omniture

RS Components Tambah Baik Model Pemilihan Perkakasan CAD 3D untuk Jurutera

RS Components
2013-01-10 19:04 227

KUALA LUMPUR, Malaysia, 10 Jan, 2013 /PRNewswire/ --

Laman mikro baharu CAD 3D menambah keupayaan untuk mengesan, melihat dan memuat turun model-model berdasarkan jenis produk dan pengeluar

RS Components( http://www.rs-components.com/index.html ) (RS), jenama dagang Electrocomponents plc( http://www.electrocomponents.com ) (LSE:ECM), pengedar perkhidmatan tinggi utama dunia bagi produk penyelenggaraan dan elektronik, melancarkan laman mikro baharu dan khusus untuk CAD 3D (http://malaysia.rs-online.com/web/generalDisplay.html?id=3D-CAD&cm_sp=electronics-hk02-_-3D%20CAD-_-Right-Column-Banner ), yang membolehkan pengguna memperoleh akses yang lebih mudah dan pantas kepada perpustakaannya yang luas yang menyimpan lebih daripada 30,000 model CAD 3D daripada lebih 40 pengeluar, memuat turun secara percuma dari laman web RS Components.

(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Fungsi tambahan itu yang disediakan menerusi laman mikro RS Components CAD 3D baharu itu membolehkan para pengguna mencari model-model CAD 3D berdasarkan kategori produk dan pengeluar, dan menggabungkan fungsi alat lihat yang memudahkan dan menyegerakan jurutera mengesan, melihat serta memuat turun model bersesuaian yang diperlukan untuk reka bentuk masing-masing menerusi pemilihan komponen yang besar jumlahnya, termasuk penyambung, penghubung, suis dan semikonduktor.  Laman tatapan yang baharu juga menyepadukan video tutorial CAD 3D, FAQ CAD 3D, dan ciri-ciri format fail CAD 3D.

Pelancaran fungsi Carian model CAD 3D yang ditambah baik itu di laman web RS Components juga merupakan kejayaan utama dalam program model CAD 3D, menerusi lebih daripada 250,000 muat turun yang direkodkan sejak program itu diperkenalkan dua tahun lepas.

"Jumlah besar model-model CAD 3D dari laman web RS Components merupakan petunjuk nyata bahawa semakin ramai jurutera kini menggunakan perkakasan dalam talian percuma kami bagi membantu meningkatkan proses reka bentuk," kata Mark Cundle, Ketua Pemasaran Teknikal, RS Components. "Laman mikro baharu CAD 3D memastikan pengalaman yang lebih lancar dan pantas ketika mencari perkakasan terbabit."

Akses kepada perpustakaan model CAD 3D menyeluruh dari RS Components juga disediakan menerusi perpustakaan komponen ModelSource di DesignSpark( http://www.designspark.com ), komuniti dalam talian RS Components untuk jurutera.

Maklumat mengenai RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan bagi  Electrocomponents plc, pengedar perkhidmatan tinggi utama di dunia bagi produk dan penyenggaraan elektronik. Menerusi operasi di 32 buah negara, kami menawarkan lebih daripada 550,000 produk menerusi Internet, katalog, dan kaunter dagangan kepada lebih sejuta pelanggan, mengeksport kira-kira 44,000 bungkusan sehari. Produk kami, yang diperoleh daripada 2,500 pembekal utama, meliputi automasi elektronik, dan kawalan, ujian dan pengukuran, komponen elektrik dan mekanikal.

Electrocomponents di senarai di Bursa Saham London dan pada tahun kewangan yang lepas, berakhir pada 31 Mac 2012, mencatatkan perolehan sebanyak GBP1.27bn.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web di www.rs-components.com.

Maklumat lanjur boleh didapati menerusi :

Twitter: @RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS
RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

Hubungan Relevan :

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-components.com

DesignSpark
http://www.designspark.com

Hubungan Editorial:

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
Emel: soochun.tan@rs-components.com
Tel: +65-6391-5745

The Hoffman Agency

Rasheed Abu Bakar
Eksekutif Kanan Akaun
Emel: rscomponentsteam@hoffman.com
Tel: +65-6361-0250

SUMBER  RS Components

Source: RS Components
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Electronic Components New products/services