MUMBAI, 16 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Broadcast Audience Research Council (BARC) India yang mengeluarkan Permohonan Maklumat (RFI) bagi menentu ukur data digital pada bulan Disember tahun lalu menerima sambutan yang luar biasa daripada 11 vendor terbaik dari seluruh dunia.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20150828/10129285)
Pihak yang menghantar RFI terdiri daripada: Kantar Media, IMRB and ComScore, Nielsen, MediaMetrie, Gracenote, Informate, GFK, Accenture, EY, eywa Media, Gemius dan Verto Analytics.
Bagi mempercepat proses tersebut dan melancarkan perkhidmatan mengukur data digital pada tahun ini, BARC India akan mengeluarkan Permohonan Kertas Cadangan (RFP) tidak lama lagi dan rakan kerjasama yang terlibat akan diumumkan dalam beberapa bulan lagi. Oleh yang demikian, BARC India telah melangkah setapak lagi dalam menyediakan instrumen mengukur khalayak yang tidak tertakluk kepada televisyen sahaja.
Tujuan BARC India mencari instrumen pengukuran data digital adalah untuk mengetahui jumlah khalayak yang tidak diperduakan merentasi semua peranti dan platform, mengukur kesan program yang digabungkan atau pengiklanan tanpa mengira lokasi selain bagaimana kandungan/iklan dilihat, melalui Panel Sumber Tunggal.
Selepas kerjasama dimeterai, BARC India akan menjadi pihak yang pertama menyediakan khidmat mengukur tontonan TV+ Digital di seluruh dunia. Melalui perkhidmatan ini, BARC India akan meliputi lebih 50 peratus sektor media yang merangkumi TV dan digital.
Bagi menjadikan perkhidmatan itu lebih kukuh dan jitu, BARC India bercadang untuk menjalin kerjasama dengan penerbit dan pengeluar kandungan pada masa akan datang.
"Banyak kandungan pada hari ini direka untuk kegunaan digital, tetapi kesemua kesan ini masih tidak dapat diukur. Dengan khidmat mengukur data digital ini, kami berusaha memberikan maklumat kepada pengeluar kandungan dan pemilik platform tentang tindak balas penonton terhadap kandungan mereka. Kami gembira terhadap sambutan yang diterima daripada vendor seluruh dunia," kata Ketua Pegawai Eksekutif BARC India, Partho Dasgupta.
Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
En. Partho Dasgupta
Ketua Pegawai Eksekutif, BARC India
partho.dasgupta@barcindia.co.in
+91-2249226611
Cik Seema Singh
Pengurus Kanan – Perhubungan Awam & Komunikasi
seema.singh@barcindia.co.in
+91-9702333354
Sumber: Broadcast Audience Research Council