BASEL, Switzerland, 18 Februari, 2016 /PRNewswire/ -- Baselworld 2016 kini bersedia untuk dilancarkan. Keterujaan mula dirasakan apabila sebuah acara penetap trend yang tidak boleh dilepaskan ini bakal menarik perhatian seramai 150,000 pengunjung dan 4,000 wakil media selain pengguna dari serata dunia. Acara penting yang mewakili semua sektor daripada industri jam tangan dan barangan kemas dunia ini bakal berlangsung mulai 17 hingga 24 Mac 2016!
PASARAN UTAMA YANG TIADA TANDINGAN UNTUK SELURUH INDUSTRI
Contoh yang diperlihatkan oleh Baselworld adalah kebolehan uniknya untuk menghimpunkan semula jenama-jenama jam tangan dan barang kemas yang paling hebat dan paling berprestij di serata dunia, memperkenalkan bakat rekaan baharu, syarikat terbaik serta media global. Paling utama, Baselworld berjaya mengukuhkan peranannya sebagai platform paling penting yang dapat memperlihatkan inovasi, hasil ciptaan serta koleksi baharu yang bakal menetapkan trend selain menentukan barangan yang bakal dipakai dan paling mendapat perhatian pada masa akan datang. "Koleksi daripada Baselworld akan sentiasa mengujakan para pelanggan kami," kata Greg Simonian, Presiden Westime, AS, yang menyatakan beliau "menerima pesanan ringkas daripada pelanggan – sejak hari pertama acara Baselworld berlangsung! – bertanyakan saya cara untuk mendapatkan barangan baharu yang baru dibaca oleh mereka menerusi blog atau media sosial berkaitan acara tersebut. Anda boleh bayangkan nilai keterujaan ini yang berlangsung sepanjang tahun!" Baselworld juga adalah acara global yang penting utuk berlian, batu permata dan mutiara selain jentera serta pembekal lain untuk industri ini memandangkan setiap tahun, sebanyak 1,500 jenama daripada 40 buah negara akan mengadakan pameran di astaka yang menarik, seluas 141,000m2. Lebih 4,000 pengunjung bakal menyaksikan kesemua inovasi dan hasil kreativiti ini, yang terdiri daripada media paling berprestij di peringkat global yang bersedia memberikan maklumat terkini kepada pengguna yang berada di serata dunia.
Sebagai satu penghormatan kepada nilai kepentingan acara ini untuk Switzerland dan seluruh dunia, setiap tahun Baselworld dirasmikan oleh ahli daripada Majlis Persekutuan Switzerland. Tahun ini, Ahli Majlis Persekutuan Simonetta Sommaruga, Ketua Jabatan Keadilan dan Polis Persekutuan, akan menghadirkan diri ke majlis tersebut dan merasmikan acara Baselworld pada hari Khamis 17 Mac 2016.
TREND BAHARU MENGGEGARKAN SELURUH DUNIA
Baselworld mencapai statusnya yang tiada tandingan sebagai sebuah acara yang tidak boleh dilepaskan untuk industri jam tangan dan barang kemas, jelas sekali kerana kehebatan yang mampu menggegarkan seluruh dunia, yang turut melibatkan golongan profesional sehinggalah para pengguna untuk mengunjungi acara tersebut yang sedia maklum bahawa segala yang dipamerkan di Baselworld adalah barangan daripada industri jam tangan dan barang kemas yang harus dimiliki.
BASELWORLD 2016 AKAN DIADAKAN MULAI 17 - 24 MAC 2016.
Wakil Akhbar: Loraine Stantzos
Internet: baselworld.com
E-mel: press@baselworld.com
Facebook: facebook.com/baselworld
Twitter: twitter.com/baselworld
Weibo: weibo.com/baselworld
+41-58-206-22-64
Gambar-gambar untuk Baselworld boleh dimuat turun secara percuma melalui: baselworld.com
Sumber: Baselworld / MCH Group