omniture

Sekolah Musim Panas Oxford Royale Academy Raih Anugerah Pendidikan Berprestij

Oxford Royale Academy
2016-02-10 22:31 322

OXFORD, England, 10 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Oxford Royale Academy (ORA) berbesar hati mengumumkan ia dinamakan sebagai Produk Pendidikan Terbaik menerusi Anugerah Pelancongan Belia British (British Youth Travel Awards) 2015 yang berprestij.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160209/331305)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160209/331306)
(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160209/331307)

Pencapaian tahun ini adalah pencapaian kelima sejak enam tahun ORA merangkul anugerah tersebut. Sejak penubuhannya pada tahun 2005, ORA menjadi mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju pasaran dalam program akademik berkualiti tinggi untuk pelajar antarabangsa berusia 13 tahun ke atas. Pada musim panas yang lalu, Sekolah Musim Panas Oxford yang sentiasa meningkat maju menerima pelajar dari lebih 100 warganegara berbeza, dan dengan pendaftaran yang sudah mencecah 74, ORA menyasarkan untuk meraih pencapaian terbaik pada tahun 2016.

Anugerah Pelancongan Belia British adalah acara tahunan anjuran Persatuan Pelancongan Pendidikan British bagi menyampaikan anugerah dan mengiktiraf penyedia perkhidmatan pendidikan yang cemerlang, dari segi penyampaian perkhidmatan pelanggan yang terbaik serta sejauh mana keperluan setiap individu dipenuhi. Dengan lebih 50 pilihan pembelajaran yang tersedia, ORA berbangga kerana berjaya menyediakan perkhidmatan yang lengkap untuk setiap pelajar - juga mendapat perakuan British Council dan British Accreditation Council menerusi akreditasi untuk ORA. Malahan, anugerah Produk Pendidikan Terbaik adalah anugerah terkini daripada beberapa anugerah yang pernah diraih oleh syarikat itu sejak beberapa tahun ini, termasuklah Anugerah Queen untuk Perusahaan 2012 (Queen's Award for Enterprise 2012) sebagai pengiktirafan untuk ORA di peringkat antarabangsa.

Dengan persediaan yang sedang berjalan untuk sekolah musim panas 2016, ORA terus mempamerkan komitmen mereka dalam sektor pendidikan global menerusi artikel pendidikan secara percuma serta pelancaran semula program biasiswa mereka setiap tahun: mencari pelajar sejauh Amerika, Indonesia, dan Pakistan untuk menjalani proses pemilihan yang teliti. Pelajar yang paling pintar akan menerima maksimum 100% pemotongan daripada yuran pengajian. Calon yang berminat dijemput untuk mendaftar minat mereka di sini.

Daripada Kewartawanan hingga Sains Alam Sekitar serta Akademi Filem untuk remaja, pelajar daripada pelbagai latar belakang dan minat akan mempelajari sesuatu yang dapat menginspirasikan mereka pada musim panas ini. Sepanjang tempoh berkursus di Oxford, mereka akan ditempatkan di Kolej Oxford; peluang yang jarang didapati untuk makan, tidur dan belajar seperti seorang mahasiswa Universiti Oxford. Pelbagai program kebudayaan dan rekreasi yang beraneka menerusi aktiviti kokurikulum akan memastikan pelajar mendapat rakan baharu dan berseronok sepanjang tempoh berada di Oxford - cendekiawan yang terbaik pun masih memerlukan rehat.

Permohonan menyertai Sekolah Musim Panas Oxford 2016 anjuran Oxford Royale Academy boleh dibuat secara dalam talian di http://oxford-royale.co.uk/apply.

Maklumat lanjut boleh didapati di http://www.oxford-royale.co.uk
Hubungi:
Kate Richards
krichards@oxford-royale.co.uk
+44(0)8451306021

SUMBER  Oxford Royale Academy

Source: Oxford Royale Academy
Keywords: Education Leisure/Travel/Hotels Travel Awards