omniture

Permintaan terhadap Kediaman Pintar di Asia: China Dahului Korea Selatan dan Jepun

GfK
2016-02-15 10:00 276

NUREMBERG, Jerman, 15 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Kajian menunjukkan perbezaan penting dalam kesan dan minat yang dijangkakan terhadap teknologi kediaman pintar

Kajian GfK terbaharu menunjukkan kebanyakan pengguna di China percaya teknologi kediaman pintar akan memberi kesan terhadap kehidupan mereka pada masa depan - hampir setara dengan teknologi pembayaran mudah alih dan jauh meninggalkan teknologi boleh pakai. Walau bagaimanapun di Jepun, hanya satu daripada lima berpendapat teknologi kediaman pintar akan memberi kesan kepada mereka, manakala teknologi pembayaran mudah alih mendapat undian tertinggi – dan di Korea Selatan pula, pandangan dilihat sama rata.

Dapatan ini adalah sebahagian daripada kajian yang melibatkan tujuh buah negara yang bertanyakan pada pengguna tentang 11 teknologi terkini yang mereka percaya akan memberi kesan kepada kehidupan mereka beberapa tahun akan datang. Teknologi seperti pencetakan 3D hingga realiti diperluas/maya serta Internet of Things – respondens boleh memilih seberapa banyak teknologi yang mereka inginkan.

China: minat dan permintaan tinggi untuk menggunakan teknologi kediaman pintar

Di China, 96 peratus pengguna mengakui mereka sedar akan konsep teknologi kediaman pintar manakala 82 peratus mempunyai sedikit pengetahuan tentangnya. Hal ini meletakkan China sebagai pasaran yang paling baik untuk teknologi kediaman pintar bagi yang membolehkan para peniaga dan pembekal mula memperkenalkan produk berkaitan.

Tiga perempat (75 peratus) daripada penduduk China yang ditemu bual berkata mereka menjangkakan teknologi itu akan memberi kesan kepada kehidupan mereka dalam masa beberapa tahun lagi – lebih tinggi daripada purata antarabangsa iaitu separuh penduduk. Sebagai perbandingan, ini menjadikan teknologi kediaman pintar adalah setanding dengan teknologi pembayaran mudah alih (74 peratus) dari segi kesan terhadap kehidupan mereka, jauh mendahului teknologi boleh pakai (59 peratus) dan pengkomputeran awan (51 peratus).

Dari segi aplikasi kediaman pintar yang paling mendapat permintaan dalam kalangan pengguna di China, kajian ini juga mendapati keputusannya adalah amat menggalakkan dengan semua kategori mencatatkan nilai yang melebihi purata antarabangsa. Kategori 'keselamatan dan kawalan' serta 'hiburan dan keterhubungan' masing-masing mendahului dengan 63 peratus memilih kategori ini, dan diikuti rapat oleh 'pemantauan kesihatan' (62 peratus), 'peralatan pintar' (61 peratus) serta 'tenaga dan pencahayaan' (60 peratus).

Jepun: hanya seorang daripada lima beranggapan teknologi pintar akan memberi kesan kepada mereka

Jepun mencatatkan respons paling rendah terhadap teknologi kediaman pintar berbanding semua negara yang dikaji. Kesedaran pengguna akan konsep kediaman pintar hanyalah lebih kurang separuh (53 peratus), namun pengetahuan teknologi ini adalah rendah dengan hanya 30 peratus.

Selain itu, hanya seorang daripada lima (19 peratus) percaya teknologi kediaman pintar akan memberi kesan kepada kehidupan mereka dalam beberapa tahun akan datang. Dari perspektif ini, 37 peratus percaya teknologi pembayaran mudah alih memberi kesan kepada kehidupan mereka, manakala 22 peratus pula berpendapat pengkomputeran awan memberi kesan kepada mereka dan 20 peratus responden untuk teknologi boleh pakai.

Apabila ditanya tentang permintaan terhadap kegunaan teknologi kediaman pintar, pengguna Jepun paling berminat dengan 'keselamatan dan kawalan' (31 peratus), diikuti oleh 'pemantauan kesihatan' (25 peratus) manakala 'tenaga dan pencahayaan' dilihat setara dengan 'peralatan pintar' (kedua-duanya 24 peratus).

Korea Selatan: satu daripada dua jangkakan teknologi kediaman pintar akan memberi kesan kepada kehidupan mereka

Kesedaran akan konsep kediaman pintar adalah tinggi di Korea Selatan iaitu sebanyak 88 peratus manakala 62 peratus dilihat memiliki sedikit pengetahuan tentangnya.

Selain itu, lebih separuh (56 peratus) pengguna Korea Selatan percaya teknologi kediaman pintar akan memberi kesan kepada kehidupan mereka, meletakkan faktor ini di hadapan teknologi pembayaran mudah alih (54 peratus) dan kereta boleh hubung (50 peratus). Namun begitu, teknologi paling popular di Korea Selatan adalah pencetakan 3D dengan 62 peratus pengguna memilihnya.

Kategori aplikasi kediaman pintar yang paling diminati di Korea Selatan ialah 'keselamatan dan kawalan' (54 peratus), diikuti dengan 'tenaga dan pencahayaan' (44 peratus), 'pemantauan kesihatan' (42 peratus) dan 'peralatan pintar' (40 peratus).

Halangan utama untuk mengguna pakai teknologi kediaman pintar

Bagi semua tujuh buah negara yang terlibat dalam kajian GfK ini, didapati bahawa halangan utama untuk mengguna pakai teknologi kediaman pintar adalah kosnya, iaitu kira-kira satu pertiga daripada responden menyatakan hal ini manakala masalah kerahsiaan (adakah rumah saya akan digodam) disuarakan oleh satu perempat responden dan hal ini turut dilihat di rantau Asia.

Teknologi kediaman pintar yang memakan belanja yang tinggi adalah faktor kebimbangan utama di Korea Selatan (30 peratus) dan China (29 peratus), manakala pengguna Jepun paling kurang melihat faktor ini sebagai masalah, iaitu sebanyak 25 peratus.

Masalah kerahsiaan adalah faktor yang paling menjadi kebimbangan di China (27 peratus), Korea Selatan mencatatkan 24 peratus manakala Jepun pula mencatatkan 18 peratus.

Ranj Dale, ketua penyelidikan teknologi GfK di UK dan pengurus kajian kediaman pintar ini, mengulas, "Kami melihat satu variasi menarik di peringkat kebangsaan tentang bagaimana pengguna masa kini melihat teknologi kediaman pintar memberi kesan kepada kehidupan mereka, serta tahap minat yang berbeza terhadap pelbagai aplikasinya. Ini mungkin disebabkan setiap pasaran memiliki pola fikir dan keperluan yang tersendiri. Kajian kami dapat membantu pelanggan kami memahami peluang teknologi kediaman pintar dalam setiap pasaran dan bagaimana untuk menambah baik pendekatan yang mereka lakukan."

Latar belakang kaji selidik

GfK menemu bual lebih 1,000 orang dewasa yang berumur 16 tahun ke atas di Jerman, UK, A.S., Brazil, Korea Selatan, China dan Jepun secara dalam talian. Responden dipilih dan dianggap sebagai wakil kebangsaan pengguna dalam talian untuk pasaran masing-masing. Kerja lapangan dijalankan pada bulan September dan Oktober 2015.

Source: GfK
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Household Products Household/Consumer/Cosmetics Survey, Polls & Research