omniture

Megaport Lancar Megaport.ORG Sokong dan Pertingkat Komuniti, Piawaian dan Prasarana Internet

Megaport
2016-02-23 02:06 560

BRISBANE, Australia dan SAN FRANCISCO, 23 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Megaport, peneraju global dalam khidmat saling hubungan elastik berasaskan SDN, hari ini mengumumkan pelancaran Megaport.org, satu program industri dan komuniti yang menyokong kemajuan prasarana dan juga piawaian Internet melalui pelaburan terhadap insan serta komuniti.

Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport
Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport

Megaport.org menaja organisasi dalam industri utama yang menyatupadukan orang ramai, teknologi, dan perniagaan serta mereka yang mempromosikan keneutralan dan kebebasan. Contoh penajaan terbaharu ialah Forum Saling Hubungan Global (Global Peering Forum), Persatuan Perkongsian Internet Asia Pasifik, Euro-IX, dan APRICOT. Tajaan untuk masa depan akan melibatkan forum pengendali rangkaian dan organisasi yang melabur dalam pembangunan Internet di kawasan yang kurang mendapat liputan.

Megaport.org mewujudkan satu majlis penasihat yang terdiri daripada individu yang ternama dan berpandangan jauh dalam industri Internet. Majlis itu akan menasihati Megaport tentang hala tuju dan inisiatif bagi menyokong misi Megaport.org dalam memelihara komuniti dan membantu pertumbuhan prasarana Internet.

Denver Maddux, Ketua Pegawai Eksekutif, Megaport berkata: "Megaport.org ingin berbakti semula kepada komuniti yang membangunkan Internet. Kami teruja untuk menyokong organisasi dan inisiatif yang menyuburkan peluang kepada individu yang ingin belajar dan mengembangkan kebolehan mereka. Pada masa yang sama, kami yakin dengan pelaburan yang dilakukan untuk pertumbuhan prasarana Internet di kawasan yang kurang mendapat liputan. Kesemua aktiviti ini dapat menambah baik asas Internet. Tanpa pengendali dan komuniti pembangunan, khidmat inovasi sukar diperoleh, peluang kerja yang sedikit, dan sejujurnya, tidak akan wujud Internet yang terbuka seperti yang kita nikmati pada masa kini."

Christian Koch, Pengarah Strategi Saling Hubungan Global, Megaport berkata: "Prasarana yang bebas dan neutral adalah penting kepada pertumbuhan serta kemampanan Internet. Keseluruhan model aktiviti kami mengambil asas konsep ini. Kami gembira kerana mampu menyokong inisiatif yang terus mengamalkan keneutralan."

Megaport mengendalikan 54 pusat data di tiga belas pasaran di Australia, New Zealand, Singapura, Hong Kong, dan Amerika Syarikat dan kini sedang meluaskan operasinya dengan menambah beberapa pusat data di Amerika Utara serta Eropah dalam pasaran utama termasuk Toronto, London, Dublin, Amsterdam, dan juga Stockholm.

Bagi mengetahui lebih lanjut tentang Megaport.org dan cara yang anda boleh lakukan untuk memberi kesan terhadap pembangunan Internet, lawati http://megaport.org.

Sumber Sokongan

Latar Belakang Megaport

Megaport adalah peneraju global dan perintis dalam perkhidmatan saling hubungan elastik. Ditubuhkan pada tahun 2013 dan diasaskan oleh Bevan Slattery, Megaport membina ekosistem fabrik elastik neutral berasaskan SDN pertama dunia yang mengubah cara perusahaan, rangkaian, dan perkhidmatan saling berhubung. Permintaan yang tinggi terhadap khidmat saling hubungan dan keperluan untuk mengubah cara penggunaan jalur lebar mendorong Megaport memasuki pasaran baharu di peringkat global dan dijangka akan menguasai pasaran A.S. sepenuhnya menjelang akhir tahun 2015. Megaport terdiri daripada pasukan yang sangat berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang luas dalam membina rangkaian pembawa yang besar pada skala global. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Megaport, sila kunjungi: www.megaport.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20160222/8521601107

Source: Megaport
Related Links:
Keywords: Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Corporate Social Responsibility New products/services