BARCELONA, Sepanyol dan DUBAI, UAE, 24 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Flytxt, penyedia penyelesaian analisis pengguna mudah alih untuk perusahaan, hari ini mengumumkan satu perjanjian yang dimeterai dengan Safaricom, penyedia perkhidmatan telekomunikasi berintegrasi terbesar dari Kenya, untuk menyediakan penyelesaian Pengurusan Nilai Pelanggan (CVM). Penyelasaian analisis canggih daripada Flytxt membolehkan Safaricom menambah baik pengalaman pelanggan melalui hubungan bersama pelanggan yang lebih tersuai dan releven mengikut konteks dalam seluruh proses.
(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140527/10098680)
"Kami terus berusaha untuk memahami pelanggan kami dengan lebih baik supaya kami dapat mempertingkat perkhidmatan kami dan menawarkan penyelesaian terbaik buat mereka," kata Sylvia Mulinge, Pengarah – Hal Ehwal Pelanggan, Safaricom. "Kerjasama kami dengan Flytxt bertujuan untuk mendapatkan lebih pemahaman terhadap pelanggan kami bagi membantu kami merealisasikan misi kami dalam menyediakan pengalaman yang tersendiri kepada pelanggan kami," tambah beliau.
Penyelesaian daripada Flytxt memanfaatkan analisis berpakej untuk menyediakan maklumat yang boleh digunakan oleh syarikat telekomunikasi bagi membantu mereka membuat keputusan lebih pantas dalam seluruh aliran kerja perniagaan dan titik sentuhan. Penyelesaian ini juga membolehkan mereka menyesuaikan perkhidmatan mereka dengan pelanggan serta memanfaatkan peluang secara optimum untuk menambah baik nilai perkhidmatan yang digunakan oleh pelanggan.
Dengan lebih 25 juta pelanggan, Safaricom adalah syarikat telekomunikasi terbesar di Afrika Timur dengan portfolio produk merentasi segmen suara, data, pembayaran mudah alih dan perusahaan. Memandangkan Safaricom adalah rakan niaga Vodafone Group, kerjasama ini menandakan perjanjian ketiga Flytxt dalam jejak global syarikat tersebut.
"Saya gembira kerana Safaricom memilih Flytxt. Kerjasama ini menjadikan hubungan kami dengan Vodafone Group bertambah kukuh," kata Hetarth Patel, Naib Presiden Kanan-Penjualan Global, Flytxt. "Flytxt mempamerkan keputusan yang cemerlang pada awal penglibatan mereka dalam kumpulan itu. Saya yakin kerjasama ini akan meneruskan trend tersebut dan memberikan impak ekonomi yang signifikan kepada Safaricom."
Flytxt berada di serata Afrika melalui jalinan kerjasama dengan syarikat-syarikat telekomunikasi terulung, termasuk perjanjian pada tahap kumpulan dengan MTN.
Latar Belakang Flytxt
Flytxt berganding bahu dengan perusahaan dalam proses transformasi digital mereka, membantu mereka menjana nilai ekonomi yang baik daripada data melalui analisis pengguna mudah alih. Penyelesaian penjanaan pendapatan melalui data Flytxt yang menyeluruh membolehkan perusahaan melakukan penyesuaian kepada pengalaman pelanggan di seluruh titik sentuhan digital selain meningkatkan perolehan, mengoptimumkan margin dan meningkatkan kesetiaan. Syarikat itu menggunakan platform mereka pada lebih 50 lokasi pelanggan yang berada di 30 buah negara dan menganalisis data untuk lebih 500 juta pengguna mudah alih. Secara konsisten, Flytxt memberi impak ekonomi antara 2 hingga 7 peratus kepada pelanggan mereka dengan menyediakan perkhidmatan lengkap yang menggabungkan teknologi, analisis berpakej, aplikasi perniagaan, dan perkhidmatan penggerak. Syarikat tersebut beribu pejabat di Belanda dan mempunyai pejabat korporat di Dubai, serta turut berada di Paris, London, Trivandrum, Mumbai, Singapura, Johannesburg, Nairobi dan Bandar Raya Mexico.
Sumber: Flytxt