omniture

Afimilk Mengumumkan Pengambilalihan Silent Herdsman

Afimilk Ltd
2016-02-15 15:25 373

AFIKIM, Israel, 15 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Persetujuan memperluaskan tawaran Afimilk secara signifikan untuk pemantauan lembu 

Afimilk, Ltd., penyedia penyelesaian pengurusan ladang tenusu global, mengumumkan yang ia mengambil alih Silent Herdsman, sebuah syarikat swasta dibiayai modal usaha rentan (VC) dari Glasgow, UK dan pembangun sistem pemantauan kolar leher yang digunakan untuk mengesan kitar estrus dan masalah kesihatan dalam lembu tenusu.

"Silent Herdsman melengkapi rangkaian produk popular Afimilk, AfiAct II, dengan fungsi unik dan ciri berkuasa berdasarkan teknologi baharu," kata Ketua Pegawai Eksekutif Afimilk Yuval Rachmilevitz, yang syarikatnya berperanan mewujudkan sistem pemantauan lembu yang dipasang di kaki, AfiAct II.

Pengesanan tempoh estrus adalah sangat penting dalam industri tenusu, kerana lembu mesti selalu dibiakkan agar dapat meneruskan penghasilan susu. Pengesanan masalah kesihatan awal juga adalah sangat penting, kerana rawatan pantas boleh mengurangkan kos secara signifikan yang berkaitan dengan kerugian pengeluaran, pemusnahan haiwan ternakan tidak sukarela, atau kematian lembu.

Silent Herdsman merupakan sistem pengawasan lembu berpaten yang dipasang di leher, dibangunkan dengan sokongan Kerajaan Scotland, yang mengesan tempoh estrus dan masalah kesihatan berdasarkan aktiviti, peruminatan, dan corak pemakanan lembu. Data disampaikan secara wayarles daripada kolar melalui stesen pangkalan ke komputer pusat di ladang yang memberi pemberitahuan untuk perubahan yang menunjukkan kitaran estrus atau masalah kesihatan. Pemberitahuan juga dihantar melalui awan ke telefon pintar dan tablet. Pengeluar tidak perlu meluangkan lebih masa memerhati ternakan secara terus dan banyak masa boleh dimanfaatkan untuk membiakkan serta merawat lembu yang dikenal pasti secara automatik oleh sistem. Silent Herdsman kini dipasang dalam beratus-ratus ladang tenusu seluruh Eropah.

AfiAct II merupakan sistem pemantauan lembu yang dipasang di kaki yang mengesan tempoh estrus dan pelbagai penyakit berdasarkan aktiviti serta kelakuan rehat. Seperti Silent Herdsman, ia memberi pemberitahuan pada masa sebenar kepada komputer tempatan serta telefon pintar dan juga tablet. Menurut Rachmilevitz, kebanyakan pelanggan AfiAct II di A.S. melaporkan kadar kehamilan melebihi 25 peratus.

Rachmilevitz berkata kedua-dua sistem adalah sangat tepat dan sangat boleh skala, dengan radio jarak jauh serta bateri yang tahan lama. "Sistem pemantauan kolar leher Silent Herdsman akan membantu pelanggan Afimilk menjana lebih keuntungan, menjimatkan masa, dan memastikan ternakan mereka sihat," kata beliau.

Selama hampir 40 tahun, Afimilk membekalkan penyelesaian teknologi canggih kepada pengeluar tenusu untuk mengurus tugasan mereka, menghasilkan susu berkualiti tinggi secara menguntungkan dan mempertingkat kebajikan haiwan. Hari ini, Afimilk merupakan peneraju global dalam perisian pengurusan ladang dan alat analisis susu untuk pengendalian tenusu di 50 buah negara. Untuk maklumat lanjut, hubungi pengedar Afimilk tempatan atau lawati http://www.afimilk.com.

Contact:
Noa Yonish
Marketing Communications Manager
Afimilk, Ltd.
+972-50-758-9973
noa@afimilk.co.il

Sumber: Afimilk

Source: Afimilk Ltd
Related Links:
Keywords: Food/Beverages Health Care/Hospital Acquisitions, mergers, takeovers