omniture

Program Perantis XCMG Perkenal Teknologi Terkini dan Budaya China kepada Perantis Antarabangsa

XCMG
2016-02-23 10:26 269

XUZHOU, China, 23 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Lima perantis antarabangsa mengunjungi ibu pejabat pengeluar peralatan pembinaan dan perlombongan global XCMG di Xuzhou, China untuk Program Perantis XCMG yang menyeluruh selama seminggu mulai 18 hingga 24 Januari.

Alami Hebahan Berita Multimedia secara interaktif di sini:
http://www.multivu.com/players/uk/7764851-xcmg-apprentice-program/

Program itu merupakan usaha kali pertama syarikat itu membawa perantis global ke China; lima perantis dari Amerika Syarikat, Brazil, Rusia, Kenya dan Pakistan yang menonjol daripada barisan pilihan sedunia.

Para peserta mempunyai latar belakang berbeza namun berkongsi minat yang sama dalam industri pembinaan dan mesin. Selain kunjungan menyeluruh yang dipimpin oleh kakitangan XCMG yang melibatkan lawatan ke kilang pemasangan kren dan makmal getaran dan bunyi terbesar Asia, serta aktiviti yang menarik seperti mengendalikan jentera pengorek, para perantis itu juga bertindak seperti pembantu mentor mereka, mempelajari tentang teknologi tercanggih berkaitan jentera pembinaan melalui kerja yang dilakukan dalam sehari.

"XCMG mempunyai minat tinggi untuk menyemai bakat dan menggalakkan komunikasi melalui program pendidikan seperti Perantis XCMG, yang memperkenalkan pencapaian teknologi dan inovasi XCMG kepada masyarakat antarabangsa," kata Wang Min, pengerusi dan presiden XCMG.

Para perantis tersebut mendapati persekitaran kerja yang sangat mengagumkan di ibu pejabat XCMG, dengan penyediaan kemudahan yang bertaraf dunia. Bagi mereka, lawatan ke XCMG adalah umpama mimpi yang menjadi kenyataan – mereka bukan sahaja mendapat pengalaman amali dalam bidang kejuruteraan, bahkan mereka juga dapat menjalinkan persahabatan melalui aktiviti yang membina semangat berpasukan.

"XCMG merupakan sebuah syarikat yang hebat, syarikat yang sangat besar dengan nilai tinggi dan para pekerja luar biasa, yang sangat mesra serta menerima kedatangan kami semua dengan baik," kata Sharon Maingi, seorang pelajar kejuruteraan perisian dari Kenya. "Sepanjang pengalaman saya dengan XCMG, saya berpeluang bertemu ramai individu hebat yang bijak pandai, dan saya bertuah kerana dapat berkongsi pengalaman ini bersama perantis lain, dan saya yakin ini dapat mewujudkan ikatan persahabatan sepanjang hayat."

Program Perantis XCMG memberi peluang kepada sekumpulan perantis untuk memperoleh pengalaman belakang tabir daripada pengeluar jentera pembinaan terkemuka dunia. Ia juga merupakan sebahagian daripada strategi global syarikat bagi mempromosikan usaha perkongsian antarabangsa dalam industri jentera pembinaan.

"Harapan saya sebelum datang ke XCMG adalah untuk mendapatkan pengalaman amali dalam bidang kejuruteraan, khususnya bidang saya – kejuruteraan mekanikal. Semua harapan saya menjadi kenyataan. Saya sangat gembira dapat berada di sini," kata Laiq Shah, seorang pelajar kejuruteraan mekanikal dari Pakistan.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati: www.xcmg.com, atau laman XCMG di Facebook, Twitter dan YouTube.

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Construction/Building Education Mining/Metals Transportation Workforce Management/Human Resources