omniture

Huawei Dorong Keterbukaan, Kolaborasi dan Perkongsian Kejayaan Galakkan Transformasi Digital serta Bina Dunia Terhubung Lebih Baik

Peneraju ICT global bentangkan strateginya untuk membina ekosistem digital terbuka, berkongsi amalan terbaik dalam transformasi digital, dan mendemonstrasikan penyelesaian teknologi yang inovatif di MWC 2016.
Huawei
2016-02-23 22:57 532

BARCELONA, Sepanyol, 23 Feb. 2016 /PRNewswire/ -- Huawei bakal berkongsi visi mereka tentang dunia yang terhubung lebih baik di Kongres Dunia Mudah Alih (MWC) 2016, yang akan diadakan mulai 22 hingga 25 Februari di Barcelona, Sepanyol. Dengan menggalakkan keterbukaan, usaha sama, dan perkongsian kejayaan, tumpuan Huawei di temasya tahun ini adalah untuk membina ekosistem digital terbuka bersama rakan industri untuk memacu transformasi digital merentasi negara dan indsutri berbeza, selain memupuk kemajuan ekonomi digital.

Huawei meluaskan skop tema daripada MWC tahun lalu: ROADS Terbuka untuk Dunia Terhubung Lebih Baik. Sebagai sebahagian daripada komitmen Huawei untuk memenuhi permintaan pengguna kepada pengalaman "ROADS" (Masa Nyata, Mengikut Permintaan, Dalam Talian Sepenuhnya, Lakukan Sendiri dan Sosial) dalam era digital, syarikat itu berusaha untuk berinovasi secara tangkas, membina ekosistem terbuka, meluaskan perkongsian perniagaan, dan membantu pengendali telekomunikasi mencapai kejayaan dalam transformasi digital mereka. Di MWC 2016, Huawei akan memfokuskan strategi dan teknologi tertentu yang menyokong transformasi digital serta menggariskan sejauh mana penyelesaian hujung-ke-hujung SoftCOM mampu memandu transformasi pada tahap perniagaan, operasi, seni bina, dan rangkaian. Dengan memecahkan visi masa depan mereka ke dalam strategi praktikal dan tindakan, Huawei menyasarkan untuk mendorong pembangunan sebuah ekosistem industri yang padu.

"Dalam era saling berhubung ini, transformasi digital yang pantas adalah sesuatu yang amat penting dalam semua industri. Perubahan dalam industri ICT adalah mangkin utama yang mendorong pembangunan perniagaan dalam era digital masa kini. Sebagai nama besar dalam industri ICT, Huawei kini komited untuk membantu industri telekomunikasi dan industri vertikal mendigitalkan prasarana, sistem operasi, dan model perniagaan mereka dengan teknologi tercanggih," kata Zou Zhilei, Presiden Carrier Business Group, Huawei. "Kami percaya ekosistem digital terbuka adalah penting untuk masa depan industri. Dalam mengejar keterbukaan, kolaborasi dan kejayaan bersama, kami akan terus meluaskan perkongsian perniagaan kami, memberi lebih banyak sumbangan dalam industri, dan mencari rakan industri untuk mewujudkan sistem ROADS Terbuka untuk Dunia Terhubung dengan Lebih baik. Melalui kejayaan transformasi digital, kami percaya pengendali akan mampu menerajui rantaian nilai serta usaha mempercepat peralihan ke arah ekonomi digital masa depan."

Huawei Berkongsi Pandangan dalam Sesi Persidangan MWC

Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Huawei, Guo Ping, akan menyampaikan ucap tama di MWC pada 22 Februari 2016. Bersama Ketua Pegawai Eksekutif Ford dan PayPal, Guo bakal berkongsi buah fikiran beliau tentang "khidmat mudah alih yang menghubungkan kehidupan".

Walter Weigel, Naib Presiden, Institut Penyelidikan Eropah Huawei, Paul Scanlan, Presiden Huawei Business and Network Consulting, serta An Jian, Presiden Huawei Global Wireless Networks Marketing and Solutions, juga akan berkongsi pandangan masing-masing bersama peserta MWC tentang topik seperti "5G: Mewujudkan Nilai untuk Pengguna", "Ketersambungan Internet of Things" dan "Paradigma Baharu Bagi Menyediakan Rangkaian QoE yang Menjimatkan Kos".

