omniture

Projek Pengenalpastian Mangsa Perang Vietnam Bakal Menggunakan Perisian Pemadanan DNA Bonaparte

SMART Research BV
2016-02-12 20:13 282

NIJMEGEN, Belanda, 12 Februari 2016 /PRNewswire/ -- SMART Research BV menandatangani kontrak bagi penyediaan sistem perisian pemadanan DNA Bonaparte serta khidmat sokongan berkaitan untuk Kerajaan Vietnam. Pemerolehan ini adalah sebahagian daripada projek 10 tahun yang bermatlamat untuk mengenal pasti sekurang-kurang 80,000 daripada 650,000 mangsa yang tidak dikenal pasti daripada Perang Vietnam.

Dimulakan oleh Perdana Menteri Vietnam Nguyen Tan Dung, "Projek 150" akan menjadi projek pengenalpastian DNA yang terbesar pernah dijalankan. Tiga buah makmal akan dinaik taraf dengan teknologi forensik terkini daripada pembekal teknologi seperti Qiagen dan Eppendorf, manakala khidmat rundingan dan latihan akan disediakan oleh BioGlobe serta Suruhanjaya Antarabangsa bagi Orang-orang Hilang (ICMP) di Bosnia. Dengan kontrak yang ditandatangan ini, SMART Research BV kini dengan bangganya menjadi sebahagian daripada pasukan projek ini.

Algoritma pemadanan tidak langsung Bonaparte yang canggih akan memberikan Makmal Kerajaan Vietnam dengan kebarangkalian pertalian persaudaraan dan kekeluargaan yang kuat yang diperlukan dalam projek yang mencabar ini. Sistem Bonaparte mampu pengenalpastian mayat yang tidak dikenali berdasarkan DNA rujukan daripada ahli keluarga menggunakan salasilah keturunan rambang.

Sistem Bonaparte sudah digunakan dalam banyak tugas pengenalpastian dunia sebenar; ia memainkan peranan penting dalam pengenalpastian mangsa bencana udara 2010 di Tripoli, dan pengenalpastian mangsa penerbangan Malaysia Airlines MH17 di Ukraine pada tahun 2014.

Bonaparte pertama kali digunakan pada tahun 2007 oleh Institut Forensik Belanda (NFI), dan sejak itu terus dibangunkan dan ditambah baik oleh SNN serta anak syarikatnya, SMART Research BV dengan kerjasama erat NFI.

SMART Research BV merupakan syarikat terbitan komersial SNN - Yayasan Belanda untuk Rangkaian Saraf di Universiti Radboud di Nijmegen, Belanda. SMART Research membangunkan, menyelenggara dan menyediakan sokongan untuk Bonaparte. SMART Research mengkhusus dalam mengaplikasikan pembelajaran mesin dan teknologi kepintaran buatan yang canggih untuk menyelesaikan masalah dunia sebenar. Teknologi ini juga menjadi asas dalam sistem Bonaparte.

http://www.bonaparte-dvi.com

Source: SMART Research BV
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Health Care/Hospital Publishing/Information Service Asian-related news Contracts Corporate Social Responsibility Survey, Polls & Research