omniture

UBIMET Dipilih Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bangunkan Perkhidmatan dan Prasarana Meteorologi di Negara-negara Membangun

UBIMET GmbH
2016-02-23 09:00 344

VIENNA, 23 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) memilih UBIMET mengikut prosedur tender untuk menyediakan peralatan dan perkhidmatan berkaitan sistem amaran awal meteorologi dan hidrologi kepada perkhidmatan cuaca kebangsaan di negara-negara membangun terutamanya di benua Afrika.

Menurut Perjanjian Jangka Panjang dengan rangkaian pembangunan global Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UBIMET akan menyokong negara-negara yang terlibat untuk memasang dan membangunkan sistem dan perkhidmatan maklumat cuaca. Contohnya, UBIMET dipilih untuk membekalkan rangkaian stesen pengesanan kilat dan cuaca, sistem ramalan jangka pendek untuk rebut petir, serta menyediakan khidmat ramalan cuaca selain penyelenggaraan, latihan, dan juga perisian.

Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu beroperasi di lebih 170 buah negara untuk mendepani isu iklim, risiko bencana dan tenaga pada tahap kebangsaan. Ia memfokuskan pembangunan daya tahan dan memastikan usaha pembangunan itu mengambil kira risiko berkaitan dan mampan. Perubahan cuaca dan pendedahan terhadap risiko bencana menjadi cabaran khususnya untuk negara-negara membangun. Bencana alam boleh memberi kesan kepada pertanian, kesihatan, tenaga, dan sumber air.

Antara tahun 2000 dan 2012, lebih 200 juta penduduk, kebanyakannya berada di negara-negara membangun, terkesan oleh bencana alam setiap tahun, terutamanya banjir dan kemarau, lapor UNDP dalam Laporan Pembangunan Insan (Human Development Report) 2014. Cuaca dan iklim didapati adalah penyebab utama risiko bencana yang juga dinyatakan dalam kajian terbaharu oleh Strategi Antarabangsa bagi Pengurangan Bencana Bangsa-Bangsa Bersatu (UNISDR) yang menunjukkan sejak 20 tahun lalu, 90 peratus bencana utama disebabkan oleh banjir, ribut, gelombang haba, kemarau, dan peristiwa berkaitan cuaca yang lain.

"Maklumat cuaca yang tepat memainkan peranan penting untuk mengurangkan pendedahan terhadap bencana alam dan menambah baik pengurusan kecemasan," kata Dr Michael Fassnauer. "UBIMET berbangga kerana dipilih untuk bekerjasama dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk mewujudkan pembangunan yang mampan di seluruh dunia."

Khidmat cuaca UBIMET, diasaskan pada tahun 2004 di Austria, adalah peneraju dalam amaran cuaca yang buruk. Syarikat itu menganalisis data meteorologi dan prasarana dari seluruh dunia, menjalankan model cuaca berangka proprietari, dan mengendalikan pusat amaran cuaca buruk di tiga buah benua.

http://www.ubimet.com

Wakil Media
UBIMET GmbH
Stefanie Normann-Birkholz
Ketua Pemasaran Korporat
Telefon +43-1-263-11-22-679
E-Mel snormann@ubimet.com

SUMBER  UBIMET GmbH

Source: UBIMET GmbH
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Computer/Electronics Contracts