omniture

Wincor Nixdorf dan Mahindra Comviva Bekerjasama Perkenal Urus Niaga Berasaskan NFC dan Kod QR pada ATM Dengan Dompet Mobiquity®

Mahindra Comviva
2016-02-24 00:07 382

MWC 2016, BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Wincor Nixdorf, salah sebuah penyedia penyelesaian IT utama kepada bank runcit dan Mahindra Comviva, peneraju global dalam menyediakan penyelesaian mobility, menjalin kerjasama untuk memberikan pengalaman urus niaga kewangan yang lancar di ATM. Dengan kehadiran penyelesaian baharu ini, pengguna yang menggunakan dompet mudah alih dengan fungsi Dompet mobiquity® oleh Mahindra Comviva boleh mengeluarkan wang tunai atau menambah nilai dompet mudah alih mereka di ATM dengan hanya mengimbas atau mempamerkan kod QR atau menggunakan peranti mudah alih dengan fungsi NFC. Penyelesaian ini dipamerkan di MWC 2016 (Reruai 5G51/DEWAN 5) untuk mendemonstrasikan bagaimana penyelesaian ATM yang inovatif boleh disepadukan dengan mudah ke dalam ekosistem pembayaran mudah alih.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20130626/625127)

Wincor Nixdorf menawarkan penyelesaian berasaskan pelayan/pelanggan yang luas untuk khidmat layan diri dengan ciri-ciri bebas vendor dan antara muka terbuka, iaitu Antara Muka Dompet Terbuka. Mahindra Comviva menyokong Antara Muka Dompet Terbuka Wincor Nixdorf untuk membolehkan pengguna dompet mudah alih melakukan pengeluaran wang tunai dan deposit di ATM menggunakan telefon bimbit mereka. Pengguna boleh menjalankan urus niaga ATM mereka sendiri menggunakan Dompet mobiquity® daripada Mahindra Comviva yang memenuhi piawaian NFC (HCE) dan kod QR bagi menjimatkan masa mereka di ATM melalui urus niaga tunai mudah alih secara praperingkat.

Mengulas tentang kerjasama itu, Srinivas Nidugondi, Naib Presiden Kanan dan Ketua Penyelesaian Kewangan Mudah Alih, Mahindra Comviva, berkata "Kami terus berinovasi bagi memastikan pelanggan dapat menikmati pengalaman urus niaga yang lancar. Kerjasama dengan Wincor Nixdorf akan membantu menambah baik perkhidmatan kami kepada pelanggan dengan menyediakan urus niaga dompet mudah alih di ATM menggunakan teknologi baharu seperti NFC dan kod QR. Fungsi NFC pada HCE Dompet mobiquity® dapat menyediakan komunikasi yang selamat antara telefon pengguna dengan ATM melalui urus niaga berasaskan token."

Hermann Salmen, Ketua Penyelesaian Kewangan Mudah Alih, Wincor Nixdorf berkata "Peranan Rangkaian ATM sebagai saluran jualan dan perkhidmatan akan memainkan peranan lebih penting dalam strategi dompet mudah alih daripada pihak penyedia bagi memberikan perkhidmatan pelbagai saluran dengan ciri-ciri keselamatan lebih tinggi semasa berurusan dengan pelanggan mereka." Beliau menambah, "Dengan antara muka yang diselaraskan seperti Antara Muka Dompet Terbuka sebagai penyelesaian dompet mudah alih, kami menjadikan memudahkan proses penyepaduan dan menyokong pihak penyedia dompet mudah alih yang memberikan lebih perkhidmatan, daripada pemasangan hinggalah kepada operasi rangkaian ATM yang lengkap."

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi:
Sundeep Mehta
Pengurus - PR & Komunikasi Korporat Global
Tel. Bimbit: +91-9910030732
E-mel: pr@mahindracomviva.com

SUMBER  Mahindra Comviva

Source: Mahindra Comviva
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Telecommunications Wireless Communications Trade show news