omniture

Kumpulan Terhormat untuk Pengurus Besar Hotel Antarabangsa Dilancarkan Seluruh Dunia

HOIHGm merupakan sebuah organisasi unik dengan Lembaga Gabenor yang terdiri daripada ahli profesional hotel paling berpengalaman di dunia
The Honourable Order of International Hotel General Managers
2016-02-23 16:00 377

DUBAI, UAE, 23 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Kumpulan Terhormat untuk Pengurus Besar Hotel Antarabangsa (HOIHGm) dilancarkan secara rasminya hari ini dari ibu pejabat rantau pertamanya di Dubai, UAE. Organisasi antarabangsa itu – inisiatif yang pertama seumpamanya dan satu-satunya di dunia yang dikhususkan secara eksklusif untuk komuniti pengurusan besar hotel – ditubuhkan bagi menaikkan profil pengurus besar hotel, sambil menyediakan pelbagai faedah keahlian profesional dan peribadi, seperti penjagaan kesihatan mudah alih serta pilihan insurans.

Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160222/335623 
Photo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160222/335624  

Keahlian dibuka kepada semua pengurus besar hotel, atau mereka yang pernah menjawat jawatan ini, pemilik/pengendali, serta pesara mahupun profesional muda yang bercita-cita untuk menceburi kerjaya sebagai pengurus besar. HOIHGm ditubuhkan oleh En. Leon Larkin, seorang warga Australia yang memiliki pengalaman lebih 40 tahun sebagai pengurus besar di beberapa buah hotel terkemuka dunia di Eropah, Asia, dan Australia.

''Sepanjang kerjaya saya, saya menyedari ketiadaan sesuatu yang signifikan bagi semua pengurus besar, dalam cara tertentu, ia mirip dengan apa yang dimiliki pekerja rencam dengan Les Clefs d'Or. Sebelum ini, para pengurus besar tiada tempat untuk dituju bagi mendapatkan bantuan atau sokongan bebas, secara am mahupun apabila mereka sendiri memerlukannya. HOIHGm akan menyediakan saluran kebolehterusan serta pelbagai faedah yang mencerminkan cabaran yang dihadapi oleh rakan sejawat kami dalam atau luar kerjaya mereka – insentif yang utama adalah pelan insurans penjagaan kesihatan mudah alih boleh pilih untuk mereka dan keluarga mereka," jelas En. Larkin, Pengasas dan Presiden HOIHGm.

"Sejak saya bersara, saya bertuah kerana mendapat peluang untuk membina sebuah organisasi yang berdedikasi untuk kebaikan komuniti pengurusan besar hotel dan ini membolehkan saya meninggalkan legasi yang akan memanfaatkan pengurus besar serta majikan mereka pada masa akan datang. Lebih ramai ahli yang dapat kami tarik, lebih banyak yang dapat kami tawarkan dan saya berharap orang ramai akan menyertai kami apabila mengetahui jika kita berganding tenaga, kita akan berpeluang untuk mengubah masa depan industri kita selamanya," tambah beliau.

Menerusi jawatan beliau sebagai Presiden, En. Larkin dibantu oleh Lembaga Gabenor antarabangsa yang terdiri daripada 11 alumni berprofil tinggi daripada industri hospitaliti global iaitu:

  • Richard Hartman – Pengarah Bukan Eksekutif untuk Jumeirah Group, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Millennium & Copthorne Hotels, bekas Pengarah Lembaga dan Pengarah Urusan InterContinental Hotels Group, Eropah, Timur Tengah, dan Afrika.
  • Giovanni Angelini - Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Shangri-La Hotels & Resorts dan dikurniakan darjah kesatria oleh kerajaan Itali.
  • Heikki Julin – Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Olympia Air Travel, Kapten Angkatan Pertahanan Finland.
  • Joseph A. McInerney – Presiden Emeritus & Ketua Pegawai Eksekutif, Persatuan Hotel & Penginapan Amerika.
  • Kees Hartzuiker - Ketua Pegawai Eksekutif, Roya International Dubai, bekas Naib Presiden Asia, Hilton International.
  • Peter Thompson – Bekas Naib Presiden Starwood untuk Hong Kong, Macau dan Thailand & bekas Pengurus Besar Royal Hawaiian Waikiki Beach, Sheraton On The Park dan Four Points by Sheraton, Sydney.
  • Philip Carruthers – Bekas Pengarah Urusan rantau untuk Orient-Express Hotels dan bekas Pengarah Urusan Copacabana Palace, Brazil.
  • Hans Olbertz – Ahli Lembaga Steigenberger Hotels, perunding hospitaliti,bekas Pengurus Besar Emirates Palace, Abu Dhabi dan kerjaya yang panjang dengan IHG.
  • Prue Leith CBE – Pengusaha restoran, penulis, ahli perniagaan, dermawan, bekas ahli lembaga Belmond (sebelum ini dikenali sebagai Orient-Express Hotels).
  • Ruth Hunt – Pengusaha hotel, usahawan, bekas pemilik Combe House Devon, UK, bakal dikenali sebagai The Pig at Combe.
  • Erhard Hotter – Veteran industri selama lebih 40 tahun di Australia dan Asia, Bekas Naib Presiden Starwood dan Pengarah Urusan untuk Asia Selatan.

Berikutan pelancaran itu, pemohon fasa pertama akan dijadikan "Ahli Pengasas" dan diberikan keistimewaan termasuk hak mengundi tambahan, bayaran keahlian tetap selama tiga tahun, serta akses bagi mendapat diskaun dan menghadiri acara eksklusif.

Lewat tahun ini, HOIHGm bakal menganjurkan Kongres Dunia sulungnya di Dubai berkenaan topik kritikal 'Keselamatan Hotel Dalam Dunia Masa Kini' dan akan menyampaikan anugerah berprofil tinggi seperti 'Pengurus Besar Hotel Antarabangsa Terbaik Tahun Ini' dan 'Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat'.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang HOIHGm lawati http://www.hoihgm.com.

Untuk pertanyaan HOIHGm hubungi:
Rebecca Howard dan Karen Hoey
membership@hoihgm.com
+97145158835

Source: The Honourable Order of International Hotel General Managers
Related Links:
Keywords: Hotels and Resorts Travel Corporate Expansion New products/services