbaik dalam cabaran "Rakuten Shopping Hacks"

SINGAPURA, 4 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Kebanyakan laman web membeli-belah ingin para pengguna lebih berbelanja dalam laman mereka dan seterusnya, merahsiakan strategi promosi mereka. Walau bagaimanapun Rakuten, sebuah syarikat perkhidmatan internet yang mengendalikan laman web membeli-belah di seluruh dunia, baru-baru ini melancarkan satu cabaran unik kepada 50 "Online Influencer"  di Singapura, Malaysia dan Indonesia – untuk melayari laman web membeli-belah Rakuten, mengenal pasti kombinasi "teknik" terbaik yang dapat memberikan pembeli penjimatan wang terbanyak dan berkongsi teknik tersebut secara umum bersama pengikut mereka.

Inisiatif " Rakuten Shopping Hacks" mengambil inspirasi daripada slogan mereka iaitu "Membeli-belah adalah Hiburan", dan bertujuan untuk menggembirakan pembeli dengan menunjukkan cara teknik pembelian produk impian mereka dalam harga paling rendah -- sehingga 70% atau kurang -- daripada hasil harga asal daripada kombinasi teknik-teknik tertentu yang tidak ketara tetapi bijak. Dengan perbelanjaan warga Asia yang mencecah hingga nilai purata AS$36 sebulan menerusi membeli-belah dalam talian [1] -- tidak termasuk semasa musim perayaan seperti Krismas – teknik-teknik ini mampu memberikan penjimatan yang ketara dari masa ke masa.

Sepuluh teknik membeli-belah teratas yang ditemui pada Rakuten adalah:

1. Langgan newsletter
Pelanggan baharu akan menerima kupon diskaun "welcome" dan paling utama, , pelanggan adalah yang pertama untuk mengetahui tentang promosi khas serta tawaran dalam tempoh terhad yang mungkin hanya berlangsung selama 24 jam.

2. Daftar sebagai ahli (percuma)
Ahli akan menerima kupon diskaun hari jadi dan dapat menikmati promosi eksklusif bergantung pada jenis keahlian. Jika digandingkan dengan teknik #1, keahlian adalah sangat penting dan merupakan langkah utama untuk mereka menikmati lebih penjimatan.

3. Manfaatkan kelebihan daripada program loyalty
Rakuten menawarkan rebat sekurang-kurangnya 5% daripada nilai pembelian, dalam bentuk Rakuten Super Points, untuk setiap hari, bagi setiap pembelian. Point ini boleh digunakan seperti nilai tunai untuk mengimbangi pembelian anda yang seterusnya di Rakuten. Rebat ini tiada had pada jumlah kerana pada hari tertentu, pemberian rebat boleh mencecah setinggi 25%. Pembeli hanya perlu mendaftar sebagai ahli secara percuma, untuk mula mengumpul Rakuten Super Points.

4. Gunakan kad kredit yang tepat
MasterCard contohnya, memberikan diskaun tambahan sebanyak 5% pada hari tertentu jika anda membayar menggunakan kad mereka. Tambahan pula, sesetengah kad kredit menawarkan rebat tunai sebagai sebahagian daripada program ganjaran mereka sendiri mengikut jumlah yang dibelanjakan ke atas kad itu.

5.  Belanja pada hari yang tepat
Tidak semua hari adalah serupa untuk membeli-belah. Selasa, Rabu, Khamis dan hari minggu adalah hari yang terbaik untuk membeli belah kerana Rakuten menawarkan diskaun khas pada hari itu, khususnya untuk pembelian pada pertengahan minggu serta hari minggu untuk para pembeli dalam talian.

6. Laman web rebat tunai
Sebelum membuat pembelian, Layarilah laman web membeli-belah jika anda ingin membuat sedikit tinjauan, tetapi jika anda sudah bersedia untuk membeli, layari laman web rebat tunai seperti Ebates atau Shopback untuk mendapat tambahan rebat tunai 5% untuk pembelian anda di Rakuten. Cari dan klik pada produk yang diingini melalui laman membeli-belah tersebut..