Persidangan Transformasi Digital

Pada 21 Februari, Huawei dengan jayanya menganjurkan Sidang Kemuncak Transformasi Digital, termasuk menganjurkan "Sidang Kemuncak Industri 4.5G", "Sidang Kemuncak Sel Kecil", "Sidang Kemuncak Video Di Mana-mana" dan juga "Sidang Kemuncak Transformasi Operasi Digital" selain menjadi rakan hos untuk "Sidang Kemuncak NB-IoT Global" bersama GSMA dan beberapa pihak utama dalam industri ICT. Persidangan itu akan membantu perubahan dalam khidmat saling hubung di seluruh dunia dengan memudahkan perkongsian strategi, pengalaman serta idea.

Kunjungi Reruai Pameran Huawei di Dewan 1 Fira Gran Via

Huawei akan memperlihatkan visi masa depan mereka serta portfolio penyelesaian ICT di Dewan 1 Fira Gran Via. Antara yang akan dipamerkan termasuk:

Visi Huawei: Huawei akan berkongsi pandangan dan pendapat mereka tentang pola transformasi digital pengendali telekomunikasi dan menunjukkan sejauh mana penyelesaian transformasi digital hujung-ke-hujung dalam strategi SoftCOM dapat membantu pengendali mengekalkan kebersaingan dalam dunia digital serta membangunkan perniagaan baharu menerusi penstrukturan semula rangkaian, seni bina, operasi, serta perniagaan.

Jalur Lebar Ultra Yang Menyeluruh: Di kawasan pameran ini, Huawei akan mempamerkan penyelesaian inovatif mereka dalam penstrukturan semula rangkaian.

  • GigaRadio, Inovasi Mudah Alih Penuh Inspirasi: Generasi terbaharu penyelesaian stesen utama dengan peningkatan kapasiti dan kemudahan untuk pemasangan di tapak stesen, menyediakan pengalaman sepantas Gbps.
  • Sel Kecil, Luaskan Potensi Mudah Alih: Sel kecil memainkan peranan penting dalam proses pendigitalan, ia akan meningkatkan potensi trafik dan memberikan kehebatan keupayaan rangkaian MBB.
  • Maksimumkan Nilai Spektrum: Penyelesaian inovatif yang memaksimumkan kecekapan rangkaian dan membantu pengendali menembusi pasaran industri.
  • 4.5G, Menghubungkan Dunia Giga: Dengan kelajuan Gbps dan kapasiti untuk menyokong 10 kali lebih banyak sambungan berbanding rangkaian 4G, 4.5G membantu transformasi pengendali dengan menyediakan perkhidmatan yang beraneka.
  • 5G, Dunia Super Terhubung: Demonstrasi penggunaan 5G dan keperluan untuk rangkaian; mempamerkan teknolgi 5G terbaharu Huawei dan pencapaian inovasi bersama dengan pelanggan pengendali.
  • Mentakrifkan Semula Tanda Aras Pengalaman: Tanda aras pengalaman diwujudkan sebagai panduan penyediaan rangkaian berasaskan pengalaman, membantu pengendali menambah baik kualiti dan mendorong kejayaan komersial.
  • Kediaman Giga: Rangkaian jalur Giga membantu pengendali memberikan akses pantas, modenisasi yang cekap dan kediaman Giga.
  • Rangkaian Jalur Lebar Ultra Berfokus Pengalaman: Pengoptimuman dan penstrukturan semula rangkaian untuk pengalaman perkhidmatan video dan awan terbaik.
  • Perhebat Semua Jenis Sambungan: Platform pengurusan terhubung sepenuhnya, berorientasikan pengalaman untuk sambungan yang menawarkan kawalan serta kandungan suara dan video masa sebenar sambil memastikan pengalaman yang pintar, mewujudkan nilai niaga untuk pengendali.

