omniture

Africell Pilih Alepo untuk Pengecajan Data dan Kawalan Polisi 3G dan LTE dalam satu Perjanjian Multinasional

Alepo Technologies Pvt Ltd
2016-02-11 12:07 548

AUSTIN, Texas, 11 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Alepo Bakal Menyediakan Platform Pengewangan Data Semua Dalam Satu yang Canggih untuk Rangkaian 3G serta LTE yang Dirancang Africell Merentasi Sierra Leone, Uganda, Gambia, dan Republik Demokratik Congo

Sebelum berlangsungnya Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) - acara industri mudah alih terbesar di Eropah - Alepo hari ini mengumumkan satu kontrak multinasional baharu dengan kumpulan pengendali mudah alih, Africell, bagi pengaturan penggunaan penyelesaian pengecajan data tertumpu dan kawalan polisi Alepo sebagai sebahagian daripada rangkaian LTE yang dirancang Africell di Afrika yang sangat dinanti-nantikan.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160210/790312)

Menurut persetujuan itu, Africell akan menggunakan penyelesaian Fungsi Peraturan Polisi dan Pengecajan (PCRF) Alepo, diprasepadukan dengan pemeriksaan paket yang menyeluruh, untuk perkhidmatan 3G dan 4G LTE di Sierra Leone, Uganda, Gambia, dan Republik Demokratik Congo. Dengan cara ini, Africell akan dapat memanfaatkan kelebihan platform pengewangan data semua dalam satu ini agar dapat membawa tawaran data 3G dan 4G baharu yang berdaya saing ke pasaran dengan cepat, termasuk aplikasi dan bahan tajaan daripada penyedia bahan OTT, pas data perayauan, dan banyak lagi.

Semasa memilih PCRF Alepo, Ketua Pegawai Teknologi Africell Younes Chaaban menekankan potensi perkhidmatan data generasi seterusnya dalam pasaran Afrika.

"Penembusan telefon pintar yang semakin meningkat dan seterusnya permintaan yang semakin tinggi terhadap perkhidmatan Internet mudah alih berkelajuan tinggi dalam pasaran kami memperlihatkan satu peluang strategik bagi mempertingkat hasil data pada tahun-tahun akan datang," kata Chaaban, seraya menambah, "Penyelesaian PCRF Alepo akan memungkinkan kami untuk memanfaatkan kelebihan perkhidmatan data 3G dan LTE agar dapat meningkatkan ARPU serta keuntungan untuk rangkaian kami."

PCRF Alepo yang diperkenalkan dalam persekitaran rangkaian mudah alih Africell yang mantap dapat memastikan impak sifar ke atas hasil suara mudah alih, sementara Africell membangunkan strategi data jangka masa panjangnya. Tambahan lagi, penyelesaian berasaskan piawaian yang terbuka itu akan disepadukan dengan lancar ke dalam persekitaran rangkaian berbilang vendor Africell, di samping pelbagai penyedia instrumen rangkaian teras yang terkemuka dalam industri.

"Apabila hasil suara mendatar, syarikat telekomunikasi yang pintar seperti Africell dapat mengenal pasti keperluan strategi pengewangan data yang agresif," kata Shivani Sardesai, Pengarah Jualan untuk Afrika di Alepo. "Mereka juga tahu, seperti juga kami di Alepo, yang kita memerlukan penyelesaian pengecajan data dan kawalan polisi yang utuh, pantas, dan fleksibel, bagi merealisasikan strategi ini serta untuk manfaat kejayaan perniagaan secara keseluruhan."

Latar Belakang Africell: 

Africell merupakan salah satu pengendali mudah alih yang berkembang paling pesat di Afrika. Syarikat itu mengukuhkan kedudukannya sebagai penyedia rangkaian mudah alih nombor satu di Gambia serta Sierra Leone, dan kini mengembangkan operasi baharunya dengan pantas di Republik Demokratik Congo dan juga Uganda.

http://www.africell.com

Latar Belakang Alepo: 

Alepo merealisasikan peluang data generasi seterusnya menjadi suatu realiti, dengan penyelesaian dan perkhidmatan perisian canggih yang membolehkan penyedia perkhidmatan komunikasi global meningkatkan pertumbuhan hasil serta bahagian pasaran bagi rangkaian jalur lebar tetap dan mudah alih generasi seterusnya. Selama lebih satu dekad, Alepo sudah menjadi rakan kongsi teknologi yang dicari-cari untuk 'semua yang berkaitan dengan data' oleh pengendali seperti Orange, Saudi Telecom, dan Digicel.

http://www.alepo.com

Semasa MWC 2016, Alepo akan melakukan demonstrasi penyelesaian pengecajan data masa sebenar dan kawalan polisi bagi 3G, LTE, dan Wi-Fi secara langsung di reruai - Dewan 7, 7E14. Untuk mengaturkan satu pertemuan dengan Alepo, sila lawati http://www.alepo.com/mwc 

Wakil Media
Danielle Smith, Alepo
+1-512-879-1030 samb. 3
Danielle.Smith@alepo.com

Sumber: Alepo Technologies Pvt Ltd

Source: Alepo Technologies Pvt Ltd
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Contracts Trade show news