omniture

Penerbit Berita Berbahasa Inggeris Terbesar Malaysia, Star Media Group, Pertingkat Kandungan Digital dengan Portal Video Baharu Dikuasakan oleh Brightcove

Brightcove
2016-02-22 15:58 184

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Brightcove Inc. (NASDAQ: BCOV), penyedia perkhidmatan awan untuk video yang terkemuka di peringkat global, hari ini mengumumkan penerbit berita bercetak dan dalam talian berbahasa Inggeris terbesar di Malaysia, Star Media Group, memilih Brightcove untuk mengelolakan saluran berita video dalam talian mereka, TheStarTV.com.

Dengan memanfaatkan perkhidmatan Awan Video daripada Brightcove, Star Media Group (SMG) mampu meraih keuntungan daripada kandungan video yang mendapat permintaan tinggi menerusi laman web dan peranti mudah alih yang meliputi lebih 20 juta pengguna internet aktif di Malaysia1 serta menjana keuntungan melalui kandungan tersebut bagi mewujudkan aliran pendapatan baharu.

SMG memilih perkhidmatan Awan Video Brightcove untuk menjalankan strategi yang dapat memaksimumkan peluang menjana pendapatan melalui kandungan video. Dengan lebih 4.6 juta pengunjung dalam talian setiap bulan, TheStarTV.com menggunakan Awan Video untuk menyelitkan iklan di bahagian awal dan tengah kandungan video tersebut, termasuk 'plug-in' untuk rangkaian iklan utama seterusnya membolehkan penerbit melipatgandakan pendapatan daripada laman web berita dalam talian mereka.

"Kami teruja untuk menjalin kerjasama dengan rakan yang kami percayai seperti Brightcove untuk mendorong bahagian kandungan video kami," kata David Yeoh, Pengarah Besar Kanan, Bahagian Operasi, TheStarTV.com. "Video kian menjadi format paling popular dalam kalangan khalayak untuk mencari maklumat berita. Menyedari akan permintaan untuk video yang berkualiti tinggi, kami yakin Brightcove akan menyediakan pengalaman video yang hebat buat khalayak kami."

Rentetan daripada penggunaan Awan Video untuk menyokong portal video baharu mereka, SMG bercadang untuk memanfaatkan penggunaan platform itu ke seluruh laman web berita utama syarikat, The Star Online, serta ke seluruh khidmat berita lain serta laman web stesen radio milik mereka, iaitu SuriaFM, 988FM dan RedFM.

"Peluang untuk menjana pendapatan daripada kandungan adalah faktor utama kami memilih Brightcove. Penyelesaian kami sebelum ini adalah berkonsepkan perkongsian keuntungan, tetapi kami ingin beralih daripada model tersebut. Dengan Brightcove, kami akan lebih mudah menyediakan iklan berfokuskan video sambil menjana pendapatan daripadanya dengan lebih baik," tambah Yeoh.

Tomer Azenkot, Naib Presiden Brightcove Asia, berkata: "Sebagai penerbit berita terbesar di Malaysia, Star Media Group adalah sebuah peneraju yang progresif dalam bidangnya, berinovasi tanpa henti untuk memastikan mereka menawarkan perkhidmatan yang terbaik dan terkini kepada pelanggan mereka. Kerjasama ini akan membawa syarikat ini selangkah ke hadapan dan dengan platform Awan Video bertaraf dunia daripada Brightcove, SMG mampu memberikan strategi kandungan berfokuskan video yang baharu untuk pasaran, memperluas penyampaian dan pengurusan video selain mampu menjana keuntungan daripada kandungannya secara berkesan melalui beberapa cara yang kreatif serta fleksibel."

1 We Are Social--Digital di Asia Tenggara (Digital in Southeast Asia)

Source: Brightcove
Related Stocks:
NASDAQ:BCOV
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Television Web Site