omniture

Pengendali Mudah Alih Manfaatkan Ekosistem Pelancongan Bernilai $1.3 Trilion

Mobileum Technologies
2016-02-23 11:41 353

BARCELONA, Sepanyol, 23 Februari 2016 /PRNewswire/ --

Penyelesaian Rovng Mobileum Jana Pendapatan Pelancongan Bermargin Tinggi untuk Pengendali Mudah Alih Menerusi Data Perayauan Mereka bagi Memanfaatkan Ekosistem Penyedia Perkhidmatan Pelancongan Bernilai $1.3 Trilion

Mobileum, peneraju bagi penyelesaian beranalisis untuk telekomunikasi, melancarkan aplikasi Rovng semasa Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona. Aplikasi telefon pintar ini membolehkan pengendali mudah alih berevolusi melangkaui perayauan biasa dan menjadi pendorong penting dalam rantaian nilai industri pelancongan. Rovng memanfaatkan kelebihan tapak penyelesaian perayauan Mobileum yang digunakan secara meluas di seluruh dunia, melengkapkannya dengan analisis melalui kitar hayat perjalanan seorang pelancong bagi menawarkan bahan berkonteks daripada ekosistem penyedia perkhidmatan pelancongan, seterusnya membuka peluang menjana pendapatan baharu.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140224/671325)

Menurut ITB Academy, pelancongan akan bertumbuh pada kadar 7% pada tahun 2016, dengan lebih 1.13 bilion orang pelancong antarabangsa yang diunjurkan. Namun begitu, pertumbuhan dalam bidang pelancongan tidak memperlihatkan peningkatan berkadar dalam hasil perolehan perayauan mudah alih. "Bahagian Pengendali Mudah Alih daripada pelancongan global hanyalah sebanyak 2%. Kami berusaha untuk mengubah hal ini dengan menjadikan Pengendali Mudah Alih sebagai pendorong utama dalam ekosistem pelancongan," kata Avnish Chauhan, Ketua Pegawai Teknologi Mobileum, dan Naib Presiden Eksekutif sektor Pelancongan.

Algoritma proprietari Mobileum meramalkan pelancongan sehingga 40 hari sebelum pelepasan dengan ketepatan panggilan semula melebihi 40%, dan boleh membahagikan pelancong mengikut segmen berdasarkan tujuan perjalanan yang diramalkan. Ini mewujudkan peluang untuk pengendali bagi menjadi sebahagian daripada aliran tempahan lebih awal dalam kitaran perjalanan. Hasilnya: aliran pendapatan baharu daripada iklan digital, penempatan premium, tempahan, malah kenaikan jualan pek perayauan istimewa.

Telefon pintar semakin menjadi saluran utama untuk membuat tempahan pelancongan; lebih 30% daripada tempahan pelancongan dalam talian bakal dibuat melalui peranti mudah alih menjelang tahun 2017. "Rovng memberikan pengalaman berkonteks yang tersuai dan satu kedai sehenti sebagai aplikasi pelancongan berjenama pengendali untuk pelanggan mereka, sambil menjana pendapatan tambahan untuk pihak pengendali," sambung Chauhan lagi.

Rovng juga boleh memperhebat aplikasi pengendali mudah alih sedia ada menerusi Maklumat Pelancongan dan API Ekosistem, menghubungkannya dengan perkhidmatan daripada Mobileum yang mempunyai fungsi awan.

Mobileum kini mendemonstrasikan penyelesaian Rovng semasa Kongres Dunia Mudah Alih mulai 22-25 Februari 2016.

Latar Belakang Mobileum

Mobileum membantu CSP memanfaatkan kelebihan analisis ramalan bagi memberikan maklumat yang menguntungkan yang memacu transformasi perniagaan di 617 CSP merentasi 150 buah negara. Mobileum berpangkalan di Lembah Silikon, California, dengan beberapa cawangan seluruh dunia. Untuk mengetahui lebih lanjut, lawati http://www.mobileum.com

Wakil Media:
Divya Agarwal
(00) 1 408 844 6600

Sumber: Mobileum Technologies

Source: Mobileum Technologies
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Mobile Entertainment Travel New products/services Trade show news