SHANGHAI, 18 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Pertama kali dilancarkan pada tahun 1999, IE expo memainkan peranan penting untuk industri alam sekitar selama 16 tahun. IE expo mempunyai kadar pertumbuhan sebanyak 20% bagi kawasan pamerannya dan peningkatan sebanyak 25% bagi bilangan pempamer sejak 3 tahun lalu. IE expo 2016 dianjurkan oleh Persatuan Sains Alam Sekitar China, Messe Muenchen (MM), MM-ZM Trade Fairs (Shanghai) Co.,Ltd dan Dewan Perdagangan Alam Sekitar China.
Dibawakan oleh IFAT CHINA + EPTEE + CWS, IE expo akan menyediakan platform terbesar dan paling penting untuk mereka yang terlibat dalam aktiviti alam sekitar untuk saling bertukar-tukar fikiran dan berkongsi teknologi di Dewan N1-N5 dan E7 SNIEC, Shanghai.
Acara dagangan ini akan meliputi kawasan seluas 75,000 meter persegi, dijangka akan menarik lebih 1,500 pempamer dan lebih 48,000 pengunjung. Inovasi alam sekitar dalam teknologi, produk, dan perkhidmatan terkini untuk Air, Udara, Tanah, dan Sisa boleh ditemui dalam IE expo 2016.
Hasil daripada sambutan hebat, Astaka Inovasi akan dipindahkan dari Dewan N5 yang diadakan sebelum ini ke Astaka Dewan N1 dengan ruang yang lebih besar. Pendekatan baharu ini akan membolehkan lebih banyak pempamer menunjukkan teknologi dan penyelesaian terkini mereka di lokasi yang terbaik. Simposium Perkongsian Teknologi Inovasi akan diadakan untuk penginovasi dan pelabur.
Pempamer yang terlibat akan membuat pembentangan selama 20 minit untuk memperkenalkan produk mereka sendiri semasa persidangan itu, yang akan membantu mereka mencari lebih ramai rakan kongsi industri untuk saling bertukar-tukar fikiaran serta memeterai persetujuan bagi menjalin kerjasama.
Bahagian penting pameran:
IE expo merupakan pameran dagangan perindustrian B2B, menyasarkan pengunjung daripada bidang berikut:
Astaka Luar Negara serta Rantau dari:
Jerman, Perancis, Jepun, Korea, Belanda, A.S., Itali, Switzerland, Hong Kong, Taiwan
Astaka Persatuan Pengeluar Alam Sekitar, CECC dan Inovasi IE expo
Pratonton Program Sokongan IE expo 2016:
Lawati laman web acara untuk butiran lanjut
Hubungit:
Ketty Zhang, +86-21-2352-1128
ketty.zhang@mmi-shanghai.com