UPPSALA, Sweden, 9 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Oasmia Pharmaceutical AB (NASDAQ: OASM) hari ini umumkan penyerahan permohonan kebenaran pemasaran (MAA) kepada Agensi Perubatan Eropah (EMA) untuk Apealea (atau Paclical), satu produk rawatan barah utamanya.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150420/740096)
Apealea adalah satu rumusan baharu paclitaxel berasaskan platform berpaten eksepien XR-17, yang membentuk nanozarah misel dengan kehadiran paclitaxel. Apealea menyasarkan untuk merawat barah ovari epithelium dengan gandingan karboplatin.
"Selepas bertahun-tahun berusaha dalam projek ini oleh setiap pihak yang terlibat, kami berpuas hati kerana akhirnya kami boleh mengumumkan permohonan pemfailan kawal selia bagi tujuan mendapatkan kebenaran untuk memasarkan Apealea di EU. Setelah diluluskan, kami percaya Apealea boleh menjadi salah satu agen sitostatik utama dalam pasaran EU, yang pada masa kini bernilai lebih lima bilion Euro setahun," kata Julian Aleksov, Pengerusi Eksekutif Lembaga di Oasmia Pharmaceutical AB.
Rawatan biasa untuk barah ovari ialah menggunakan Taxol® dengan kombinasi karboplatin. Taxol adalah rumusan gabungan paclitaxel dalam Cremophor EL (minyak jarak polyethoxylated) dan etanol. Bagi mengelakkan reaksi hipersensitif akut yang membahayakan nyawa terhadap Cremophor EL, rawatan menggunakan Taxol memerlukan premedikasi yang rumit serta masa penerapan yang panjang. Berdasarkan kajian penting Fasa III oleh Oasmia, Apelea menunjukkan risiko positif/kelebihan berbanding rawatan dengan Taxol, iaitu, ia tidak memerlukan premedikasi, masa penerapan adalah hanya selama sejam dan kemungkinan mengurangkan risiko mengalami neuropati.
Permohonan kebenaran pemasaran ini dibuat berdasarkan keputusan daripada kajian Fasa III Apelea terhadap barah ovari epithelium yang dijalankan di 16 buah negara. Objektif utama kajian klinikal Fasa III, yang terdiri daripada 789 orang pesakit, adalah untuk menunjukkan kelebihan Apealea (250 mg/m2) berbanding Taxol (175 mg/m2), dengan kombinasi karboplatin.
Produk itu mendapat kelulusan daripada Persekutuan Rusia sejak April 2015 dan berjaya dilancarkan oleh rakan Oasmia, Pharmasyntez.
Dua produk utama berasaskan paclitaxel yang terdapat dalam pasaran ialah Taxol dan Abraxane. Taxol menjana $1.6 bilion jualan pada tahun 2000 sahaja, sebelum kehilangan perlindungan patennya pada tahun 2001. Pada tahun 2013, Taxol menjana $92 juta daripada jualan selepas paten. Abraxane pula menjana $759 juta jualan tahunan di seluruh dunia pada tahun 2013 dan $979 juta pada tahun 2014.
Untuk maklumat lanjut, lawati http://www.oasmia.com atau e-melkan kepada press@oasmia.com
SUMBER Oasmia Pharmaceutical AB