omniture

Tugu Witcher Tersergam di Pejabat G2A.COM

G2A.com
2016-02-16 18:11 334

RZESZÓW, Poland, LONDON dan HONG KONG, Feb. 16, 2016 /PRNewswire/ -- Pasaran permainan digital paling pantas berkembang di dunia, G2A.COM, mengambil bahagian dalam satu acara lelongan kebajikan terbesar di Poland. Acara lelongan Great Orchestra of Christmas Charity (http://en.wosp.org.pl/foundation/about_us) disertai oleh G2A kerana mereka ingin menyumbang kepada kempen kebajikan kanak-kanak yang sentiasa disokong oleh mereka. G2A memenangi lelongan amal itu dan membawa pulang tugu 'Geralt from Rivia', karakter penting dan terkenal daripada permainan digital Poland, 'The Witcher' yang dicipta dan ditulis oleh Andrzej Sapkowski.

Pengasas bersama G2A.COM dan Ketua Pegawai Pemasaran, Dawid Rożek gembira atas kemenangan G2A itu. Beliau menjelaskan: "Dalam usaha penting untuk menyelamatkan nyawa kanak-kanak ini, kami membida Geralt dalam satu persaingan yang sengit. Keputusannya tidaklah jelas sehingga saat terakhir. G2A ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak pesaing; mereka membantu kami memberikan sumbangan yang banyak untuk menyelamatkan nyawa."

Tugu terkenal itu adalah setinggi 2.5 meter dan seberat 100 kg. Ia direka oleh CD Projekt RED https://www.cdprojekt.com/en. Mereka adalah pengeluar Permainan The Witcher yang bernilai 2 billion dolar A.S.

Tugu The Witcher itu memaparkan adegan pertempuran Geralt dengan Noonwraith. Menurut kepercayaan purba Eropah Timur, Noonwraith adalah semangat perempuan yang mati disumpah sejurus selepas perkahwinannya dan terus menjadi Noonwraith. Dalam The Witcher 3:Wild Hunt, Noonwraith adalah salah satu raksasa yang didepani Geralt semasa pengembaraannya merentasi dataran Velen yang luas.

Kini, tugu itu tersergam di salah sebuah pejabat G2A.COM dan ia adalah suatu yang menakjubkan: "Kami semua sayangkannya dan setiap hari mengenang setiap nyawa kanak-kanak yang diselamatkan oleh sebab tugu ini," kata Jacqueline Purcell, Ketua Perhubugan Awam Global G2A.

Jerzy Owsiak, pengasas dan pengarah Great Orchestra of Christmas Charity berkata: "Kemenangan G2A dalam acara lelongan ini memastikan ribuan kanak-kanak di seluruh Poland dapat menerima rawatan yang dapat menyelamatkan nyawa. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak G2A atas kepercayaan dan sokongan tinggi terhadap Orchestra! Seperti yang kita lihat, jarak bukanlah penghalang dan orang yang berhati mulia berada di serata dunia. Wang yang diperoleh hasil daripada lelongan itu akan digunakan untuk menyokong usaha Yayasan Great Orchestra of Christmas Charity. Ingatlah - kami akan sentiasa berada untuk membantu golongan yang memerlukan!"

Great Orchestra of Christmas Charity adalah salah satu organisasi kebajikan bukan berasaskan keuntungan dan bukan kerajaan terbesar di Poland. Ia ditubuhkan pada tahun 1993. Mereka memantau kesihatan kanak-kanak dan menyelamatkan nyawa dengan menyediakan peralatan perubatan kepada hospital awam. Acara Great Finale menghimpunkan para sukarelawan yang hadir bagi meraih kutipan untuk 'the great orchestra of christmas charity'  dan pihak lain digalakkan menyumbang melalui laman sesawang: http://en.wosp.org.pl/the_grand_finale/how_to_help

Selepas 24 Grand Finales, Yayasan itu berjaya mengumpul lebih $100 juta untuk neonatologi, pembedahan jantung, kecacatan kongenital, bayi baru lahir dan kanak-kanak berusia 5 tahun ke bawah, penyakit buah pinggang dan onkologi paediatrik di hospital awam.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.g2a.co, http://www.g2a.com

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160215/333328

Source: G2A.com
Related Links:
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Internet Technology