omniture

Kenderaan Darat Tanpa Pemandu Modular Hibrid Pertama Dunia Dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura 2016

Milrem AS
2016-02-16 14:13 697

SINGAPURA, 16 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Milrem, penyedia penyelesaian pertahanan dari Estonia yang mengkhusus dalam kejuruteraan ketenteraan, memperkenalkan kenderaan darat tanpa pemandu (UGV) modular hibrid pertama, THeMIS (Sistem Jejak Infantri Modular Hibrid), pada hari ini sempena Pertunjukan Udara Singapura 2016.

THeMIS ADDER dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura 2016 mulai 16-21 Februari
THeMIS ADDER dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura 2016 mulai 16-21 Februari

Sebagai sebuah platform kenderaan pelbagai misi yang mampu membantu dan menggantikan askar di atas medan perang untuk tugas yang rumit dan berbahaya, THeMIS mampu mengurangkan risiko operasi serta menggandakan tenaga perang.

Bersama-sama Singapore Technologies Kinetics (ST Kinetics), Milrem membangunkan THeMIS ADDER, yang merupakan satu varian daripada THeMIS yang dilengkapi stesen senjata kawalan jauh ST Kinetics, RWS ADDER. THeMIS ADDER akan dipamerkan di Pertunjukan Udara Singapura 2016 yang berada di Tapak Demonstrasi Penyelesaian Tanpa Pemandu di Reruai ST Engineering, G01, Pusat Pameran Changi, mulai 16 hingga 21 Februari 2016.

Tidak seperti UGV yang terdapat masa kini, THeMIS adalah sebuah platform yang sangat modular yang membolehkan struktur utama yang berbeza dipasang dan diintegrasikan pada bahagian tengah platform kenderaan untuk disesuaikan dengan misi yang rumit seperti menyelamat, mengangkut, dan meninjau. Kefleksibelan dan sifat serba boleh sistem ini bukan sahaja meningkatkan kecekapan, malah mengurangkan kos kitar hayat sistem tanpa pemandu yang kompleks ini yang hanya memerlukan penyelengaraan ringkas serta alat ganti yang mudah diperoleh.

"Sistem tanpa pemandu akan memainkan peranan penting dalam pembangunan keupayaan ketenteraan pada masa depan. Dalam tempoh 10 tahun akan datang, kita dapat melihat sistem darat pintar yang mampu melengkapi pasukan tentera dalam misi bersepadu. Kami teruja untuk bekerjasama dengan ST Kinetics dalam penghasilan THeMIS ADDER, dan kami pasti konsep UGV universal ini mampu menyokong keupayaan pertahanan dengan berkesan pada tahap batalion," kata Kuldar Vaarsi, Ketua Pegawai Eksekutif Milrem.

Selari dengan pengumuman THeMIS, Milrem juga melancarkan Penyelesaian Medan Tempur Infantri Digital (DIBS), penggunaan sistem tanpa pengendali pintar taktikal yang mampu beroperasi pada tahap batalion. Program yang sedang dibangunkan ini adalah hasil usaha sama mereka dengan Estonian National Defence College. DIBS menganalisis pelbagai kes pengguna taktikal dan memberikan pendekatan baharu terhadap strategi peperangan. Penyelesaian praktikal akan diuji bersama Angkatan Tentera Estonia.

Milrem berjaya menjalankan ujian awal untuk prototaip THeMIS, dan THeMIS dijangka bersedia untuk dikeluarkan menjelang hujung tahun ini.

Untuk maklumat lanjut dan menonton demo serta video pandu uji, klik pautan ini. Video versi HD juga boleh dimuat turun daripada pautan ini.

Untuk pertanyaa media, sila hubungi media@milrem.ee.

Latar Belakang Milrem AS

Milrem AS adalah penyedia penyelesaian pertahanan dari Estonia yang mengkhusus dalam kejuruteraan, pembaikan, dan penyelenggaraan ketenteraan. Ditubuhkan pada tahun 2013 oleh Mootor Grupp, misi Milrem adalah untuk menjadi rakan kerjasama yang andal dalam sektor pertahanan dan keselamatan dengan menawarkan penyelesaian pembangunan produk yang fleksibel serta sokongan kitar hidup untuk peralatan pertahanan. Dua aktiviti utama mereka adalah menyelidik serta membangunkan kenderaan tanpa pemandu, selain membaiki dan menyelenggara kenderaan berat tentera. Milrem adalah ahli dalam Persatuan Industri Pertahanan Estonia.

Latar Belakang THeMIS

THeMIS adalah kenderaan darat tanpa pemandu modular hibrid pertama di dunia. Kenderaan itu adalah modular sepenuhnya, dan boleh digunakan untuk pelbagai kegunaan, daripada pengangkutan biasa hingga kepada sistem senjata canggih. THeMIS adalah platform asas untuk Penyelesaian Medan Tempur Infantri Digital (DIBS) yang akan dibangunkan bagi tujuan mengurangkan bilangan anggota tentera di medan perang. Digabungkan dengan sistem kawalan yang fleksibel dan intuitif, THeMIS dan DIBS akan menyediakan asas untuk mengubah strategi pertempuran.

Wakil Media

Jacintha Ng/ Peh Yuxin

Gert Hankewitz

The Hoffman Agency Singapore

AS Milrem

milrem@hoffman.com  

media@milrem.ee

+65 6361 0250

+372 566 44416

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160215/8521600929

Source: Milrem AS
Keywords: Aerospace/Defense Auto Machinery Transportation Trade show news