omniture

Biasiswa, Program Pertukaran Pelajar, Latihan Industri, dan Banyak Lagi sempena Rumah Terbuka SUTD pada 5 dan 6 Mac 2016

Singapore University of Technology and Design
2016-02-18 10:00 512

SINGAPURA, 18 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Pelajar yang ingin mencari pengalaman pendidikan peringkat tinggi secara amali yang unik sudah menemui apa yang mereka idamkan. Daftarlah hari ini untuk menyertai Rumah Terbuka Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) yang berlangsung mulai 5 hingga 6 Mac untuk mengetahui lebih lanjut tentang pedagogi yang unik ini.

Semasa Rumah Terbuka SUTD itu, pengunjung boleh mengetahui sendiri setiap yang ditawarkan SUTD melalui ceramah oleh Presiden serta Ketua teras/disiplin. Mereka juga boleh merasai sendiri kehidupan di SUTD melalui lawatan ke kampus dan sesi perkongsian bersama kakitangan fakulti dan pelajar kami. Lawatan ini termasuklah kunjungan ke makmal pembuatan termaju SUTD, bilik kelas berkelompok, asrama, dan perpustakaan, serta banyak lagi.

Bengkel reka bentuk akan turut dijalankan, yang akan memberi pengunjung pengalaman secara amali serta maklumat tentang konsep pembelajaran Reka Bentuk Bersaiz Besar SUTD yang terkenal, melalui pembinaan/pemprototaipan model pencakar langit. Pelbagai reruai pameran akan turut menyediakan lebih banyak maklumat tentang empat teras akademik di SUTD, serta program pertukaran pelajar kami ke Institut Teknologi Massachusetts (MIT) di AS, Universiti Zhejiang (ZJU) di China dan lain-lain lagi. Meja maklumat akan turut dibuka untuk program latihan industri dan program kerjaya yang boleh dimohon pelajar, serta lebih 100 biasiswa yang sedia untuk dimohon. Pelajar SUTD boleh memilih untuk memohon program pertukaran pelajar, atau menyertai latihan industri bersama lebih 600 buah syarikat dari dalam dan luar negara sewaktu cuti.

Sewaktu Rumah Terbuka kami, pelajar SUTD daripada pelbagai kelab dan aktiviti luar kokurikulum, yang dikenali sebagai Fifth Row di sini, akan turut memberikan persembahan dan demonstrasi untuk disertai pengunjung agar berpeluang untuk memenangi hadiah. Aktiviti ini terdiri daripada persiaran dengan kenderaan elektrik serta tarian beramai-ramai secara spontan oleh para pelajar kami.

Bagi mendaftarkan minat anda untuk mengunjungi kami serta menghadiri ceramah oleh Presiden kami, sila lawati laman web kami di http://www.sutd.edu.sg/openhouse.

Latar Belakang Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD)

SUTD merupakan universiti awam keempat di Singapura, dan salah sebuah universiti pertama di dunia yang menggabungkan seni dan sains reka bentuk serta teknologi bagi menjadi kurikulum yang berbilang disiplin. Ditubuhkan menerusi kolaborasi bersama Institut Teknologi Massachusetts (MIT), SUTD bermatlamat untuk memenuhi keperluan masyarakat dengan melahirkan pemimpin dan penginovasi yang dilengkapi asas teknikal dalam program ijazah berikut:

  • Pembangunan Produk Kejuruteraan;
  • Sistem dan Reka Bentuk Kejuruteraan;
  • Teknologi dan Reka Bentuk Sistem Maklumat;
  • Seni Bina dan Reka Bentuk Lestari.

Turut berkolaborasi bersama Universiti Zhejiang (ZJU) dan Universiti Pengurusan Singapura (SMU), SUTD, universiti yang memfokuskan penyelidikan secara intensif ini terkenal dengan program akademik Timur dan Baratnya unik yang menggabungkan elemen teknologi, keusahawanan, pengurusan dan pemikiran tentang reka bentuk. Peluang untuk siswazah terdiri daripada Program Dwiijazah Sarjana MIT-SUTD dan Program PhD SUTD. http://www.sutd.edu.sg/

Source: Singapore University of Technology and Design
Related Links:
Keywords: Education Higher Education Joint ventures