omniture

Terokai Industri Kediaman Pintar di AWE2016 China

Dalam kebejatan ekonomi global, penggunaan teknologi pintar (intelligentization) adalah seperti sinar cahaya matahari pada hari yang sejuk, yang mampu memacu pembangunan pasaran
China Household Electrical Appliances Association
2016-02-08 06:20 303

SHANGHAI, 8 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- AWE2016, sebuah acara penting bagi industri perkakasan rumah di China akan berlangsung pada Mac 2016. Penggunaan teknologi pintar (intelligentization) perkakasan rumah bermula ketika industri perkakasan rumah China bertransformasi menjadi sebuah industri penting. Dari perspektif pasaran global, penggunaan teknologi pintar rumah kini memacu industri perkakasan rumah global ke dalam era baharu dan memangkin perusahaan perkakasan rumah bersaiz sederhana dan kecil di China untuk turut serta dalam transformasi perusahaan yang canggih ini. Dari segi pasaran domestik pula, pasaran penting yang semakin berkembang ini telah jauh meninggalkan pasaran sederhana dan kecil yang berkembang perlahan.

Banyak agensi penyelidikan pasaran yang meramalkan bahawa sekitar 3 hingga 5 tahun akan datang, pasaran kediaman pintar akan mencecah 100 bilion. Pasaran berpotensi ini bukan sahaja menarik minat syarikat gergasi global seperti Apple, Google, dan Bosch, tetapi juga menarik minat perusahaan dari China. Pengusaha barangan rumah asas seperti Haier dan Midea mula menggerakkan strategi kediaman pintar mereka pada tahun 2014. Perusahaan internet seperti Alibaba dan JD.com juga berusaha mengambil tempat dalam pasaran kediaman pintar China. Huawei, sebuah syarikat yang mengkhusus dalam bidang komunikasi, turut memasuki pasaran kediaman pintar. Pada tahun 2015, "gergasi" ini berjaya mewujudkan hubungan kerjasama antara satu sama lain, contohnya, Haier menjalin kerjasama dengan Huawei, Midea dengan MI, manakala GREE dengan JD.com. Banyak perusahaan khidmat sokongan seperti modul pintar, cip pintar dan platform SmartCloud juga tumbuh seperti cendawan sejak kebelakangan ini. Hasilnya, industri kediaman pintar sudah pun lengkap seterusnya mewujudkan satu "persekitaran" industri yang berfokuskan kediaman pintar yang semakin berkembang di China.

Pada masa kini, China menjadi perintis dalam industri kediaman pintar, Pada Mac 2016, nama-nama besar dalam arena perkakasan rumah bakal mendemonstrasikan pencapaian masing-masing dalam bidang kediaman pintar di AWE2016 bersama sejumlah besar syarikat daripada industri kediaman pintar yang semakin berkembang. Menurut penganjur AWE, Dewan Pameran Kediaman Pintar akan dikhususkan untuk syarikat-syarikat yang mengambil bahagian untuk bertukar-tukar pendapat dan berkongsi pengalaman.

Televisyen yang mampu menyalurkan maklumat secara automatik, peti sejuk yang boleh menyimpan makanan, mesin basuh yang dapat menambah bahan pencuci secara automatik, malah pengurus kediaman pintar J.A.R.V.I.S daripada Iron Man bakal direalisasikan. AWE akan menjadi satu platform penting untuk mempamerkan kediaman pintar dan perkakasan kediaman pintar. Pada masa depan, produk-produk pintar ini akan menembusi kehidupan seharian kita, membantu menggalakkan pembangunan pantas dalam penggunaan teknologi pintar untuk perkakasan rumah global.

Latar Belakang AWE

AWE (Ekspo Dunia Perkakasan & Barangan Elektronik), anjuran Persatuan Perkakasan Elektrik Rumah China (CHEAA), memiliki sejarah selama lebih 20 tahun. AWE, serta CES dan IFA, dianggap sebagai tiga pameran untuk industri perkakasan dan & barangan elektronik global. AWE2016 akan diadakan di Pusat Ekspo Antarabangsa Baharu Shanghai bermula pada 9 hingga 12 Mac 2016. Pameran itu akan berlangsung di tapak seluas lebih 100,000 m2, melibatkan kira-kira 600 pempamer dan lebih 20,000 produk. Kategori produk yang terlibat termasuk: peralatan elektronik pengguna, perkakasan alam sekitar & kesihatan, produk pintar, peralatan dapur & bilik mandi, perkakasan domestik, aksesori serta komponen. Jumlah pelawat yang dijangkakan hadir adalah sekitar 150,000 orang.

Tarikh AWE: 9-12 Mac, 2016
Lokasi: Shanghai, China
Peta Reruai AWE2015: http://awe.com.cn/en/contents/112/3159.html

Video AWE: http://awe.com.cn/en/contents/101/3154.html  
Laman Sesawang Rasmi AWE: http://awe.com.cn/en/

Hubungi:

Cik Cara WANG
Tel: +86-10-67093609
E-mel: cara.wang@cheaa.com

Source: China Household Electrical Appliances Association
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Trade show news