SANTA CLARA, California, 19 Februari 2016 /PRNewswire/ -- CSP kini boleh Mengesan dan Menghalang Penipuan Pengiklanan bagi Membantu Pengiklan Mendapat Nilai Lebih Baik daripada Modal Pengiklanan
Mobileum, peneraju dalam penyelesaian analisis untuk telekomunikasi, bakal memperkenalkan penyelesaian Kawalan Penipuan Pengiklannya semasa Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona. Ini membolehkan CSP (Penyedia Perkhidmatan Pembawa) mengenal pasti laman web hasad dan bot, untuk komputer meja dan mudah alih, yang terlibat dalam penipuan pengiklanan. Maklumat ini akan membantu pengiklan menghalang penipu ini bagi menghasilkan pulangan yang lebih tinggi bagi setiap dolar yang dilaburkan.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325)
Perbelanjaan pengiklanan digital diunjurkan akan mengatasi iklan TV pada tahun 2016, namun begitu, ketika jumlah perbelanjaan ini meningkat, penipuan pengiklanan turut melihat peningkatannya. Apabila pembelian iklan berprogram menjadi semakin popular, risiko penipuan juga bertambah. Contohnya, ekosistem berprogram terdedah kepada 'penyamaran URL' yang mana seorang penerbit memalsukan laman webnya pada platform iklan sebagai laman web lain, biasanya dengan nama yang lebih dipercayai. Namun begitu, pembeli tersebut tidak tahu di mana iklan itu dipaparkan.
Anggaran 30% daripada perbelanjaan pengiklanan digital adalah untuk iklan palsu. Dengan bot yang canggih, yang mampu meniru kelakuan manusia, penipu menemui cara untuk menghasilkan impresi (CPM), klik (CPC), dan pemasangan (CPA) yang menyebabkan perbelanjaan perlu dibuat untuk iklan tersebut tanpa mendapat sebarang pulangan atau faedah kepada pihak pengiklan, memandangkan tiada pengguna sebenar yang terlibat dalam aktiviti ini.
Menurut Jaskaran Singh, Naib Presiden Data Besar & Analisis di Mobileum, "CSP berada dalam kedudukan yang tersendiri untuk memantau lalu lintas mudah alih dan penyelesaian kami membolehkan mereka mengkaji pola tertentu bagi mengenal pasti domain palsu serta bot yang melakukan penipuan tersebut. Tambahan lagi, kami menyediakan instrumen untuk menangani penipuan ini yang dapat menghalangnya di peringkat rangkaian. CSP boleh menjana keuntungan daripada maklumat ini, dengan menyediakan pengesanan dan penghalang penipuan pengiklanan sebagai perkhidmatan untuk ekosistem pengiklanan digital."
Platform Analisis Penipuan Balas Mobileum, yang digunakan beberapa syarikat telekomunikasi yang terkemuka, memanfaatkan kelebihan pembelajaran mesin secara meluas bagi mengenal pasti penipuan menerusi iklan pada pelbagai peringkat keseriusan. Platform yang digandingkan dengan produk kawalan polisi Mobileum ini membolehkan tindakan dilaksanakan secara automatik dan dipantau bagi menghalang penipuan ini dalam masa sebenar seterusnya mengurangkan kerugian.
Latar Belakang Mobileum
Mobileum membantu CSP memanfaatkan kuasa analisis yang boleh diramal bagi memberikan maklumat yang boleh menjana keuntungan yang dapat memacu transformasi perniagaan di 617 CSP, termasuk 25 kumpulan pengendali mudah alih terbaik dari 150 buah negara. Mobileum berpangkalan di Lembah Silikon dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh dunia.
Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati http://www.mobileum.com.
Wakil Media:
Divya Agarwal
(00) 1 408 844 6600
Sumber: Mobileum Technologies