7. Dapatkan kupon diskaun
Kupon diskaun selalunya dipaparkan pada laman web membeli-belah tersebut. Tetapi terdapat juga kupon diskaun yang lebih baik – sama ada untuk produk yang anda sedang cari, nilai diskaun atau pembelian dengan harga minimum agar kupon sah digunakan – yang boleh diperoleh di laman sosial seperti Facebook, penulis blog yang berkhidmat untuk laman membeli-belah tersebut dan sebagainya. Lakukan carian pantas secara dalam talian sebelum memilih kupon yang dapat memberikan anda penjimatan yang terbaik.

8. Lakukan pengiraan sebelum gunakan kupon dan kod promosi
Ambil kira jumlah yang akan dibelanjakan dan pilih kod kupon yang anda inginkan (jika ada lebih daripada satu kupon) untuk mendapat penjimatan terbaik. Contohnya, sekiranya kupon 5% digunakan pada produk bernilai $20 adalah kurang menjimatkan berbanding menggunakan kupon diskaun $5.

9. Cari rakan, jimat membeli belah dan kos penghantaran
Kumpulkan rakan-rakan anda dan membeli-belah secara bersama – banyak produk yang memerlukan pembelian minimum tertentu agar layak menerima penghantaran percuma. Terdapat juga produk yang hadir dalam set bundle yang memberi penjimatan apabila dikongsi bersama rakan-rakan, berbanding pembelian secara berasingan.

10. Pisahkan pembelian jika perlu
Beli keperluan anda sekarang. Melalui loyalty point yang dikumpul, anda boleh membeli barang lain – sama ada berjimat menggunakan point, atau terima barang secara percuma.

Contohnya, menggunakan kombinasi teknik-teknik yang dikongsikan ini, sebuah Samsung Galaxy S6 (32GB) di www.rakuten.com.sgboleh dibeli serendah 70% daripada harga asal.

Gabungan Teknik Beli Belah Rakuten boleh membantu pembeli mendapatkan produk pada harga lebih rendah berbanding harga asal
Gabungan Teknik Beli Belah Rakuten boleh membantu pembeli mendapatkan produk pada harga lebih rendah berbanding harga asal

Perkhidmatan Rakuten dalam talian boleh dinikmati daripada negara-negara dan kawasan di Asia yang berikut: Singapura (www.rakuten.com.sg), Malaysia (www.rakuten.com.my), Indonesia (www.rakuten.co.id), Thailand (www.tarad.com) dan Taiwan (www.rakuten.com.tw).

Latar Belakang Rakuten

Rakuten, Inc. (4755:Tokyo), adalah satu sebuah syarikat perkhidmatan Internet utama dunia yang menyediakan pelbagai perkhidmatan kepada pengguna dan perniagaan, dalam bidang e-dagang, eBaca, pelancongan, perbankan, keselamatan, kad kredit, e-wang, logistik, portal dan media, pemasaran dalam talian serta sukan profesional. Sejak tahun 2012, Rakuten diletakkan dalam senarai tahunan '10 Syarikat Paling Inovatif' di dunia oleh majalah Forbes. Rakuten kini berkembang ke seluruh dunia dan beroperasi di seluruh Asia, Eropah, benua Amerika dan Oceania. Ditubuhkan pada tahun 1997, Rakuten beribu pejabat di Tokyo dan didayakan oleh lebih 10,000 kakitangan dan rakan dari seluruh dunia.

[1] Rahsia Beli Belah Rakuten 2015. Satu kaji selidik dalam talian anjuran Rakuten yang dijalankan oleh syarikat penyelidikan luar ke atas 2,500 lelaki dan wanita di Singapura, Malaysia, Indonesia, Thailand dan Taiwan pada Oktober 2015.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160128/8521600586

Source: Rakuten
Related Stocks:
OTC:RKUNF OTC:RKUNY Tokyo:4755
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Internet Technology OTC/SmallCap IRW Retail Web Site