omniture

Havana Sekali Lagi Anjur Acara Tahunan Penting Tembakau Terbaik Dunia, Habano

HABANOS SA
2016-02-12 23:15 510

HAVANA, 12 Februari 2016 /PRNewswire/ --

  • Jenama Cohiba, sambut Ulang Tahun ke-50 pada tahun 2016, bakal menjadi tumpuan paling utama acara ini
  • Pelancaran terkini pada tahun ini daripada jenama-jenama seperti Hoyo de Monterrey, Cuaba mahupun H. Upmann, antaranya, bakal diumumkan
  • Festival Habanos sasar kehadiran lebih 1,500 pengunjung dari 50 buah negara

Havana bakal menganjurkan Festival Habanos edisi XVIII, yang akan berlangsung mulai 29 Februari hingga 4 Mac, dan akan mengadakan satu pelancaran paling penting untuk tahun 2016. Pada tahun ini, Cohiba, jenama Habanos yang paling ekslusif, akan memainkan peranan penting kerana bakal menyambut Ulang Tahunnya yang ke-50. Jenama Hoyo de Monterrey juga akan membuat penampilan istimewa dengan persembahan produk Reserva Cosecha 2012. Jenama Cuaba pula, yang bakal menyambut Ulang Tahun ke-20nya, akan melancarkan produk edisi khas La Casa del Habano yang eksklusif manakala jenama H. Upmann pula akan memperkenalkan produk baharu ke dalam barisan produknya.

Untuk menonton Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.multivu.com/players/uk/7757451-havanna-annual-event-tobacco-the-habano/

Selama lima hari, tetamu yang menghadiri Festival Habanos XVIII akan menikmati agenda lengkap yang memfokuskan tembakau terbaik dunia. Festival akan dimulakan dengan satu Pameran Dagangan, pada 29 Februari, yang akan menarik lebih 1,500 pengunjung dari lebih 50 buah negara. Sambutan Malam yang akan diadakan di Old Tobacco and Wood Warehouse akan menampilkan pengenalan produk Hoyo de Monterrey Reserva Reserva 2012.

Selain itu, Seminar Antarabangsa, titik pertemuan penting untuk Habanos dan produk gastronomi yang eksklusif akan melibatkan Gabungan antara Habanos dan rum daripada Havana Club, Pertandingan Antarabangsa Habanosommelier dan pertandingan abu terpanjang.

Lawatan ke ladang-ladang di Vuelta Abajo* (Pinar del Río) dan kilang El Laguito, lokasi bagi jenama Cohiba, selain Hari Penghormatan untuk Habanos Cigar Roller bakal menjadi antara saat yang istimewa.

Festival tersebut akan diakhiri dengan Malam Gala yang bakal menjadi acara penghormatan untuk jenama Cohiba sempena Ulang Tahun ke-50nya, manakala Anugerah Habanos serta acara lelongan tradisi Lelongan Humidor akan turut diadakan, yang akan menampilkan kemajuan penting dan hasil kutipan akan disumbangkan sepenuhnya untuk sistem Kesihatan Awam Cuba.

*(P.A.O) Sebutan Asal Dilindungi 

MAKLUMAT TAMBAHAN.- 

Corporación Habanos, S.A.

Corporación Habanos, S.A. adalah peneraju dunia bagi pengkomersilan produk cerut "Premium" di Cuba dan seluruh dunia. Ia mempunya rangkaian pengedar eksklusif di lima buah benua dan lebih 150 buah negara. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila lawati http://www.habanos.com

Habanos, S.A. mengkomersialkan 27 jenama Premium, kesemua Totalmente a Mano (Buatan sendiri sepenuhnya) dan dilindungi oleh Sebutan Asal Dilindungi (P.A.O.) termasuk Cohiba, Montecristo, Romeo y Julieta, Partagás, Hoyo de Monterrey serta H. Upmann, dan banyak lagi. Habanos mempunyai ciri-ciri tersendiri, Totalmente a Mano (Buatan sendiri sepenuhnya) selama lebih 200 tahun dan kini menjadi rujukan dunia.

Untuk maklumat lanjut: http://www.habanos.com

Untuk lebih banyak maklumat media:

Habanos, S.A.:        
Daymi Difurniao
ddifurniao@habanos.cu
0053-720-40513 samb. 565

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160210/331698)

SUMBER  HABANOS SA

Source: HABANOS SA
Related Links:
Keywords: Tobacco Trade show news