omniture

Honeywell Tangani Cabaran Edaran Maklumat Internet of Things Perindustrian Dengan Aplikasi Mobiliti Baharu

Prestasi kilang dan pemberitahuan masa nyata dihantar terus ke telefon pintar, berikan maklumat di hujung jari kepada pengurus kilang
Honeywell
2016-02-22 09:01 274

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Feb., 2016 /PRNewswire/ -- Honeywell (NYSE:HON) Process Solutions (HPS) melancarkan aplikasi baharu yang dapat menyediakan pemberitahuan segera kepada pengurus kilang, selain data dan analisis masa nyata berkaitan prestasi kilang terus ke telefon pintar mereka.

Honeywell Pulse
Honeywell Pulse

Honeywell PulseTM, sebahagian daripada rangkaian Industrial Internet of Things Honeywell, adalah teknologi terkini oleh syarikat tersebut yang membolehkan pengurus kilang, penyelia dan lain-lain pihak sentiasa terhubung dengan perusahaan mereka – walau di mana mereka berada di seluruh dunia. Aplikasi tersebut menyediakan metrik dan instrumen penting yang dapat menyelesaikan masalah, terus ke telefon bimbit, dan ini dapat membantu meningkatkan kecekapan serta keselamatan.

"IIoT Honeywell adalah berkaitan data, analisis data dan khususnya tentang analisis data besar," kata Bruce Calder, naib presiden dan ketua pegawai teknologi HPS. "Khidmat awan dan mobiliti IIoT benar-benar mempertingkatkan fungsi portfolio kami. Honeywell Pulse dapat memudahkan urusan pihak pengurus dan penyelia dengan membantu mereka menerima pemberitahuan serta memantau prestasi dari jauh. Ini membolehkan kakitangan kilang bertindak balas dengan lebih pantas terhadap suatu situasi, sama ada keadaan yang dirancang atau tidak dirancang."

Honeywell berada dalam kedudukan yang baik untuk memanfaatkan IIoT, rangkaian yang terdiri daripada rangkaian lain yang menggunakan Internet untuk menghubungkan orang ramai, proses dan aset, selain menyediakan cara baharu untuk mengoptimumkan hasil perniagaan serta mempertingkat keselamatan melalui mobiliti yang ditambah baik.

Baru-baru ini, Honeywell menjalankan tinjauan strategi mobiliti pelanggan yang mendapati 65 peratus pelanggan daripada industri bahan kimia, penapisan, pulpa dan kertas serta minyak dan gas huluan mempunyai strategi mobiliti. Tinjauan ini turut mengenal pasti tiga ciri operasi penting yang mencetuskan minat paling tinggi terhadap mobiliti iaitu kemudahan pemprosesan, khidmat lapangan dan logistik. Tinjauan tersebut juga menunjukkan pelanggan turut melabur dalam tiga bidang penting: ketersediaan maklumat, aliran kerja khidmat lapangan yang dipertingkat dan pematuhan keselamatan.

"Tinjauan dan pendekatan ke arah mobiliti oleh Honeywell menunjukkan terdapatnya keperluan terhadap penyelesaian mobiliti agar setiap perusahaan dapat mencetus perubahan bagi menangani cabaran global," kata Mark Sen Gupta, perunding kanan, ARC Advisory Group.

Mobiliti adalah sebahagian daripada prakarsa Honeywell untuk memperkenalkan pelbagai pilihan aplikasi yang mempunyai fungsi awan baharu, yang dapat membantu penyelesaian sedia ada menyediakan kecekapan perniagaan yang lebih baik. Honeywell Pulse, aplikasi pertama yang dibangunkan oleh HPS khususnya untuk peranti mudah alih, dapat menghubungkan pelbagai sumber dan aplikasi daripada portfolio syarikat bagi mewujudkan pengalaman mudah alih yang lebih intuitif untuk kakitangan di kilang.

Honeywell Pulse menyediakan:

  • Pemberitahuan tepat pada masa: Isyarat boleh disesuaikan mengikut kemahuan anda untuk menerima pemberitahuan yang proaktif dan tepat pada masa.
  • Isyarat daripada pelbagai sumber data: Isyarat boleh diterima daripada perisian Pengurusan Isyarat DynAMo® Honeywell sedia ada dan maklumat terdahulu (history) yang sesuai dengan OPC, seperti Pangkalan Data Proses Maklumat Terdahulu (PHD) Uniformance®
  • Bantuan keterhubungan untuk memacu kolaborasi: Fungsi perbualan berterusan disediakan bagi menyelesaikan dan mempertimbangkan isu masa nyata; menentukan keadaan berjaga-jaga dan melanggan atau berhenti melanggan dengan pantas serta mudah 
  • Fungsi kesedaran situasi: Hantar, kongsi dan terima isyarat serta peristiwa penting untuk meningkatkan kesedaran situasi

Dapatkan lebih maklumat tentang mobiliti dan Honeywell Pulse melalui www.honeywellpulse.com. Ketahui lebih lanjut tentang IIoT Honeywell dengan menonton video YouTube kami.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160217/0861601274

Source: Honeywell
Related Stocks:
NYSE:HON
Keywords: Agriculture Computer Software Computer/Electronics Consumer Electronics New products/services