Seni Bina Berasaskan Perisian: Di ruang pameran ini, Huawei akan berkongsi pengalaman mereka dalam penyelesaian dan pemasangan berkaitan penstrukturan semula seni bina.

  • SDN&NFV, Memajukan Rangkaian menjelang tahun 2020: Berkongsi kemas kini tentang transformasi rangkaian pihak pengendali menjelang tahun 2020 dan pemasangan SDN&NFV; demonstrasi penyelesaian SDN&NFV daripada Huawei dan kemajuan penggunaan secara komersial.
  • Awan Terbuka: Mempamerkan penyelesaian pusat data awan berasaskan seni bina terbuka daripada Huawei yang menyokong pembangunan pengendali dan meletakkannya sebagai penggerak dalam ekonomi digital masa depan.

Transformasi Operasi Digital: Di ruang pameran ini, Huawei akan mempamerkan penyelesaian utama yang membantu pengendali menstrukturkan semula operasi serta cabaran yang dihadapi syarikat dalam membina ekosistem digital bersama rakan industri mereka.

  • Sistem Operasi Telekomunikasi (Telco OS), Operasi Digital Tangkas: Sistem Operasi Telekomunikasi membantu pengendali memberikan pengalaman ROADS, membolehkan operasi digital yang tangkas.
  • Integrasi ICT Pacuan Perniagaan: Keupayaan integrasi ICT oleh Huawei membantu pengendali mempercepat tempoh masa-ke-pasaran untuk perkhidmatan baharu dan memberikan kefleksibelan serta kebolehskalaan untuk mendorong pembangunan perniagaan.
  • Model Operasi yang Mengutamakan Pelanggan: Huawei akan membantu pengendali menstrukturkan semula prasarana dan operasi, serta membina model perniagaan dan juga operasi yang berkesan menggunakan teknologi digital untuk memastikan pengalaman ROADS dan pertumbuhan perniagaan yang kukuh.
  • Pengalaman Rangkaian Tambahan: Melalui penyelesaian perancangan, integrasi, dan pengoptimuman hujung-ke-hujung rangkaian berasaskan pengalaman ROADS, Huawei membina rangkaian yang berdaya saing, unik, dan berkualiti tinggi kepada pengendali.

Terokai Perkhidmatan Digital: Di ruang pameran ini, Huawei akan mempamerkan portfolio penyelesaian komprehensif untuk penstrukturan semula perniagaan.

  • Video Di Mana-Mana: Huawei komited untuk membina sebuah ekosistem bersama rakan industrinya untuk memberikan pengalaman video yang terbaik, membantu pengendali mencapai kejayaan komersial dengan video sebagai asas perkhidmatan.
  • Industri Menegak yang Dikuasakan IoT: Melalui penyelesaian '1+2+1', Huawei membantu pengendali menerokai pasaran baharu termasuk kereta terhubung, kediaman pintar dan aplikasi industri menegak yang dikuasakan IoT NB.
  • Perniagaan Awan, Tanda Aras Baharu: Memanfaatkan keupayaan koordinasi ICT rangkaian awan sehenti mereka, Huawei membantu pengendali menambah baik perkhidmatan awan dan mewujudkan ekosistem yang kukuh untuk kejayaan perniagaan masa depan.
  • Menjadikan Bandar Lebih Selamat: Huawei mendemonstrasikan penyelesaian arahan dan penghantaran bervisual bersepadu pertama dunia untuk mewujudkan bandar yang lebih selamat.

MWC 2016 akan berlangsung di Barcelona mulai 22 hingga 25 Februari. Huawei akan mempamerkan produk serta penyelesaian terbaharu mereka di Dewan 1 dan Dewan 3 Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.huawei.com/en/mwc2016.

Latar Belakang Huawei

Huawei adalah penyedia global untuk penyelesaian dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Sasaran kami adalah untuk membina dunia saling terhubung yang lebih baik, selaku rakyat korporat yang bertanggungjawab, penggerak inovasi untuk masyarakat bermaklumat, dan penyumbang bersama kepada industri. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei adalah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya. Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Huawei di www.huawei.com.

Source: Huawei
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Trade show news