omniture

KPE G2A.COM Rasmi Pembukaan GIST Gaming Istanbul 2016 dengan Ucapan Bersemangat tentang Potensi Kerjasama Eropah-Asia

G2A.com
2016-02-06 00:17 329

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, 6 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Hari ini, 4 Februari, pengasas bersama dan Ketua Pegawai Eksekutif G2A, Bartosz Skwarczek merasmikan pembukaan GIST Gaming Istanbul 2016. Bartosz bercakap tentang potensi luar biasa Turki sebagai pasaran dengan kedudukan yang dicemburui ramai, yang berada di antara Eropah, Asia, dan Asia Barat: penghubung unik antara rakyat dan negara… serta pemain permainan video!

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160204/329920)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160204/329919)

Bartosz berkata G2A membawa pasukan terbaik mereka ke Istanbul untuk menyertai acara GIST yang sangat dinanti-nantikan. Dalam satu ucapan yang membangkitkan semangat, beliau membandingkan sejarah G2A dengan sejarah Turki, menyatakan yang kedua-duanya merupakan pasaran yang, suatu masa dahulu, pernah mengalami penolakan dan bertungkus-lumus untuk mendapat pengiktirafan dan hari ini, kedua-duanya berusaha untuk menjadi peneraju yang hebat.

Kata beliau: "G2A berkongsi sejarah yang sama dengan Turki serta bersama semua di dunia ini yang ingin mencapai sesuatu yang hebat."

G2A ditubuhkan pada tahun 2010 sebagai kedai e-dagang dengan impian tinggi untuk menjadi penjual semula yang rasmi bagi pembangun Triple A. Bartosz mengembara jauh untuk menghadiri pelbagai pameran perdagangan: E3, GamesCom, Gstar – merayu untuk dibenarkan bertemu dengan pembangun Triple A. "Berkali-kali kami ditolak," kata beliau, "Kami tidak mendapat sebarang jawapan. Kami rasa begitu malu."

Beliau bertanya kepada hadirin yang terdiri daripada pemain permainan video dan pemimpin perniagaan: "Adakah situasi ini kedengaran biasa untuk anda? Sudah berapa lama Turki meminta untuk menjadi ahli penuh EU? Anda cuba meyakinkan orang lain yang anda boleh menjadi ahli yang berguna dan kehadiran anda boleh membawa perbezaan yang besar? Selama 20 tahun anda menderita kerana sering ditolak. G2A boleh memainkan peranan untuk memastikan nama anda dikenali. Ia dapat membantu jika anda mempunyai rakan-rakan di Eropah!"

Ketika mereka sering ditolak, G2A bertekad untuk membaktikan khidmat dengan membina platform pasaran pengalaman pelanggan dengan harga yang terbaik. Hari ini, G2A mempunyai 150 ribu penjual dan khidmat pelanggan global yang terbaik. Akhirnya, G2A memperoleh pengiktirafan dan kini menerima 250 ribu pelanggan baharu setiap bulan. G2A memperlihatkan kualiti mereka dan membuktikan kelayakan mereka sebagai peneraju industri dengan membangunkan G2A Shield dan G2A Pay untuk urus niaga pelanggan yang boleh dipercayai.

Bartosz menyatakan, jika kejayaan ini mampu dicapai oleh G2A, untuk berjaya dalam Industri Permainan Video dan Digital, susah tentu negara sehebat Turki mampu mengatasi segala rintangannya.

Dalam satu ucapan bertenaga dan padat dengan fakta, beliau berucap tentang 77 juta rakyat Turki, 50% daripada mereka berusia bawah 25 tahun; 22.5 juta Pemain Permainan Video dan Hasil Pasaran Permainan Video bernilai $464 juta yang dijana di sana pada tahun 2015 (Sumber:newzoo) .

"Hala tuju kita sama sahaja, kita pernah melalui liku-liku yang mencabar. G2A kini sudah menjadi peneraju bagi industri permainan video, pasaran permainan digital global yang terbesar dan Turki memperkayakan serta membangunkan penghubung yang berbilang budaya ini, ke dalam satu pasaran yang hebat, Bazar Agung."

Bartosz mengucapkan terima kasih kepada pemain permainan video Turki kerana menjadikan G2A hebat: "Entah bagaimana anda menyedari kami; entah bagaimana anda menyukai kami dan memberi peluang kepada kami. Sebenarnya, andalah yang telah mencipta G2A."

Beliau mengakhiri ucapan dengan menyatakan inilah masanya untuk Istanbul, untuk Turki, untuk semua pemain permainan video menunjukkan potensi sebenar negara yang hebat ini. "G2A berbesar hati kerana dapat merasmikan 'GIST - GAMING ISTANBUL 2016'."

SUMBER  G2A.com

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology New products/services Trade show news