omniture

Groupe Renault Mengumumkan Rancangan untuk Alpine

Groupe Renault
2016-02-16 23:37 342

MONTE CARLO, Monaco, 16 Februari 2016 /PRNewswire/ --

  • Alpine Vision membawakan pilihan baharu yang mengujakan kepada pasaran kereta sport premium
  • Model pengeluaran akan datang bakal didedahkan sebelum akhir tahun
  • Alpine memanfaatkan kelebihan Groupe Renault, Renault Sport, Formula One

Di tempat asal Monte Carlo Rally yang terkenal seluruh dunia serta di Col de Turini, tempat terpahatnya saat-saat paling mencatat sejarah dalam dunia perlumbaan, Groupe Renault hari ini mengumumkan rancangan untuk menghasilkan kereta sport Alpine baharu, dan mendedahkan kereta pameran Alpine Vision.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik:
http://www.multivu.com/players/uk/7762651-groupe-renault-unveils-plans-for-alpine/

"Sukan bermotor dan kereta sport sudah sebati dalam jiwa Groupe Renault," kata Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Groupe Renault Carlos Ghosn. "Awal bulan ini kami mengumumkan kemunculan semula kami untuk Formula One dengan pasukan Renault, dan hari ini kami mengumumkan tentang Alpine. Ini adalah langkah seterusnya yang mengujakan dalam strategi kami untuk memanfaatkan kelebihan serta teknologi antara di jalan dengan di litar, dan kami tidak sabar-sabar lagi mahu mendekati pelanggan baharu dalam segmen kereta sport premium." 

Kereta pameran Alpine Vision menggabungkan rekaan yang mengagumkan dengan ketangkasan luar biasa, mirip Alpine A110 Berlinette yang digemari dan disanjungi penggemar seluruh dunia. Alpine Vision diperkasakan enjin bercas turbo empat silinder baharu, dibina oleh pakar di Renault Sport, dan keringanannya membolehkan kereta itu mencecah 0 ke 100 km/j dalam masa kurang 4.5 saat - sasaran untuk model pengeluaran akan datang.

Alpine akan diuruskan pasukan kecil yang terdiri daripada pakar yang bersemangat dalam Groupe Renault, dengan satu misi tunggal - untuk memenuhi dan melangkaui jangkaan pelanggan sport premium bercita rasa tinggi. Michael van der Sande akan mengetuai sebagai pengarah urusan Alpine, manakala Antony Villain akan mengetuai bahagian rekaan Alpine.

Alpine akan memanfaatkan sumber Groupe Renault yang luas, dan Renault Sport.

"Kami semua di Alpine berbangga kerana diamanahkan dengan tugas untuk mengembalikan Alpine kepada peminat kereta sport seluruh dunia", kata Michael van der Sande, pengarah urusan Alpine. "Tugas kami adalah untuk menafsirkan semula model Alpine masa lampau dengan terperinci dan melonjakkan Alpine ke masa hadapan dengan kereta sport yang direka indah, tangkas, dan berprestasi tinggi. Kereta pameran Alpine Vision kami serta-merta dikenali sebagai Alpine namun ia tampak lebih moden. Kami berharap dapat menunjukkan model pengeluarannya menjelang akhir tahun ini." 

Sepanjang 12 bulan akan datang, pasukan Alpine ini akan memfokuskan untuk menghasilkan kereta yang luar biasa, mirip kereta pameran hari ini dari segi rekaan, berat, pengendalian, ketangkasan, dan kehalusan butiran. Keutamaan akan turut diberi untuk memperkukuhkan pasukan serta rangkaian, dan akhirnya, untuk menceburi bidang perlumbaan. Pasukan Lumba Signatech-Alpine sudah pun memenangi dua kejohanan lasak Eropah, dan memenangi kelas LMP2 dalam Kejohanan Lasak Dunia tahun lepas di Shanghai; dan tahun ini, pasukan itu akan menggunakan dua kereta Alpine LMP2 untuk Kejohanan Lasak Dunia, termasuk Le Mans.

Dibuat di Dieppe, Perancis, Alpine baharu ini akan dijual pada tahun 2017, pada peringkat awal di Eropah, diikuti dengan pasaran lain seluruh dunia.

Laman Web: http://www.media.renault.com - http://www.renault.com
Ikuti kami : @Groupe_Renault, @Alpine_cars
http://www.facebook.com/alpinesportscars
#AlpineIsBack
Gambar : http://www.flickr.com/photos/signatech-alpine/

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20160215/333187)

Sidang akhbar Alpine akan disiarkan secara langsung dari Twitter melalui @Groupe_Renault di Periscope. 

SUMBER  Groupe Renault

Source: Groupe Renault
Related Links:
Keywords: Auto Transportation New products/services