omniture

Huawei dan Deutsche Telekom Demonstrasikan Teknologi Penghirisan Rangkaian E2E 5G

Huawei
2016-02-24 14:58 375

BARCELONA, Sepanyol, 24 Februari 2016 /PRNewswire/ -- Huawei dan Deutsche Telekom membuat demonstrasi penghirisan rangkaian E2E 5G pertama dunia pada hari pembukaan Kongres Dunia Mudah Alih di Barcelona. Demonstrasi bersama itu dijalankan di makmal 5G:haus Deutsche Telekom yang terletak di Bonn, Jerman, dan bertujuan untuk mengesahkan teknologi penghirisan rangkaian, yang boleh mencipta hirisan rangkaian mengikut permintaan dalam setiap keadaan aplikasi yang diberikan dengan kefleksibelan serta kecekapan tinggi untuk pelbagai aplikasi 5G akan datang.

Pelaksanaan penghirisan rangkaian E2E 5G, berasaskan reka bentuk berorientasikan perkhidmatan Huawei, direka bagi membolehkan penghirisan rangkaian hujung ke hujung melalui pemodulan rangkaian teras asas dan pengasingan satah kawalan/satah pengguna. Rangkaian teras dan antara muka RAN adalah dikhususkan dan dilaksanakan bagi menyokong penghirisan rangkaian hujung ke hujung sebenar. Bagi pengurusan proses hirisan dan pemantauan hirisan, pengurus hirisan bagi RAN serta CN sudah dihasilkan.

Demonstrasi bersama itu menunjukkan potensi inovasi "satu rangkaian fizikal, berbilang perkhidmatan industri" dan kefleksibelan serta kecekapan reka bentuk rangkaian 5G,yang merupakan salah satu pendorong penting bagi kejayaan kolaborasi perniagaan itu dengan rakan kongsi terkemuka.

"Huawei kini melabur dalam usaha inovasi hebat untuk teknologi pembolehan penting 5G," kata David Wang, presiden Huawei Wireless Network. "Penghirisan rangkaian 5G membolehkan prasarana rangkaian fizikal disatukan bagi menyokong pelbagai perkhidmatan industri, termasuk jalur lebar mudah alih dan sektor vertikal. Kami akan menumpukan lebih usaha bagi mengubah teknologi inovasi canggih ini menjadi pengalaman pengguna terbaik untuk para pelanggan kami."

"Penghirisan Rangkaian diilhamkan untuk 5G bagi menyediakan pembolehan cekap untuk ciri rangkaian yang sangat fleksibel yang diperlukan untuk menghubungkan industri berbeza, serta keterhubungan mirip jalur lebar mudah alih luas yang diinginkan oleh pelanggan kami," tambah Bruno Jacobfeuerborn, Ketua Pegawai Teknologi Deutsche Telekom. "Kami berjaya membuktikan semua kebolehan ini boleh disediakan sebagai perkhidmatan rangkaian mengikut permintaan bagi kes penggunaan yang semakin pelbagai."

Deutsche Telekom dan Huawei berkolaborasi untuk menginovasi serta menguji bersama teknologi sistem 5G, termasuk antara muka udara dan seni bina rangkaian. Hasil daripada pengalamannya selama 6 tahun dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) 5G, Huawei memperoleh banyak pengalaman dalam penyelidikan dan ujian lapangan. Huawei akan turut bekerjasama dengan lebih banyak rakan industri bagi membina ekosistem 5G baharu dan memajukan pembangunan 5G.

MWC 2016 diadakan di Barcelona, Sepanyol mulai 22 hingga 25 Februari. Huawei akan mempamerkan produk dan penyelesaian terkini di Dewan 1 dan Dewan 3 Fira Gran Via. Untuk maklumat lanjut, sila lawati: http://www.huawei.com/en/mwc2016

Latar Belakang Huawei

Huawei merupakan penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang terkemuka. Matlamat kami adalah untuk memperkayakan kehidupan dan meningkatkan kecekapan melalui dunia yang terhubung lebih baik, bertindak sebagai warga korporat yang bertanggungjawab, penggerak inovatif untuk masyarakat bermaklumat, dan penyumbang bersama kepada industri. Dipacu oleh inovasi yang mengutamakan pelanggan serta perkongsian terbuka, Huawei memantapkan portfolio penyelesaian ICT hujung ke hujung yang memberi pelanggan kelebihan daya saing dalam telekomunikasi dan rangkaian perusahaan, peranti, serta pengkomputeran awan. Kakitangan Huawei seramai 170,000 orang dari seluruh dunia komited bagi mencipta nilai maksimum untuk pengendali telekomunikasi, perusahaan, serta pengguna. Penyelesaian, produk, dan perkhidmatan ICT kami yang inovatif kini digunakan di lebih 170 buah negara dan wilayah, berkhidmat kepada lebih satu pertiga populasi dunia. Ditubuhkan pada tahun 1987, Huawei adalah sebuah syarikat persendirian yang dimiliki sepenuhnya oleh kakitangannya.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati Huawei dalam talian di www.huawei.com atau ikuti kami di:

http://www.linkedin.com/company/huawei
http://www.twitter.com/Huawei
http://www.facebook.com/Huawei
http://www.google.com/+Huawei
http://www.youtube.com/Huawei

HUAWEI: ROADS Terbuka untuk Dunia Terhubung Lebih Baik

Tema Huawei, "ROADS Terbuka untuk Dunia Terhubung Lebih Baik" semasa Kongres Dunia Mudah Alih 2016 adalah berdasarkan strategi teras Huawei untuk memajukan ICT melalui pembinaan ekosistem industri yang terbuka dan kolaboratif yang dapat menjana hasil kepada kedua-dua pihak. Pada masa depan, dunia akan menjadi terhubung sepenuhnya dengan hubungan, interaksi, dan penyelarasan antara individu dengan individu, individu dengan objek, serta objek dengan objek, dan ini akan memacu persekitaran perniagaan digital baharu yang seterusnya mewujudkan cabaran dan juga peluang untuk pembawa telekomunikasi. Piawaian Huawei untuk mencipta pengalaman pengguna terunggul ialah ROADS iaitu singkatan: Masa Nyata, Mengikut Permintaan, Dalam Talian Sepenuhnya, Lakukan Sendiri dan Sosial. Dengan produk dan penyelesaian teknologi terkemukanya, Huawei bekerjasama dengan syarikat telekomunikasi bagi menyediakan pengalaman ROADS yang menarik serta melaksanakan transformasi strategik yang dapat diteruskan pada masa depan bagi bersama-sama membina Dunia Terhubung Lebih Baik.

Source: Huawei
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Telecommunications Equipment Wireless Communications Licensing/marketing agreements New products/services Trade show news