omniture

Festival Habanos XVIII: Havana Sekali Lagi Anjur Acara Tahunan Penting Tembakau Terbaik Dunia, Habano

HABANOS SA
2016-02-11 11:00 332

HAVANA, 11 Februari 2016 /PRNewswire/ --

  • Jenama Cohiba, sambut Ulang Tahun ke-50 pada tahun 2016, bakal menjadi tumpuan utama acara ini
  • Pelancaran terkini pada tahun ini daripada jenama-jenama seperti Hoyo de Monterrey, Cuaba o H. Upmann, antaranya, bakal diumumkan
  • Festival Habanos sasar kehadiran lebih 1,500 pengunjung dari 50 buah negara

Havana kini bersiap sedia untuk menganjurkan Festival Habanos edisi XVIII, yang akan berlangsung mulai 29 Februari hingga 4 Mac, dan akan mengadakan satu pelancaran paling penting untuk tahun 2016. Pada tahun ini, Cohiba, jenama Habanos yang terkenal dan ekslusif di dunia, akan menyambut ulang tahunnya yang ke-50. Bagi meraikan pencapaian itu, pelancaran beberapa produk baharu akan diadakan termasuk produk edisi khas di samping rangkaian produk biasa. Jenama Hoyo de Monterrey akan membuat penampilan istimewa semasa Festival itu dengan persembahan produk Reserva Cosecha 2012. Jenama Cuaba pula, yang bakal menyambut ulang tahun ke-20-nya, akan melancarkan produk edisi khas La Casa del Habano yang eksklusif manakala jenama H. Upmann pula akan menambah produk baharu ke dalam barisan produknya.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7757451-havanna-annual-event-tobacco-the-habano/

Pada masa yang sama, pelancaran Edisi Terhad 2016 untuk jenama Montecristo, Romeo y Julieta dan Trinidad akan diadakan pada Festival tersebut. Akhir sekali, rangkaian produk Habanos Añejos akan memperkenalkan dua produk baharu: Partagás Coronas Gordas Añejados dan Hoyo de Monterrey Hermosos Nº4 Añejados.

Selama lima hari, tetamu yang menghadiri Festival Habanos XVIII akan menikmati pelbagai agenda yang memfokuskan tembakau terbaik dunia. Festival akan dimulakan dengan satu Pameran Dagang, pada 29 Februari, yang akan menarik lebih 1,500 pengunjung dari lebih 50 buah negara. Pada malam hari pula, acara Sambutan Malam akan berlangsung di Old Tobacco and Wood Warehouse di kawasan San José. Pemandangan yang indah berlatarkan teluk Havana yang memukau menjadi lokasi pilihan untuk melancarkan produk Hoyo de Monterrey Reserva Vintage 2012.

Selepas itu, acara persembahan yang penuh semangat dan memberi tumpuan sepenuhnya terhadap Habano akan bermula. Dalam hal ini, Seminar Antarabangsa, pada 2 Mac, yang menampilkan kelas induk dan ceramah oleh pakar yang diiktiraf dalam dunia Habanos akan diadakan, di samping pertemuan penting untuk produk Habanos serta gastronomik yang eksklusif. Misalnya, hasil Gabungan antara Habanos dan rum daripada Havana Club yang penuh rasa, keaslian dan menonjolkan identiti Cuba. Selain itu, sorotan lain melibatkan sambutan tradisi Pertandingan Antarabangsa Habanosommelier, yang memasuki edisi kelima pada tahun ini, yang akan menampilkan format istimewa untuk memilih "Pakar dalam kalangan Pakar". Pertandingan abu terpanjang pula memasuki edisi ketiga dan merupakan satu inisiatif paling penting yang akan berlangsung di Conventions Palace.

Dua daripada acara khas sempena Festival itu adalah lawatan ke ladang tembakau di Vuelta Abajo* di rantau Pinar del Río, yang dikatakan memiliki tanah terbaik di dunia untuk penanaman tembakau, dan lawatan ke kilang El Laguito, lokasi penghasilan jenama Cohiba, sempena Ulang Tahun ke-50 jenama itu.

Pada Rabu malam, 2 Mac, Salón de Protocolo of El Laguito akan menganjurkan Hari Penghormatan untuk Habanos Cigar Roller, dalam sebuah acara sebelah malam yang istimewa dan mesra yang didedikasikan untuk jenama yang simbolik ini, yang penting untuk industri dan juga untuk para profesional yang mengusahakan pembangunan kilang Habanos di Cuba.

Pada hari terakhir, iaitu hari Jumaat, 4 Mac, peringkat akhir Pertandingan Antarabangsa Habanosommelier dan majlis penutup Seminar serta Pameran Dagang akan berlangsung. Akhir sekali, Malam Gala akan menjadi "sentuhan akhir" Festival Habanos XVIII, dengan satu acara penghormatan kepada jenama Cohiba sempena Ulang Tahun ke-50nya yang dipenuhi kejutan dan pilihan muzik khas. Anugerah Habanos akan mengakhiri malam itu, dan acara lelongan tradisi Lelongan Humidor, akan menampilkan kemajuan penting dan hasil kutipan akan disumbangkan sepenuhnya untuk sistem Kesihatan Awam Cuba, sebagaimana yang diamalkan sebelum ini.

*(P.A.O) Sebutan Asal Dilindungi 

Corporación Habanos, S.A.

Corporación Habanos, S.A. adalah peneraju dunia bagi pengkomersilan produk cerut "Premium" di Cuba dan seluruh dunia. Ia mempunya rangkaian pengedar eksklusif di lima buah benua dan lebih 150 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati http://www.habanos.com

Habanos, S.A. mengkomersialkan 27 jenama Premium, kesemua Totalmente a Mano (Buatan sendiri sepenuhnya) dan dilindungi oleh Sebutan Asal Dilindungi (P.A.O.) termasuk Cohiba, Montecristo, Romeo y Julieta, Partagás, Hoyo de Monterrey serta H. Upmann, dan banyak lagi. Habanos mempunyai ciri-ciri tersendiri, Totalmente a Mano (Buatan sendiri sepenuhnya) selama lebih 200 tahun dan menjadi rujukan dunia.

Untuk maklumat lanjut: http://www.habanos.com

Untuk lebih banyak maklumat media: Habanos, S.A., Daymi Difurniao, ddifurniao@habanos.cu, +1-5372040513 samb. 565

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160210/331698

Sumber: HABANOS SA

Source: HABANOS SA
Keywords: Tobacco Trade show news