MUMBAI, 10 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Usaha sama antara BARC India dan TAM India dilancarkan hari ini dengan pembentukan syarikat pengurusan meter. Entiti baharu ini, yang dinamakan Meterology Data Pvt Ltd. (MDL) bakal beroperasi dalam beberapa minggu akan datang sementara TAM India akan berundur daripada perniagaan penilaian tontonan TV berkuat kuasa pada 29 Februari 2016. Sebagai sebahagian daripada sistem baharu ini, semua meter TAM akan diaturkan semula dalam kediaman panel yang dipilih menerusi rekaan sampel BARC India. Usaha sama ini akan membantu BARC India memperluas saiz sampelnya.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285)
Dalam MDL, BARC India akan memegang kawalan pengurusan sepenuhnya dengan saham sebanyak 51%, sementara TAM India – termasuk Nielsen dan Kantar – akan memegang 49% saham. Dengan pemuktamadan usaha sama ini, BARC India akan menjadi satu-satunya penyedia untuk data Tontonan TV. Peranan MDL adalah untuk mengendalikan dan mengurus pengendalian meter serta membekalkan data mentah kepada BARC India.
"Seluruh Industri sudah tidak sabar-sabar dengan pemuktamadan penggabungan ini sejak kami mengumumkannya pada bulan Ogos tahun lalu. Kami dengan sukacitanya ingin menyatakan yang Syarikat Usaha Sama ini kini sudah ditubuhkan dan bersedia untuk beroperasi," kata Ketua Pegawai Eksekutif BARC India, Partho Dasgupta.
"Kami akan bekerjasama rapat dengan BARC bagi memastikan keputusan yang mantap untuk industri serta pelanggan kami. Kami berusaha secara produktif dengan BARC untuk sampai ke tahap ini dan dalam keadaan ini, menyetujui satu langkah kemajuan yang berfaedah bagi semua yang terlibat," kata Ketua Pegawai Eksekutif Kantar Eric Salama.
"Kami gembira kerana dapat berkolaborasi dengan BARC India. Penggabungan BARC India dan TAM India akan mengukuhkan industri penyiaran India, kerana kini mereka akan mendapat data ikutan tontonan daripada saiz panel yang lebih besar," jelas Pengarah Urusan Nielsen Prashant Singh.
Kata Ketua Pegawai Eksekutif Penyelidikan Media TAM LV Krishnan, Saya sangat gembira melihat usaha sama ini akhirnya membuahkan hasil. Apa yang lebih menggembirakan adalah 12,000 meter yang dimiliki TAM India buat masa kini, yang dibina dan dikumpul tanpa mengenal penat lelah sejak 15 tahun lalu, akan dapat digabungkan bagi memberikan BARC India asas sampel panel TV yang lebih besar dan utuh untuk industri ini. Kami akan melakukan yang terbaik untuk memberikan kepakaran kami kepada MDL. Sementara itu, TAM India akan terus menumpukan usahanya untuk menambah nilai kepada industri melalui peningkatan perniagaan sedia adanya secara berterusan."
Hubungi:
Partho Dasgupta
Ketua Pegawai Eksekutif BARC India
partho.dasgupta@barcindia.co.in
+91-2249226611
Seema Singh
Pengurus Kanan – Perhubungan Awam & Komunikasi
seema.singh@barcindia.co.in
+91-9702333354
SUMBER Broadcast Audience Research Council