omniture

Konsol WuKong daripada Taisys bakal Merevolusikan Hubungan MNO-OTT

Taisys Technology
2016-02-10 08:00 393

TAIPEI, Taiwan, 10 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Taisys Technologies memperkenalkan Konsol WuKong, sebuah platform pertama untuk khidmat OTT terurus, bagi menggalakkan kerjasama antara pengendali rangkaian mudah alih (MNO) dengan penyedia perkhidmatan OTT. Sinergi terbaharu ini diwujudkan menerusi WuKong yang bakal menjadi sumber aliran pendapatan yang inovatif untuk MNO yang memerlukan khidmat OTT, mengurangkan pendapatan dan mengecilkan margin. WuKong dibangunkan menerusi teknologi berteraskan IMSI daripada Taisys dan platform slimduet® - satu kejayaan penggunaan ekosistem eSIM pertama dunia yang dikomersialkan.

Sebagai penyedia perkhidmatan internet, pengendali rangkaian terpaksa mematuhi prinsip berkecuali bersih iaitu semua data perlu dikendali secara setara, tiada hadangan, pendikitan, atau prioriti berbayar untuk sebarang perkhidmatan atau kandungan di internet. Namun begitu, pengendali rangkaian boleh berubah daripada peranan sebagai penyedia khidmat internet kepada penyedia khidmat aplikasi yang membolehkan mereka mengawal selia perkhidmatan dan kepelbagaian kandungan yang ingin disampaikan kepada pelanggannya. Pihak pengendali boleh melakukan transformasi ini melalui pertukaran IMSI dan tanpa keterikatan dengan sebarang prinsip berkecuali bersih. Hasilnya, ini akan menggalakkan pembangunan kolaborasi vertikal yang membolehkan perkhidmatan dan kandungan dihimpunkan ke dalam trafik untuk dicaj kepada pihak OTT.

Jason Ho, Pengerusi Taisys berkata, "Usaha untuk melaksanakan eSIM dipenuhi cabaran buat pengendali rangkaian. Taisys ialah rakan penting pihak pengendali dalam usaha ini bagi memastikan peralihan yang lancar bagi memperkasakan pihak pengendali dan memastikan syarikat telekomunikasi (Telco) mencapai matlamatnya. Konsol WuKong turut menggalakkan kelebihan pihak pengendali untuk mengukuhkan semula kedudukan mereka dalam dunia perkhidmatan internet mudah alih yang terhad."

Platform tersebut dinamakan WuKong kerana terdapat persamaan antara keupayaan yang dipacu IMSI dengan Sun WuKong, Raja Monyet yang memiliki kuasa polimorfik. Dalam sastera China klasik, iaitu Perjalanan ke Barat (Journey to the West), WuKong bertugas sebagai pembantu yang menjaga Tripitaka, seorang sami Buddha, dalam misinya untuk mencari risalah suci di India. WuKong dikenali dengan kuasa yang boleh mengubah rambutnya sendiri menjadi klon dirinya yang mempunyai kekuatan yang sama apabila berhadapan dengan pihak lawan yang ditemui sepanjang perjalanannya, dan kuasa ini dikenali sebagai salah satu daripada 72 transformasi. Pengendali mampu menghadapi pelbagai cabaran OTT dengan memanfaatkan keupayaan IMSI yang tiada batasan, sama seperti rambut WuKong yang tiada hadnya, bagi mengubah setiap IMSI kepada pelbagai penyedia perkhidmatan. Menggunakan platform WuKong untuk mengeksploitasi sumber ini, pengendali rangkaian boleh memperluas kapasitinya tanpa batasan.

Konsol WuKong bakal diperkenalkan di Kongres Dunia Mudah Alih 2016.

Laman sesawang Taisys: http://www.taisys.com/index

Lotus Lin
+886-2-2627-0927
lotus.lin@taisys.com

Source: Taisys Technology
Related Links:
Keywords: Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services